Thursday, May 31, 2012

<< Ice - Skating >>

ASSALAMMUALAIKUM !


ni time ice-resurfacing memang takde oranglah kan. time buka lepas tu,berduyun orang main dalam ni!


okay, hururf besar diatas menunjukkan betapa teruja dan kuatnya aku bagi salam! hee (^________^)
semalam (30/5/12) boleh dikatakan hari bersejarah and one of the most memorable day in my life!
buat kali pertamanya, saya, Fatin Syahira Binti Sharif Folidin, bermain ice-skate at Sunway Pyramid Ice Rink !

ya Allah, tak tau nak habaq lagu mana laa excited, teruja, takut, bahagia, seram, seronok, perasaan ceq time tuh. pendek kata macam-macamlah rasa! yela,mana taknya. aku teringin nak pergi sana dari form kot (form 4 tak silap) siapa yang selalu keluar ngan aku memang selalulah dengar impian aku nak main ice-skate tu kan.

tapi camne tah nak pegi kan, jejak kaki kat sunway tu pun tak pernah, inikan nak masuk main segala. okay, disini membuktikan, saya d0k Selangor, saya bukan orang "key-ell"! dari rumah ni memang takdelah public transport nak ke sana. kalau ada dah lama berjuta kali aku terjah ice-skate tu.





tak sangka cepat Allah makbulkan permintaan aku, lagi-lagi pergi situ dengan besties yang dah lama sangat2 nak jumpa tapi tak jadi-jadi jumpa, bila dapat jumpa triple excited-lah aku kan!;D aku, Amal, Jujue, Nad gerak dari Kajang sama2 satu kereta. Fatie datang datang lambat sikit, but still Alhamdulillah dapat join sekali main ngan kami! weee~

ok. nak jujur sebenarnya, atas jasa kehadiran Fatie lah baru kami dapat bermain yang sebenar-benar main ice-skate dengan puashati nya! pergh.aku rasa kalau tak datang fatie memang kitorang macam ulat gongggok dok berjalan pegang dinding tepi tu sampai sudah! HAhA. =D



yellow: melly , orange: jujue , pink: aten&nad


sebenarnyakan... takdelah susah mana nak main ice-skating ni *muka bangga angkat kening laju-laju* haha. takde, berdasarkan Cikgu Fatie yang mengajar kami, 1st thing is kita kena belajar balance-kan badan atas ais tu.belajar nak berdiri dengan kasut (yang super berat tu!). then, you can walk on it. tapi tu baru walk okay. bagi aqu yang susahnya nak belajar slide dia tu.

yela,kita takleh berjalan cam biasa atas tu. kena slide-kan kaki n move badan untuk bergerak. nak buat tu kena ada confident and relaxing feeling that we'll not fell down. peh.memang taklah kan, aku gerak sikit je dah fikir rasa nak jatuh.cis. lepas 1st round yang tahap berjalan memapah2 tangan tu, aku tanya kat Fatie,


" Tie,camne nak main benda ni. boleh tak,nak terer main tapi taknak jatuh smpai last! memang kena jatuh ke?"

"memanglah! Fatie dulu jatuh banyak kali gak. 4,5 kali kot. kena jatuh,lepas jatuh kompem terer terus! hahaha"


cis.buat muka je aku. tapi seriously weh! 1st round bukan nak bangga tapi agak banggalah kan sebab antara semua, aku je yang tak jatuh2 lagi. 2nd round, lagi 5 saat je nak sampai pintu keluar tu, kami (aku, nad, fatie) berpegang-pegangan tanganlah nak kuar. tetiba Nad nak jatuh, aku lak jadi tak stabil free2 je terus jatuh! (almaklumlah RINGAN.haha) Nad tinggi rilek je boleh bangun balik. AH! memang tak adil aah... aku apa lagi... tarik dia jatuh sekali! HAHA *gelak kejam*



jangan kata korang, aku pun tak paham apahal nad gelak sakan time ni ~_~



tengok.betapa gediks tahap dewanya aku posing ngan diorang! tu la masalahnya, bila ngan diorang ni memang aku tak boleh nak berpura-pura ke hape. dengan diorang gila aku jadi makin gila's, kelakar jadi makin kelakars, gedik jadi makin gediks, gelak tak payah cakaplah lepas tak cover. haha. *heaven*

5 tahun beb.kawan dari form 1, dari zaman aku malu2 lagi *ada ke?* dari budak hingusan bodo2, sepanjang menjalani proses kematangan sampai form 5, diorang ni lah yang setia melayan aku. segala perangai sengal aku diorang terima je. buruk aku, diorang betulkan. baik aku, err tak pulak diorang cakap.HAhA.

walau agak sedih, Ain kat overseas, 'Alia USM tak cuti. tapi takpe, insyaAllah satu hari nanti Allah permudahkan kita jumpa semuanya. ok! kira berbaloilah kitorang masuk at last dapatlah jugak main siap mencapap kat tengah2 lane tu kan! sepanjang bergambar2 ni kan dah balik baru perasan, apasal partner pic berdua mesti, aku-naddy, jue-melly. eh.

bersepah. baru lepas pakai kasut skate. muka excited tu dalam hati ada cuak ;D

bereJAM tunggu order kat Pizza Hut tuh =_="

Jue paling cool ah nak start main ice-skating tu. amal dah pernah pergi bolehlah.

ni pun da bosan tunggu pizza tak sampai2, penat membebel, better snap pic!


sebelum nak balik petang tu tetiba blackout! Sunway Pyramid BlackOut?!haha. weird but real! budak2 remaja dalam tu apa lagi makin galaklah main menjerit2, kitorang yang tengah pakai kasut ni meraba-raba. Amal kata, "tetiba an ada orang nyanyi Happy Bezday to You~". aku cakap, "weh memang giler bestlah kalau camtu!romantik!sumpah!" ok,amal buat muka.haha. tapi sape nak camtu kena tackle awal2 anak tauke Sunway tu dulu la kan (~_~)

balik tu terus takde suara aku! mana taknya keje aku menjerit je tadi, bak kata Nad, "aku rasa macam satu mall ni dengar, tiap kali aku jerit time nak jatuh tu!" tak pikir aku lak nad? dengan anak cina tu ejek aku gelak,agak2 kuat mana? malam tu aku lepak umah amal sampai pukul 12 kot,borak2 sampai ngantuk! terasa diri agak tak sihat *batuk-batuk*

amal kata, "oh kau,dan2 kuar ngan kitorang je terus tak sihat eh?" esoknya. memang betul aku tak sihat! demam,pening,selsema,batuk tak henti-henti. ha 4in1 skang ni mal, cane? mungkin perubahan cuaca kot.HAhA *bajet baru balik dari Korea je* sorry Ziha, sms tak terbalas. tadi call pun dapat cakap kejap je. suara tak kuar ='(

so, sesiapa yang teringin nak merasa pengalaman baru, bermain ice-skating, here is the price and daily schedule. bagi aku berpatutan harganya (murah dari Cosmo's World) nak lagi murah bawa glove n sock sendiri dari rumah. tak salah kalau pergi nak mencuba. tak payah rasa malu ke apa. ramai lagi tak reti jugak kat sana. jatuh? haha.bila dah main nanti korang rasa seronok je kalau jatuh. GOOD LUCK! ;D



Thursday, May 24, 2012

<< Fashion King >>

Assalammualaikum,






  • Fashion King mengisahkan tentang Kang Young Gul (Yoo Ah In) yang hidup susah dari kecil, ditinggalkan oleh ayahnya dirumah makciknya. Young-Gul seorang yang berbakat dalam desinging and a good bussinessman. cuma,dia tiada sebarang cita-cita atau target sehingga dia berjumpa dengan Lee Ga Young (Shin Se Kyung) yang datang memohon pekerjaan di syarikat kecilnya,Young Girl, di Dongdaemun.

  • Lee Ga Young seorang yatim piatu yang kehilangan ibubapa sejak kecil akibat kemalangan, terpaksa keluar dari Jo Butique selepas dihalau keluar oleh makciknya, Madam Jo (Jang Mi Hee), sedangkan syarikat itu adalah milik ibubapa dia pada asalnya. Ga Young seorang yang berazam tinggi untuk jadi pereka fesyen seperti ibunya and she's a very smart girl and natural-talented desingner!

  • Permohonan Ga Young untuk belajar di NewYork Fashion School (NFS) telah diterima with full-scholarship. *gempak tak gempaklah dia kan* dengan pertolongan Young Gul (belikan tiket plane n sikit duit belanja) Ga Young dapat ke NewYork tapi dia menghadapi masalah disebabkan busuk hati Madam Jo yang tolak tawaran belajar tu tanpa dia ketahui. Di situ, dia berjumpa dengan Jung Jae Hyuk untuk meminta bantuan.


  • Jung Jae Hyuk (Lee Je Hoon) pengarah kepada syarikat, J Fashion *second-generation chaebol* seorang yang angkuh, berlagak dengan kedudukan dan kekayaan dia, nampak buruk orang je buruk dia tak nampak, bila nampak berguna seseorang tu, mulalah dia nak ambil kesempatan atas orang tu! EH? yang aqu sebut berlambak2 keburukan dia je kenapa ek? HAHA,nampak sgt...

  • Choi An Na (Kwon Yuri) seorang pereka fesyen yang mula mencipta nama di NewYork, bekerja dibawah pereka fesyen terkenal, Michael J. AnNa juga merupakan cinta lama kepada Jae Hyuk. Diorang clash sebab parents Jae Hyuk tak suka. tapi bila jumpa semula kat NewYork, Jae Hyuk cuba mengambil hati An Na kembali dan menawar dia bekerja dibawah J Fashion.

  • Lepas pelbagai masalah, Young Gul sampai ke NewYork secara haram.. Di sana,dia tak putus asa mencari Ga Young sampai jumpa. Mereka hidup bersama dan membuat bisnes menjual baju kecil-kecilan dengan bantuan Book Sook unnie (Yoo Chae Young). Dari pertemuan secara tak sengaja, Michael nampak bakat Young Gul dan minta dia datang ke syarikatnya. Di situ Young Gul bertemu An Na.

  • Disebabkan duit hubungan Young Gul dan Jae Hyuk menjadi musuh. Jae Hyuk tak puas hati apabila Michael lebih memilih untuk berkerjasama dengan Young-Gul berbanding dia. An Na semakin rapat dengan Young Gul kerana bekerjasama dibawah Michael. Ga Young dan Young Gul (Young-Young Couple!) mempunyai perasaan hati yang dibatasi dengan hubungan pekerja-bos. then, the story begin ;)



Yoo Ah In as Kang Young Gul
 lepas-laku. bertindak ikut perasaan. berdikari. baik hati. pemurah. selalunya apa yang dikatakan tak seiring dengan apa yang di hati. sanggup lakukan apa saja untuk orang yang dia sayang. very skillful businessman!



Shin Se Kyung as Lee Ga Young
seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dalam hidup. mudah menangis. berhati lembut. tabah. sometimes berfikiran agak kebudak-budakan. ingin memuaskan hati setiap orang. genius in fashion!


Lee Je Hoon as Jung Jae Hyuk
selalu hidup penuh kecukupan. tak penah merasa kekurangan. pentingkan diri sendiri. seorang perfectionist sehinggalah dia bertemu dengan seorang wanita yang merubah dan menyedarkan dirinya tentang sesuatu.


Kwon Yuri (SNSD) as Choi An Na
dari luaran, seorang yang nampak sangat cool and confident, tapi dalam hatinya ada kesedihan dan kesepian yang terpendam. untuk berjaya dia sanggup melakukan apa saja asalkan tidak kembali ke 'permulaan' usahanya.



================================================================= 



dah. penat. sesiapa yang berminat nak tengok drama ni, dipersilakan. but as my sugesstion, better korang tengok sampai ep.16 je. boleh? hah. tak nak?! nak gak tengok sampai last episod? nak gak tengok ending dia? ha apa kata kau pegi tengok ending dia terus sekarang, KOMPEM taknak tengok langsung drama ni da bila tengok ending cam taik tuh!

erm.maaf terkasar. tapi seriously wei. ending sumpah cam taik.lembu!tenuk!cipan!kunang-kunang! eiyh,semualah. panas betul aqu bila sempat khatamkan cite ni pagi tadi, boo? iroeke kennassoe? camtu je ending dia?! mengong! penat aqu tunggu setiap masa kot nak tengok online cite ni, sanggup tunggu buffering, tunggu download sume.

ni lah cerita yang aqu semangat tengok on9 lepas Personal Taste (selalu tunggu member downloadkan je.hee) tapi pengakhirannya betul2 mengecewakan hati dan sanubariku! *over* masa permulaan cerita ni sangat2 menarik dan the plot story goes interesting until the 3rd last episod.




time tu aqu dah rasa lain macam dah, siap cakap lagi ngan member, "akak dapat rasa, ending dia nanti bukan macam yang akak nak." SEE!betul kan firasat akak, Wanie? aqu tak paham betul,apa faedahnya buat ending camtu ek? motif? nak kelainan? kreativiti? kepala la.

tengok cite 49 Days. antara cerita yang buat main actor mati sebagai ending, tapi kenapa orang boleh terima itu? that's creativity which suits to its scrip from the earlier. kita sedih camne pun,tapi cool...pasrah je. "oh,dah memang tu kelainan yang director nak ketengahkan kot." but for me, this is not!

Ya Lee Sun Mi! Kim Ki Ho! apa yang korang pikir ek time wat skrip ni? alahai pasni kalau ada drama yang korang jadi screenwriter, memang aqu kene pikir masak2 baru decide nak tengok ke tak kot. Pasheyeon Wang eayoo~(in korea) tajuk yang gah. platform dah smart. pelakon dah hebat belaka. terkejut gak aqu tengok lakonan Yuri dalam ni, 1st time jadi main lead actor, dah daebak gila.


bukan aqu sorang je rasa, kalau rajin tengok on9 pergilah baca berlambak komen pasal frustrated ending tu. yang puas hati sungguh2 tu, aqu bagi tepukanlah kat dia sebab menjiwai taste yang unik and paham apa yang nak diketengahkan pengarah ni. ke Lee Myung Woo ni memang suka drama mati-mati-pistol ni ek? sama kes je dengan cerita arahan dia yang lama, Memories In Bali (U_U)

patutnya cerita ni wat sampai ep.16 je. jujur aqu cakap, selalu cerita sengaja dipanjang-panjangkan takkan dapat pengakhiran yang menarik. macam cerita indon tu kan!oopssi~ elok2 aqu nak bagi 8/10 terus merundum jatuh 6/10. yang penting OST Fashion King ni semua best2, tu jela aqu layan, tu jela buat aqu bagi bonus mark!haha ;D


one of meaningful OST for Fashion King
forever love, Young - Young Couple (^_^)




Tuesday, May 15, 2012

<< Trip To Kelantan >>

Assalammualaikum


pada 29/4 sampai 2/5 lepas aqu dengan keluarga pergi Kelantan. buat apa? jalan-jalanlah takkan buat bodo lak kat sana kan =_=" sebenarnya, tujuan utama family trip ni nak menghadiri kenduri kawin sedara belah mama. sambil tu bawaklah anak dara sorang yang jarang-jarang je balik rumah dan kaki berjalan ni. jadi tujuan aqu memang untuk travel, treasure and relax.

EXCITED wei! mana taknya, seumur hidup sekali pun tak pernah kaki aqu ni jejak Kelantan tu. sampai aqu pun tak terfikir nak gi sana. *muka serius* okay, okay, act, aqu orang ajak berjalan gi mana-mana pun over-excited. pahal tah suka sangat berjalan. tapi kan.sejak bila aqu ada sedara-mara kat sana pun tah aqu tak tau ~_~

gedik. nak jugak ambik gambar kat pelamin sebab decoration nice =P


with the bride,Kak Epah. suka sangat2x baju dia,ditempah khas dari Bandung tu. JELES! =.=


mama kata, "orang tua-tua kata, anak dara tak elok dok atas pelamin sebelum kawin". pergh! aqu da cuak-cuak ayam dah, "huh? kenapa ma?". "nanti kawin, jodoh lambat katanya." errr. dugeun-dugeun jantung aqu rasa time tu. tapi lepas 5saat, "elleh! yelah tu ma~ khurafat je sume tu" muka selambeq je menjawab padahal dalam hati risau lagi tuh.HAHA.

hari kedua kat sana, kami pergi ke Pasar Siti Khadijah. tempat standart untuk pelancong macam aqu singgah kalau 1st time ke Kota Bharu. kira wajib weh, sebab bagi prinsip aqu, apa guna kalau pergi negeri/negara orang kalau tak meneroka dan mencuba segala benda yang termampu kan ;)

tingkat pertama menjual barang-barang basah.

masuk je dalam PSK tu, dalam kepala fikir baju,kain, eh tudung, tudung! tudung!!! *fyi, that's my new obsession after bag* mata bersinar-sinar melilau tengok kiri kanan. seriusly rasa heaven sebentar tengok macam-macam jenis kain, tudung, yang penting tudung bawal tu! susah tahap gamma aqu cari kat Selangor, melainkan pegi Jalan Tar. itu pun susah nak jumpa yang latest design atau yang kena ngan taste aqu *ceh.DEMAND!*

menganga je mulut tgk sampai tak sempat ambik gambar kat sana. curik En.Google pny.







meronggeng bersama Pija di sana =D


tengah-tengah shopping tu terharu giler Pija sanggup datang semata-mata nak jumpa kawan dia yang sengal ni. tapi sesengal-sengal aqu,dia lagi sengal! terkejut beruk aqu ingat dia datang saja nak jumpa aqu time rehat ke, rupanya terus berhenti kerja!haha. sempoi Pija! tengah hari tu kitorang lunch sama-sama ;D


Pilihan aqu&mama : Laksam. MASYUKKK!
*nak mkn yg terlebih pelik takut aqu termuntah kat situ kang*

Pilihan papa. apatah nama nasi ni. tapi seriusly sedap jugakkkk! haha.










malam terakhir sebelum balik kami melantak nasi kerabu. untuk pengetahuan semua, once again seumur hidup aqu tak pernah sebutir pun nasi kerabu tu berjaya masuk menjelajah tekak aqu.haha. kenapa? sebab TAK SUKA! kalau ikutkan dunia makin maju sekarang ni kat mana-mana pun boleh dapat nasi kerabu tu, bukan kat Kelantan je.

kalau bulan puasa kat Arau,berlambak je gerai nasi kerabu kat bazar-bazar. bukan tak penah orang pujuk aqu suh beli, makan, rasa sikit nasi kerabu. tapi aqu jenis kalau benda tu aqu tak suka memang takkan aqu rasalah kan. ada cara n orang tertentu je boleh ubah tu.HAHA. so surprisingly, for the first time i'm eating that food here.

mama kata, takkan sama rasa nasi kerabu pure dari kelantan dengan tempat lain. ea?








kau nampak bende alah hijau-hijau kat tengah tu? mak aqu pergi hidang dengan segala macam ulam-menyulam yang dia beli dari pasar siti khadijah tadi. pergh! MEMANG TAK LAH aqu nak makan.hoo. aqu memang dari kecik bukan Pencinta Sayur, ada seteng-seteng sayur je boleh masuk tekak ni, harap maklum ~_~



"wah, berjaya jugak ek fatin habiskan nasi kerabu tu, walaupun first time makan kan?", kata Kak Epah.
"erm? ouh.ha'ah. berjayalah jugak tanpa menelan sayur-sayurnya", muka serius selambeq.
satu ruang makan tu gelak dengar jawapan sluber aqu tu. aqu berbekalkan muka pelik lah kan.
"bukan nasi kerabu lah namanya kalau tak makan kerabu-nya tu", balas abang sedara dengan senyuman.
"erm....tak retilah. tak suka" mencebik. *bajet comellah wat muka camtu kan*
"hesyh. selalunya kan, camnilah. orang yang dari dulu cakap tak suka, tak minat, ni lah nanti akan datang dapat orang kelantan kan", kata mama sambil meneruskan suapannya.



eh.eh. boleh rilek pulak sume makan padahal aqu time tu dah terhenti terdiam tersedak bagai. isyh mama ni! cakap malam tak bertapis-tapis! buatnya ada malaikat lalu time mama cakap tadi, buatnya jadi kenyataan, cane? dahla mak yang cakap tuh! aiyooo. tak sanggup =I

err. takde.kalau dah jodoh tu orang terima jeee... takkan nak tolak pulak kan. just, nanti sanggup ke berpisah ngan satu-satu nya anak dara papa dalam rumah ni? kotnya nanti kena ikut dia dok Kelantan, jauh tu nak ulang-alik balik Langat. maknanya time raya jela jumpa. takmaula! nanti amir, mie, chuai sume rindu adik kesayangan depa nih.kahkah! *alasan lepas diri*