Sunday, November 27, 2011

<< Jika Kau Tahu Kejamnya Masa >>

Assalammualaikum...


" ... Ketiga pula adalah sesuatu yang paling kejam iaitu masa kalau awak tak tahu menghargainya. Ia tidak pernah mempedulikan awak, sama ada awak bersedia ataupun tidak, ia tetap berlalu. Sama ada awak bermasalah ataupun tidak, ia tetap akan berlalu dan tidak kembali kepada awak. Satu saat yang berlalu tidak akan kembali semula kepada awak."- Syahadah Gadis Aties, Imran Haaz.


==============================




kalau kita tahu, betapa kejamnya masa itu, tentu kita takkan menhabiskan masa dengan tak berbuat apa-apa walau sekadar sesaat.

aqu harap masa terhenti semalam. jenuh aqu bermonolog dalam hati agar Dia mendengar permintaanku. sampai mata terlelap,tetap itu doaku.

kenapa masa tak stop pon? kenapa mesti ada pagi ini? kenapa semua benda tak stay sama je macam semalam? macam kelmarin?

aqu ingat lagi kelmarin, di bawah langit ciptaan Allah yang terbentang luas. aqu melihat jutaan bintang di langit. cantik. sangat cantik.

di tambah dengan bayu laut dan perasaan senang di dalam hati. lebih senang kerana aqu dapat melihat keindahan itu bersama mereka.

......

malam ini, aqi kaluar mengintai dada langit. bintang itu sebahagiannya sudah tiada. seperti ada kehilangan pada lukisan langit indah itu.

sama seperti diriku, yang turut rasa kehilangan yang amat sangat. kerana kehilangan mereka yang telah aqu pilih untuk hiasi sebahagian lakaran kisah hidup ini.

......

hujan semalam juga tidak setitik pun turun hari ini. merajuk kah ia kerana buat kali pertamanya aqu meminta ia untuk berhenti agar tidak menganggu perjalanan indah kami.

sekarang, hujan pun dah tak sudi menemani aqu saat kesedihan.tidak seperti sebelum-sebelum ni. tapi tak mengapa.

.....

"jangan menangis lagi..." itu kata mereka kepada aqu. setiap masa diri cuba turuti. tapi maaf sekali jika hati ini mengingkari.

......

saya akan cuba menjaganya selama mungkin





" nak tau kenapa awk lg special dr yg len?
sy akan sentiasa syg yg lain n hrp diorg sntiasa trima syg sy tu...
tapi awk, sy bg spruh hati saya ;) "

awak yang cakap camtu. awak kene ingat segala janji awak, sebab saya ni penuntut janji! haha. ya, satu hari nanti. satu hari nanti saya akan pergi ambil balik separuh hati kepunyaan saya tu.

apa yang awak cakap malam semalam sy takkan lupa untuk kejayaan saya sepanjang sem4 ni. insyaAllah. saya nak buktikan kat awak, n semua orang yang saya boleh!

tapi... macam mana dengan sifat lack-of-confident yang saya punyai dari dulu ni? =(

......

*bukan yang sebenar*


" takpe la, time ni la kau kena lagi berdikari. 
tak leyh lupa-lupa... hehe. ayat nak sedapkan hati. "

yang ni aqu tak tahu macam mana nak janji dengan kau, memang antara "20's intension" aqu untuk berdikari sendiri. tapi kau tahu kan perangai aqu camne dari dulu. kadang2 aqu lalai,leka,pelupa.

bila fikir soal balik,bas, aqu tak tahu macammana nak lari dari bayangan kau. i guess, lepas ni sepanjang 3 sem aqu terpaksa buat benda yang ka0 rasa "paling menyedihkan" tu.

takpe, balasan aqu kot.hee. jaga present tu elok-elok ek? aqu pun da lama nak benda cute2 camtu tapi takde sapa nak bagi. da geram sangat tengok, baik aqu bagi kat orang. puashati aqu! ^_^

......

jika kau tahu kejamnya masa itu, kau takkan berdiam diri walau sesaat untuk mengejar kejayaan, mencipta kenangan, menhargai kehidupan...untuk duniawi.

jika kau tahu kejamnya masa itu, kau takkan berhenti walau sesaat untuk mencari kebenaran, memenuhi kewajipan khalifah, menghargai kehidupan...untuk ukhrawi.



nota hati : semua yang rapat seperti menjauh dariku pada waktu serentak.aqu cuba yakinkan ini hanya sementara walau hati kuat berkata.... Aah! yg penting, rabu ini, aqu kena tempuhi sekali lagi dengan senyuman. di sebalik ini ada hikmahnya,pasti. mungkin aqu perlu dekatkan lagi diri padaNya untuk mengetahui hikmahnya itu ;)

Sunday, November 20, 2011

<< Hidup Rumah Sewa >>



ASSALAMMUALAIKUM



segala ciptaan-Nya itu yang tercantik :D



akhirnya, dengan hati seberat lori trailor ni, aqu kembali juga di Arau yang penuh ketenangan ini. erk? ok. seperti yang diketahui, aqu yang jahat agak otai ni tak dapat kolej. kenapa? entah.aqu pun tak tahu. setakat buat salah sikit-sikit,semua manusia wat salah ye dak? tak sporting tol diorang ni *geleng-geleng*

hari berlalu, Rozza call cakap dah dapat satu rumah di Taman Sri Intan, dekat giler dengan C-Mart katanya. mula-mula aqu wat bodo je. sebab 1st, malas nak ambik kesah pasal tempat tinggal (bengang punya pasal). sebab 2nd, bajet nak cari rumah giler-bangat-yang-teramat dekat ngan kampus. sebab 3rd, tumpang umah Cik Madu jela sepanjang rayuan tu, boleh?

tetiba teringat Cik Madu pernah cakap, "kalau sewa, duduklah ngan kawan-kawan. nanti takde lah bosan sangat. barulah best!" dan disebabkan aqu pun ke-malu-an nak tumpang rumah dia. aqu decide terus nak rumah tu. nasib jugaklah,kalau aqu decide nak tumpang umah dia,dia pulak pergi FT. camno tuh?

my bed. my loker. dah balik cepat. dapatlah cop yang terbaik!

okay. 1 time datang, aqu masuk rumah ni lalu pintu belakang. kenapa? sebab sesat mencari jalan pulang!haha. aqu serius tak tahu mana letaknya umah ni, nama taman tu pun tak penah aqu dengar, ni 1st time jejak kaki. masuk-masuk je terdetik kat hati aqu, "WAAAHHHH~"

walau masuk terus jumpa dapur,dapur pun dah mengagumkan aqu. besar oh! takdelah. selama ni aqu pikir, rumah sewa an. standart ah kalau kecik, sempit sikit ke. tapi ni,sumpah err. sampai aqu ke ruang tamu lah aqu tetap rasa puas hati yang amat sangat! ^_^

the red is mine! huahuhu ^_^

ha! yang ada sweater (merah), pencil-box (merah), towel (merah), itu katil aqu. pendek kata kalau nampak yang merah-merah kat umah ni,tempat aqu lah tu! nguahaha! 1bilik-3orang. aqu dok dengan Balqis & Rei. tapi Rei tup-tup tanpa diduga, nama dia ada dalam list penghuni kolej. so she's not-check-in =(

Balqis? biasalah. dia ketua segala otai antara kami, nama pun "mummy" kan? haha. dia balik lambat, tak payah daftar tak perlu balik awal katanya =.=" jadi malam pertama yang sunyi ini, aqu terpaksa tido sesorang! agak kejam di situ! sobssobs~

1bilik = 1 katil single,1 katil double,3 loker kain. hoo

buat masa ni, aqu duduk satu rumah bersama Balqis, Rozza, Cici, TikahErma, & Ell. ada 2 tempat kosong lagi! siapa mau join? haha. Sewa, RM110 sebulan/sekepala. Bil letrik, RM10/sekepala *fixed*. Fully-furnished. dalam 2-3min jalan kaki dah sampai C-Mart. (promote pejadah tah. padahal aqu bukan penghuni tetap situ pon.)

Ruang tamu rumah

aqu suka rumah ni, lega rasa. feel nak sangat kolej tu tinggal sikit. tapi lepas aqu tanya Cik Madu tu, " bagi ka0,okay ke Anis umah ni? " jawabnya, " weyh.sumpah best gilerrr umah ka0! suka gila! kalau aqu tak pergi fastrack tu memang aqu nak pindah sini dok ngan ka). " so, feel aqu nak dok kolej tu? equal-to-zero >.<


our corner of study *pandai2 aqu je letak nama*

part paling aqu suka kat rumah ni adalah, "corner of study"! serius suka sangat! nampak macam cool je kan meja study berderet-deret kat situ. siap board lagi! rasa nak belajar tu membuak-buak di dada! (cakap mulut percayalah sangat, ka0 tengok time test nanti. lagi pegang buku ke laptop?)

ruang dapur *dari pandangan kiri*

tapi ada satu hal je. transport! seandainya aqu ada transport (tak kesahlah moto,kereta takpun basikal) memang aqu da pandang sinis je kat rayuan kolej tu.hahai~ tapi ada lagi satu yang aqu aqu pikir, perbelanjaan=duit! dok luar ni macam banyak sikit duit habis dari dok kolej. aigoo~ ni susah orang yang BERJIMAT sangatlah kononnya=P

ruang dapur *dari pandangan kanan*

transport terhormat sekarang ni, memang bas UiTM tu jela. subuh pagi dah nak kena menapak ke D'Kontena tu tunggu bas. aqu tak bolehla nak bangun pagi2 ni! EH? maksud aqu,tak bolehlah nak gi kelas awal sangat ni. dulu time dok kolej kol 7.40 elok lagi makan biskut cecah vico sambil bergosip dengan Ain n Ijan. aigoo~ otheke?



nota hati; kadang-kadang kita menyukai sesuatu yang belum tentu baik untuk kita. kadang-kadang yang pahit itu tak semestinya racun untuk kita. hanya Dia yang tahu, jadi ku biar Dia yang menentu ^^,

Thursday, November 17, 2011

<< Keseronokan Drama Korea? >>


Assalammualaikum

semalam malam aqu tak on9 sebab tertido. tido? ha'ah. aqu tido dari lepas maghrib sampai kol 4 pagi. hebad kan? biasalah. jangan pandang orang takde mata.hahai~ then pagi tadi, aqu on FB. terpampang segala status member kat news feed.

weyh! itu perkara normal bhai. okay.sebenarnya aqu nak cerita, aqu tertarik baca status member aqu ni,

Apa keseronokan drama korea ??
mood : ingin tahu :)

macam tu lah lebih kurang status dia, tak gitu Ah Chong? haha. so, tetiba aqu rasa nak jawab persoalan itu dalam entri aqu kali ni.boleh? tak boleh pun aqu nak jugak! SUKAHATILAH! =P (warning : entri ini diramalkan agak luar biasa panjang)


INSIDE KOREAN DRAMA


1. Handsome Heroes?


selalu ini menjadi jawapn utama, especially kaum wanita yang comel-comel di luar sana! *lambai-lambai* but NO for me. entah, bagi aqu kalau hero dia aqu tak suka@tak ensempun aqu tengok je drama tu. contoh? Hyun Bin & Rain, aqu tak minat langsung (jangan tanya kenapa) tapi aqu follow je drama Secret Garden & Full House tu. sebab? jalan ceritanya=)

tapi biasalah. kalau aqu cakap, "huargh! suka gila tengok Jang Geun Suk berlakon dalam You're Beautiful! dia memang talented gila!" bila korang tengok muka dia, kompem korang kata, "elleyh, dah ensem memanglah ka0 suka.puji-puji!" padahal memang minat bakat dia dari mula berlakon+menyanyi dulu. nak wat camne, salah dia lah apahal muka jambu sangat? HAHA.

2. Gorgeous Heroin?


selalunya ini menjadi jawapan utama, especially kaum jejaka yang sasa-sasa kat luar sana! *lambai-lambai* but NO for me. memanglah,da aqu perempuan kan. eh? siapa kata perempuan tak suka tengok heroin cun lagi cute? suka okay! sejuk usus dan limpa nak tengok cerita tu. haha.

tapi kalau tak comel@tak cun aqu tengok je drama tu. contoh? Koo Hye Sun & Choi Kang Hee, mula-mula aqu tengok diorang dalam  Boys Over Flowers & Protect The Boss macam "err. biasa je diorang ni. apsal jadi heroin eh?" tapi bila tengok sampai habis, "suka suka! dahla cute,tabah lak tu!" sebab? jalan ceritanya=)

3. Plot of The Stories

 
dari tadi aqu cakap pasal jalan cerita..jalan cerita.. apahal dengan jalan cerita drama korea sebenarnya ni?! their plot always, usually, interesting! best! explodes! superb! ok stop,tak perlu over =.=" tapi seriuslah. adalah dalam beberapa cerita je yang agak mengecewakan aqu. yang lain, TAK PUN!

contoh? as always my fav, My Girlfriend is A Gumiho! tah tahu kenapa, suka sangat3x jalan cerita dia. tersusun. sweet. menarik. dan bukan sekadar kisah cinta biasa.
49 Days. ya Allah. drama ni,sumpah DAEBAK! aqu suka bangat plot dia yang heroin tu kena cari tiga titis airmata "asli" dalam masa 49 hari, untuk dia hidup semula. tapi dalam pencarian tu ada banyak rahsia yang terungkai.hoho.

4. About Love


macam aqu cakap tadi, bukan sekadar kisah cinta biasa. mood aqu dah berubah. aqu tak berapa suka tengok cerita pasal CINTA je dalamnya. takde benda lain, i mean,something. input that make the story interesting. korean drama have that! drama diorang, cinta tu basic. tapi ada yang menjadikan cerita cinta tu lain dari yang lain. macam  Myung Wol the Spy. Sassy Girl, Chun Hyang, My Girl, Three Dad One Mom antara yang famous gak dulu ^_^

4. About Hate.


diorang ni terer gak kalau bab menaikkan perasaan benci, fuuhh~ banyak je cerita yang aqu rasa macam nak bunuh-bunuh je watak jahat tu! gerrraaammm sungguh menengoknya! contoh? watak Wang Ji Hye dalam Personal Taste! kalau wujudlah watak kawan-makan-kawan n muka tak malu macam dia tu depan aqu, mau je aqu baham idup-idup! boleh? haha.

lagi satu, watak Park Ye Jin dalam My Princess! ka0 ingat ka0 lawa sangat? dahla rambut macam... grr. maaf! terover lak bila teringat balik. tapi orang kata kalau pelakon dapat buat kita benci dia bila dia bawa watak jahat, dia berjaya bawa watak dia dengan bagus! Oh, tahniahlah~ *muka tak ikhlas*

5. About Friendship


suka tengok cerita yang ada erti persahabatan ni. lagi-lagi persahabatan antara lelaki. aqu pun tak paham kenapa aqu suka lelaki yang setia kawan ni. err =_= macam dalam Sungkyunkwan Scandal aqu terharu sangat tengok persahabatan Gu Yong Ha (my Song Jong Ki) & Geol-Oh (Yoo Ah In).

suka jugak persahabatan lama antara lelaki dan perempuan macam Nan Hee (Soo Ae) & Hyung Tae (Lee Jung Jin) dalam 9 End 2 Outs! tapi aqu tak berapa sukalah ending dia.haha. *demand* erm,wujud ke persahabatan macam tu ek kat dunia sebenar ni? kalau ada, NAK BOLEH? hoho.

6. About Action


aqu tau kalau lelaki, mesti nak cerita aksi-aksi je. siapa kata korea drama takde aksi? tengoklah City HunterVampire Prosecutor, IljimaeTime Between Dog And Wolf, sumpah tak mengecewakan. macam Man Of Honor, baru ep1 ni aqu tengok dah ada sense eksiden yang buat aqu melopong lantas mengalirkan airmata! OOO~ *amboi ayat* selalunyalah, cerita aksi ni jalan cerita dia mesti best.

7. About Knowledge


sambil berdrama dapat ilmu. ilmu? aqu pun tak surelah benda ni boleh di paggil ilmu ke tak. tapi bagi aqu dengan tengok drama ni secara tak langsung dapat tambahkan sikit pengetahuan aqu. contoh? The Vineyard Man. suka cerita ni,disebalik sweet tu aqu dapat tahu serba sikit pasal ladang anggur. camna nak tengok kualiti, nak jaga, nak buang bila ada ulat-ulat.


Dream High Fly High! okay. siapa yang tak tahu cerita ini, akuilah anda seorang yang pelik.HAHA. cerita ni dah lama keluar, tapi jadi makin famous sebab dia tengah on-air kat tv8. aqu respect gila JYP terfikir hasilkan cerita ni, nampaklah ilmu dia dalam bidang nyanyian. aqu pun dapat tau sikit2 pasal key and note in singing.HOHO



nota hati; lu nak wa mention nama lu dalam blog gua kan? okay. permintaan lu da langsai. wa dah sebut. kita geng kan?HAHA. fuii~ penat tau tak, ingat tak penat ke buat entri ni? grr. ada banyak mistake kat atas ni. tersusun pun tak. tak suka tengok. tapi kepala dah pening tahap gaban. sok lusa lah baru edit. nak tido! daa~

<< Don't Say Goodbye >>

Assalammualaikum.

 
  • hah! jawab salam atas tu dulu. tak jawab dosa! *buat muka comel* haha. ahhaaa~ otheke?otheke? macammana ni. tak tahu nape. bangun tido, teringat. tengah sikat rambut, teringat. time masak pun, teringat gak! teringat apa?
  • teringat lagu Davichi - Don't Say Goodbye! tak senonoh kan? kalau ka0 teringat pasal MUET sabtu ni takpe jugak.fuu =.=" tapi nak wat camne. melodi lagu tu macam makhluk halus, senyap2 je masok kat kepala aqu ni! hahai~
  • paling teruk, dalam tandas pun boleh ternyanyi lagu tu tetiba. erk? okay. tak senonoh punya perempuan! sehari dua hari lepas, ulang-ulang tengok mv lagu tu dengan maksud dia. boleh lak meleleh airmata, padahal dah download mv tu lama dah =S
  • aqu rasa semenjak dua menjak ni, sad receptor dalam badan aqu ni rosaklah. wire tercabut kot! sikit-sikit pun da sedih.pahal ka0? mv lagu ni, aqu suka. makna lagu ni, aqu suka. tapi aqu nak tujukan makna lagu ni atas persahabatan boleh? tak mau percintaan. tak mau tak mau *geleng-geleng*


  • saja nak share dengan korang. unik kan plot mv dia? boleh lak jumpa perempuan tu dalam plastik sampah. then jumpa balik girlfriend dia yang hilang 5 tahun dulu. dahsyat! yang sure laki yang buang then nak balik tu memang sengal! apa ka0 ingat perempuan tu barbie doll?! *emo*
  • tapi sanggup dia buang perempuan tu camtu je?! agak kejam! tapi itulah lelaki, kalau aqu tanya kat laki lain pun diorang wat camtu kot. eh? aqu nak kata lelaki semua setia ke? err =_="
  • kat bawah ni lirik (english translation) bagi yang rajin nak memahami lagu ni. so, sekarang boleh tak ka0 suruh lagu ni blah dari otak aqu? eh.tak pelah. kalau satu benda tu aqu dah minat, ulang 360x pun aqu sanggup! ok. annyeong! ^_^


Davichi 3rd Mini Album - Don't Say Goodbye

I saw your trembling lips for the first time
You try and you try but hesitate to say something
I had a sad hunch like all the song lyrics
No, it can't be. it won't be. it must not be

You already left me, your heart has left me
Even your body has left me too
I don't know how to hold onto you,
someone please tell me how

* Tonight please don't say those words
Why did you leave me?
My heart hurts, my chest hurts, my tears rising
We can't say goodbye yet. Don't open those lips anymore
Don't say goodbye to me

At your cold words, I sank down
As if the world will collapse, as if it has collapsed
oh just tears tears

If this moment passes, if this moment is over
We will be separated forever
I love you, I love you to death
Don't leave me

* repeat

I don't know what separation is,
I'm just sad and sad
I have so many stories, so many memories,
My heart is breaking

We can't say goodbye yet, 
Don't open those lips anymore
Don't say goodbye to me
Don't say goodbye to me


Tuesday, November 15, 2011

<< Tentang Fastrack >>

Assalammualaikum.


kata "persahabatan" itu,bagi aqu ada 1000 rahsia disebaliknya. siapa kata dalam persahabatan tiada sayang? tiada marah? tiada kemanisan? tiada cemburu? tiada selamanya seperti cinta? persahabatan dan percintaan adalah sesuatu yang hampir sama tetapi tak boleh bersatu. tapi bagi aqu, sahabat itu lebih makna, lebih rahsia, lebih selamanya, dari cinta. maaf jika ada yang tak setuju.

aqu masih lagi mencari erti persahabatan sebenar. sahabat, teman, kawan, berlainan tarafnya. argh!aqu masih keliru. kadang2 aqu rasa, lebih baik takde kawan, tak kenal, tak rapat dengan siapa2. tak payahlah aqu risau tak memasal. cemburu tak menentu. sakit tak terkira. sayang tak bersempadan.

tapi bila tanpa seseorang, kadang2 kita terasa sunyi. pada siapa kita nak berkongsi tangisan dugaan dan senyuman keikhlasan? dengan siapa nak bergembira dan berduka? tanpa kawan, episod hidup akan berlalu tanpa memori, kenangan dan pengalaman. tapi terkadang...

Kenangan itu akan mengejar lalu menjadikan seseorang itu tamak

ya. mungkin itu permasalah aqu kini. aqu susah untuk melupakan sesuatu bila ia berharga buatku. aqu senang menyukai seseorang tetapi sukar untuk menyayangi. tapi sekali sayang itu dah mengetuk pintu hati ini, aqu ingin selamanya! boleh camtu? itu maksudku, sifat tamak itu.


==================================================


" Cik Ice-Cream,sy dpt g shah alam "

satu msg ringkas yang aqu terima darinya. sebentar tadi apabila aqu melihat namanya tertera di skrin menghantar msg,aqu tersenyum, entah kenapa lepas membacanya, senyumanku mati. terduduk di katilku. tergamam. setitis demi setitis airmata mengalir.

setelah beberapa minit, aqu tersenyum sendiri. hah~ alhamdulillah.apa yang dikehendaki kawanku tercapai. doaku padaMU termakbul. tapi senyuman itu hanya sebentar. kenapa? bodoh. kau patut bahagia bila kawan kau gembira!apa yang aqu fikirkan ni,ya Allah. dahulu dalam perbualan,

si A : " nak pergi amek ke, ***? tak payahlah. "
si B : "hg dok sini jela teman kitorang. nnti sapa nak ajar kitorang lg,kan ira? "
aqu : " hurm? takpe. nak pergi, pergilah! *senyum* "
dia : " oi. sampai hati awak kata camtu... *terdiam* "

biyanae... nomu biyanae. modeun goejimal, chinggu ya~ aqu selalu cuba untuk kuat, buat biasa, senyum. susah nak bagitahu rahsia hati aqu. sebab itu aqu selalu buat perkara yang berlainan dengan apa yang aqu rasa. mungkin, belum tiba masanya untuk aqu terus-terang. BERLAKON! ya,kau pun tau kan? itu kesukaanku, sekarang selalu dah jadi sebahagian diriku. begitu juga kau =)



=================================================

" Iraaa... sy dpt perak. same ngn Kak Emi "

sekali lagi,sms ringkas aqu terima. dan sekali ini, tanpa menunggu sesaat senang sekali mataku masuk habuk! tanpa henti titisan air itu kuar dari kelopak mata. aqu sememangnya memikirkan dia dari tadi, berjayakah? dimana agaknya? bila dah dapat jawapan kau menangis. bodoh sekali lagi! haha

mungkin itu tangisan bahagia untuk kawan lamaku.  ya,kawan lama. siapa sangka dari sekolah rendah perkenalan kami, berjumpa semula di alam universiti. semakin lama, semakin rapat. kalau ka0 boleh kira, agak-agak berapa tahun kita kawan tu? haha.

untuk kau,aqu dah luahkan segalanya kan. apa aqu rasa bila kau tiada nanti? aqu da pernah TERtweet "takpe. kalau itu pilihan ka0,aqu sokong dari belakang. ka0 bolehnye!" terpaksalah aqu amek itu sebagai janji. walau berat camne, jauh mane, aqu tetap sokong ka0! aja-aja fighting! =)


==================================================

mungkin ramai lagi kawan-kawan yang pernah habiskan masa denganku ambil keputusan yang sama seperti mereka di atas, cuma aqu yang tidak tahu. mungkin mereka taknak bagitahu atau terlupa aqu. tapi.erk? siapa aqu nak diorang cerita semua kat aqu? hai.sengal~ oh ya, aqu tak mohon pun,sebab rasa tak layak sangat!HAHA.

kepada siapa je yang dapat FT tu. semoga berjaya pada korang, ingat ilmu itu ada di mana-mana. yang penting niat,tekad dan usaha kita. lepas ni aqu cuba usahalah, tak bersedih lagi, senyum ketawa macam selalu, cipta sebanyak mungkin kenangan dan menghargai masa sepanjang korang masih ada dengan aku.

setiap bertemu akan berpisah kan. (kalau aqu minta takkan berpisah langsung.boleh?) hoho. ok. cool sudah. aqu pun tak nak korang rasa berat hati n berbelah bagi nak pergi kejar cita-cita korang tu walau ada yang bersedih atas pemergian itu. kita hidup hati mesti KERAS! yeargh yeargh! (cakap orang pandai!haha) aqu akan tunggu pertemuan kita akan datang, kawanku.

ECD3Ee (maaf.pic budak laki complete tiada dlm simpanan *sedih*)

ECD2Be (time ni agak gak yang takde. aii geram ceq!)
# maaf tadi saya tak balas segala komen n msg awak-awak. perlukan masa. bagi saya masa.sikit je! nanti saya akan kembali seperti sedia kala. Fatin Syahira yang biasa. maintain~ ^_^




nota hati; i don't think i'll brave enough to be close to anyone. by the time love produced for them, why must on that time they'll go far from me. i know because Allah love me, i got this test. its just,i can't give my affection to anyone, i guess. its my fate! =I



<< Cinta Kita >>


Assalammualaikum.


 Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar - Cinta Kita


ketika sedang syok aqu geladah muka buku. atau kata lagi mudah, i'm being a stalker. haha. aqu jumpa satu cerpen ni kat wall kawan saya, Cik Fuzah Ramlan!hehe. mula-mula semangat nak baca tetiba tengok, mak aii panjangnya! rasanya ni bukan takat cerpen ni macam cerpan je (baca= cerita panjang) tapi disebabkan kebosanan melampau di sini. aqu gagah dapat baca sampai habis! lalala~

dari cerpen itu, aqu baru kenal lagu ni. ya. lagu ini menjadi lagu tema sinetron indonesia, Cinta Fitri. ok.fine.tak kisahlah kome nak kata teman lembap lagi ke ape. teman mang da jarang tengok cerita indon da sekarang, start cerita depa merepek meraban n berjela-jela kalah cerita Sembilu Yusof Haslam tu ha!

berbalik kepada cerpen tu,ok. jalan ceritanya ok walau penulisannya tak berapa tersusun. mengenalkan aqu kepada lagu ini? terima kasih. sedap! aqu suka suara lelaki tu,ada value.huhu. tanpa sedar aqu sering mendengar lagu ni.agaklaa~ huu. thanks to kak fuzah kita! (^_^)


Saturday, November 12, 2011

<< Al Kisah AIM18 >>

Assalammualaikum




ka0 nampak? sampai juling-juling air mata aku nak fokus pandang kat kamera handphone yang kecik cenonet tu! burok bebenor! tapi takpe,bukan itu yang teman nak cerita. tengok kat tangan teman tu ada ape? yup! Alhamdulillah, teman dapat tiket jemputan ke AIM18 semalam. yahooo !!! giler seronok tak terkata weyh. tak sabo-sabo teman nak tengok macammane gilang gemilangnya AIM kali ni!

my second bro ^_^

macam biasa, abang aqu lah peneman@driver aqu kalau bab jalan-jalan ni. gila biawak lah jem jalan ke Stadium Bukit Jalil tu. grr! tak senang duduk aqu. niat di hati kuat nak jumpa penyanyi kesayangan gua, Faizal Tahir! tak dapat jumpa FT,dapat tegur-menegur live budak lelaki itu pun boleh. erk? jalan salah anggap ya,aqu minat baca blog dia je. dah dia yang cakap, "Kot kot kau ternampak aku ke, tegur tegur la ye." dalam entri dia aritu. jadi apa salahnya ye dak? ^.^

something wrong with this picture..err

tiket ni atas ihsan abang Syakir yang bagi. bukan satu, enam siap dapat tiket free! boleh angkut satu family tu wei~ erk? chooppp! scroll atas balik. aqu pergi AIM18? pakai baju tu? agak-agakla wei, sengal ayam laa kalau aqu pergi AIM tu pakai camtu, jersi civest UiTM Arau! walau aqu tak reti buat gaya se-voque tudung bungkus Yuna, at least style aqu kompem lagi fashionista dari Zizan Razak,okay? HAHA!

posing lagi! tu je keje kao!

okay. al kisah sebenarnya, aqu tak pergi pun menyaksikan AIM18 secara langsung di Stadium Bukit Jalil tu. Puas? kenapa bodoh sangat aqu dah dapat invitation sampai enam tiket tapi tak pergi? tolak tuah lah,kan? mula-mula aqu rasa macam tu gak bila abang-abang aqu tak mau pergi! argghh! ruginyaa~ kalau tak, boleh tengok artis, persembahan, depan mata! grr. mencikk! mencikkkk! *okay,stop gediks!*

ending-nya. posing kat rumah pun boleh~ =.="


tapi bila fikir-fikir balik,betul gak abang aqu cakap. dengan traffic-jam, parking, and lagi suey kalau tetiba dapat seat tu jauh sebenua, nampak artis macam semut merangkak. baik tak payah! kalau aqu tengok kat umah,lagi ok apa. boleh nampak sampai ke muka Ramli MS yang kat belakang tangga stage tu! hahai~

tinggal kenangan jelah kao~

 
takpelah. mungkin belum rezeki lagi untuk aqu merasa jejakkkan kaki ke karpet gemilang AIM ni. tak rugi apa pun. DUNIAWI semua ini! haks3~ suatu masa nanti ,insyaAllah. ada masa,ada rezeki, ada tiket free lagi, i'll go to any live award or performance with my hubby. woohaa! *gatal* annyeong ^_^



nota hati; btw, tahniah kepada semua pemenang dan yang tercalon di setiap kategori. semoga ia menaikkan lagi semangat anda untuk berkarya. ( aqu geram sebenarnya coz kening FT pun aqu tak nampak!qeqe ) 


<< GET LOST! >>

Assalammualaikum.

" I'm not in mood! seriously, GET LOST! "





i really don't understand
is it false for me to learn?
is it wrong for me to try?
its just because a mistake that i make,
ok. not "a" but "several" mistake.
but only because several mistake that i make
u just get me wrong? in evreything?!

ok fine! i admit i'm not a genius
i'm not a fast learner, but at least!
i have a desire, a wish, an courage,
for what i'm doing!

if i said, I WANT IT!
that's mean...
i REALLY want it.
is i'm wrong to get
this high determination?

i'm just doing for myself
and for people around me!
i want them to please with me
i want them to be happy
it's just enough, enough for me
to become a burden to anyone!


now. i only need two things,
TRUST & HELP

i need u to trust me
trust me that i can do it
trust me that u will encourage
trust me that i can get up from fall

i need u to help me
help me to get it
help me tp go through difficulty
help me to always be with me

jeongmal... dowajuseyo...
nal mid-eo... jaebal...

up until yesterday
i always thinking
that there will be a person
that always help me
trust in me and give me a try

but, its become an ending now
from today, the day after tomorrow
i guess i have to it by myself
all alone. i have to get what i want
i will find my way.
even if i die, i will get it!

Friday, November 11, 2011

<< UNOFFICIAL >>


Assalammualaikum


*gambar hiasan*


sebuah kisah yang tak dapat difahami
rahsia hati yang tak dapat ditafsiri
kekuranganmu adalah kesempurnaanku
kerna kau membuat aku menjadi aku

di waktu jatuhku hanya dengan kata-katamu
telah mengukirkan senyumku
di waktu sedihku hanya dengan melihatmu
telah membangkitkan tawaku

chorus :

ingin berjauhan, tak mahu berhubungan
semuanya hanya penipuan
ingin disampingmu, selalu bersamamu
sukar untuk menyatakan kebenaran

bahagia tanpamu, takku ingatimu
semuanya hanya penipuan
kan setia janjiku, menjadi temanmu
sukar untuk menyatakan kebenaran

oh Tuhan ingin aku melindunginya
bersama di saat susah dan senangnya

di sini aku tanpamu masih
semuanya mengingatkanku padamu
di sini aku memanggil dirimu
dapatkah kau mendengar suara hatiku

* ulang chorus

biar pelik kata mereka
biar hanya Tuhan yang tahu
kisah ini antara kita
yang mungkin tiada akhirnya

lagumu hadiah bagiku
lirikku hanya untukmu
pertemuan ini rahmat buatku
syukurku hanya padaMU

............
............

tajuk entri kali ini, "UNOFFICIAL" bermaksud tidak rasmi. begitu juga dengan lirik lagu ini, kerana bukan aqu yang pemilik lagunya. arrangement music untuk lagu ini juga ada yang di ubah, unofficial~  tittle untuk lagu ini juga belum diberi yang tepat, unofficial~ aigoo.minta maaf. minta maaf segalanya. mohon jasa baik tuan punya lagu untuk meng-edit sedikit sebanyak lirik yang tak perlu atau perlu ada dan memberikan tajuk yang sesuai. i'll just be waiting, silently.


Lagu oleh my talented hyung, Rasyidin Fozi ;)

Friday, November 4, 2011

<< Mari Memasak >>

ASSALAMMUALAIKUM


" sudah2laa meratapi result tu. baik buruk sume takdirNya. bersyukur n perbaiki diri.
hah,yg laki tu gerak p solat jumaat! yg pmpn tu blah p masok dapur! satgi suami (bakal) blk solat tu senang ati die, mknn da terhidang. ye dak? lalala~ "

macam pernah tengok ayat tu..tapi dimana ya? HAHA. it's my facebook 's status tengahhari tadi. yang ku tak puas hati seperti ada yang meragui?! huh. ingat gua main-main ke? eiii,gua kalau cakap gua buat tau!




nampak tak ayat blink-blink kat atas ni? "LETS COOK" dalam bahasa ibunda kita, "MARI MEMASAK". aqu tak tahula kenapa,hari jumaat ni angin aqu baik jadi aqu singgahlah ke dapur ( Jumaat je? makna hari-hari lain tu? err ) tetiba my mom said, "fatin pandai masakkan? ok. hari ni fatin masak ek? ada separuh bahan tu mama da letak dah. boleh kan?"

aqu termangu. mana taknya,dulu time aqu sorang "wanita" dalam rumah ni memanglah aqu yang masak. tapi bila dah ada orang baru ni,kekadang aqu menolong saja. dalam senyuman,aqu mengangguk jela. (yakin2...HAHA) menu apa yang aqu masak pada hari jumaat berbahagia ini?


AYAM MASAK KICAP


tadaaa! hurm? kenapa gelap je warnanya? wei, bro.bro. selama wa hidup ni wa emang tengok segala benda yang masak kicap warna hitam. tak ponah lak wa jumpa ayam masak kicap wane ungu. kalau lu jumpa nanti lu hallo-hallo wa ok? teringin gak teman nak merase =)

resepi? errr.tak payah laa der. setakat ayam masak kicap ni, budak darjah 5 (yang berkemampuan) pun dah reti masak berulang kali.sempoi ja maa~ huhu.aqu tak tahu apa rasanya, balik-balik tadi nak jamah tengok dah habis. laku-laku *muka riak* yang penting aqu suka masin,so paham-paham jela^_^


SUP SAYUR+TAUHU TELUR


jangan disangka orang yang tak makan sayur, tak pandai masak sayur. hahaiiii (terpaksa sebenarnya) ok adik-adik. tak elok begitu,sayur AMAT sihat untuk kesihatan *ayat paria* tapi masa masak sup ini,aqu mengaku ada fail sikitlaa. kuah agak terlebih.gaga. tapi aqu SUKA sebab ada tauhu kegemaranku.nyum2!

resepi? ni lagi tak payah resepi bro! aqu rasa budak umur 4 tahun setengah dah reti dah masak bende ni,kalau die dah kenal mana cili padi, mana lada lah kan.HAHA. lauk ni pun selalunya basic je bagi mak-mak yang da terer masak tu. EH! maknanya aqu masak semua yang basic jela arini? err =.="

antara bahan-bahan yang digunakan
kita sebagai perempuan wanita ni, kenelah tahu memasak walau sedikit. (ok.girlsss? hehe) tak kesahlah cincai boncai ke ape,janji tau! tak tahu masak chicken-chop, masak spagheti cukuplah. tak tahu jugak? masak lauk melayu cukuplah. tak tahu jugak? masak air pun cukup! tak tahu jugak? haa. MASAKLAH kau dengan mak mertua kau nanti! tanggung sendiri! muahaha!

kalau suami kita tu,insyaAllah lah dia boleh terima kalau kita tak tahu masak. kerana cinta sayang kan? *kononnye* tapi kalau mak mertua yang tak kenal kau tu?tah apo orang tuo tu pikir nanti.pandai-pandai lee kome amek hati ye? ok. aqu nak tunggu my hubby balik makan ni, (konon.padahal calon pon takdak!) ahnyeong! ;D

 
sampai ke tua lah kau tunggu kat situ! bhahaha~
merepek meraban oleh:

Thursday, November 3, 2011

<< Petanda? >>

Assalammualaikum


Pagi tadi aqu bermimpi. mimpi apakah? kenapa aqu ingat lagi sampai sekarang ya? mimpi itu cukup pelik dan unik. mungkin itu sebabnya kenapa ia masih utuh di ruang fikiranku.membuatku berfikir.

Aqu sedang bersama keluargaku. tidak pasti dimana tempat itu, yang pasti tempat percutian atau peranginan kerana udaranya segar dan nyaman. keluargaku lengkap semuanya dan kami sedang bergembira.

Namun pada saat-saat akhir kami di sana kami diserang (OK.aqu mengaku part ni da start pelik dah) berbagai-bagai jenis serangan yang aqu sendiri tak pasti siapa dalangnya. serangan seperti bom asap, gangguan, letupan dan sebagainya.

Pada satu ketika, dimana kami sedang berhati-hati menuju ke tempat parking kenderaan untuk pulang ke rumah. sekali lagi serangan besar berlaku ke atas kami. keadaan menjadi kelam-kabut. semua kaget dan tergamam.

Asap itu terlalu tebal dan aqu terselimut di dalamnya. cemas,rimas,sesak yang ku rasa. namun aku terus cuba melangkah ke arah keretaku disamping yang lain sudah pun meninggalkan aqu, menyelematkan diri.

Hanya beberapa derap kaki sahaja lagi untuk sampai kesana. malangnya badanku semakin lemah. pandanganku kabur. saat aqu hampir terkulai layu, terlihatku satu wajah. dia sahaja yang memerhatikanku. kami berpandangan.wajahnya penuh kerisauan.

Sebelum sempat badanku jatuh rebah meyembah bumi, lelaki itu pantas berlari semula ke arahku dan terus menyambut lalu melindungi diriku dari serangan itu. aqu terbaring lesu, dia duduk sedia di sisiku.

Memang, hanya wajahnya sahaja dihadapanku. ketika itu ibarat hanya kami berdua di situ. dalam kelam pandanganku, sesak nafasku dek kepulan asap itu, aqu masih mendengar ayat yang terkeluar dari mulutnya sewaktu menyambutku,


Ya Allah, sayangku. sayang! sayang!

Panggilnya kuat sambil menggoyangkan tubuhku. seperti ingin mengejutkanku. tangannya kejap merangkulku. seolah memberi kekuatan saatku lemah. yang pasti dia takkan meninggalkanku sendirian menghadapi waktu sukarku, itu yang disampaikan dari pandangan penuh kerisauan itu padaku.
 
Paaaaaaaaaaaaaaarrrkkkkk !!!

Lepas je scene tu aqu terus terjaga! (macam tu ke bunyik terjaga? mcm bunyik seluar koyak je) huh.apa yang aqu mimpi ni? kenapa "dia" ? EH!dah pukul bape ni? menjengah ke skrin lattop (yang tak pernah ter-off) melihat jam. OMO!dah subuh gajah! berlari-lari badak menuju ke bilik air. TAMAT.




nota hati; sesungguhnya segalanya benar dari mimpiku.tiada yang di tokok tambah. Allah, siapakah yang Kau hantarkan padaku saat kesukaran membelenggu diri ini. jika benar 'dia' ya Rabbi, aqu mohon dia sentiasa disisi menyokong dan melindungiku.tidak meninggalkanku lagi. terima kasih, ya Allah.



merepek meraban oleh:

Wednesday, November 2, 2011

<< Peliharalah Dia >>

Assalammualaikum,


segala yang datang dari Allah itu indah ^^



Disaat aqu sedang belajar, melangkah dan bertatih
meraih cintaMu dengan secebis usahaku,
Saat jiwa ini sering keliru,mencari salah silapku dulu
Apa kau lakukan ini? apa yang sedang ku dengari ini?

Aqu tak tahu apa harus dikata, apa yang harus diucap.
Sesungguhnya aqu hanya makhluk Allah yang biasa
Aqu tak pandai bermadah seperti ahli falsafah
Aqu tak pandai berkata-kata seperti ahli dakwah

Kau menyampaikan berita ingin berpaling dariNYA?
Ya Allah... Tuhan yang maha mengetahui,lagi maha penyayang,
Aqu mohon padaMu. janganlah Kau ambil kata-katanya sebagai janji
Jangan Kau jadikan itu sebagai syirik qauli,
yang takkan Kau nampakkan jannahMu dan ampunanMu

Ya Allah,fikirannya masih mentah. imannya masih lemah,
mungkin seperti imanku yang cuba ku tingkatkan ini Tuhanku,
Aqu mohon...Kau kasihanilah dirinya ya Allah
Berikanlah dia ketenangan dan keyakinan
yang kini Kau berikan untuk menyelimuti hatiku ini.

Ya Allah,aqu takut. Jika benar apa yang dia katakan
Islam akan berkurang saudaranya, dan itupun dari kalanganku.
Berdosanya diriku padaMu,ya Allah.
Kau berikanlah ku kekuatan untuk sentiasa meyakinkannya padaMu
Bisikkanlah kata pendorong yang dapat mengembalikan dirinya padaMu.

Aqu yakin, disebalik derita yang dia ceritakan padaku ada rahmatMu
Tapi bagaimana inginku yakininya? Berikanku petunjukMu
Sesungguhnya, jika aqu lah yang Kau pilih untuk rungkai konflikasi ini,
Aqu berdoa padaMu, kuatkanlah imannya tenangkanlah mindanya

Doaku padaMu, jangan Kau palingkan rahmatMu darinya
dan janganlah Kau jauhi dia dari hidayahMu
Berikanlah dia kesedaran betapa ruginya jika meninggalkan
agama suciMu, rasulMu dan kitabMu

Aqu disini yang tidak penuh lagi ilmu didada
yang tidak cukup lagi keimanan di jiwa
Sentiasa berdoa agar Kau lindungi diriku,keluargaku,saudaraku
Agar kami sentiasa berpeluang untuk merasai nikmat syurgaMu
kerana kami takut untuk membayangkan walau setitik api itu.



keluh kisahku padaMu :