Thursday, November 17, 2011

<< Keseronokan Drama Korea? >>


Assalammualaikum

semalam malam aqu tak on9 sebab tertido. tido? ha'ah. aqu tido dari lepas maghrib sampai kol 4 pagi. hebad kan? biasalah. jangan pandang orang takde mata.hahai~ then pagi tadi, aqu on FB. terpampang segala status member kat news feed.

weyh! itu perkara normal bhai. okay.sebenarnya aqu nak cerita, aqu tertarik baca status member aqu ni,

Apa keseronokan drama korea ??
mood : ingin tahu :)

macam tu lah lebih kurang status dia, tak gitu Ah Chong? haha. so, tetiba aqu rasa nak jawab persoalan itu dalam entri aqu kali ni.boleh? tak boleh pun aqu nak jugak! SUKAHATILAH! =P (warning : entri ini diramalkan agak luar biasa panjang)


INSIDE KOREAN DRAMA


1. Handsome Heroes?


selalu ini menjadi jawapn utama, especially kaum wanita yang comel-comel di luar sana! *lambai-lambai* but NO for me. entah, bagi aqu kalau hero dia aqu tak suka@tak ensempun aqu tengok je drama tu. contoh? Hyun Bin & Rain, aqu tak minat langsung (jangan tanya kenapa) tapi aqu follow je drama Secret Garden & Full House tu. sebab? jalan ceritanya=)

tapi biasalah. kalau aqu cakap, "huargh! suka gila tengok Jang Geun Suk berlakon dalam You're Beautiful! dia memang talented gila!" bila korang tengok muka dia, kompem korang kata, "elleyh, dah ensem memanglah ka0 suka.puji-puji!" padahal memang minat bakat dia dari mula berlakon+menyanyi dulu. nak wat camne, salah dia lah apahal muka jambu sangat? HAHA.

2. Gorgeous Heroin?


selalunya ini menjadi jawapan utama, especially kaum jejaka yang sasa-sasa kat luar sana! *lambai-lambai* but NO for me. memanglah,da aqu perempuan kan. eh? siapa kata perempuan tak suka tengok heroin cun lagi cute? suka okay! sejuk usus dan limpa nak tengok cerita tu. haha.

tapi kalau tak comel@tak cun aqu tengok je drama tu. contoh? Koo Hye Sun & Choi Kang Hee, mula-mula aqu tengok diorang dalam  Boys Over Flowers & Protect The Boss macam "err. biasa je diorang ni. apsal jadi heroin eh?" tapi bila tengok sampai habis, "suka suka! dahla cute,tabah lak tu!" sebab? jalan ceritanya=)

3. Plot of The Stories

 
dari tadi aqu cakap pasal jalan cerita..jalan cerita.. apahal dengan jalan cerita drama korea sebenarnya ni?! their plot always, usually, interesting! best! explodes! superb! ok stop,tak perlu over =.=" tapi seriuslah. adalah dalam beberapa cerita je yang agak mengecewakan aqu. yang lain, TAK PUN!

contoh? as always my fav, My Girlfriend is A Gumiho! tah tahu kenapa, suka sangat3x jalan cerita dia. tersusun. sweet. menarik. dan bukan sekadar kisah cinta biasa.
49 Days. ya Allah. drama ni,sumpah DAEBAK! aqu suka bangat plot dia yang heroin tu kena cari tiga titis airmata "asli" dalam masa 49 hari, untuk dia hidup semula. tapi dalam pencarian tu ada banyak rahsia yang terungkai.hoho.

4. About Love


macam aqu cakap tadi, bukan sekadar kisah cinta biasa. mood aqu dah berubah. aqu tak berapa suka tengok cerita pasal CINTA je dalamnya. takde benda lain, i mean,something. input that make the story interesting. korean drama have that! drama diorang, cinta tu basic. tapi ada yang menjadikan cerita cinta tu lain dari yang lain. macam  Myung Wol the Spy. Sassy Girl, Chun Hyang, My Girl, Three Dad One Mom antara yang famous gak dulu ^_^

4. About Hate.


diorang ni terer gak kalau bab menaikkan perasaan benci, fuuhh~ banyak je cerita yang aqu rasa macam nak bunuh-bunuh je watak jahat tu! gerrraaammm sungguh menengoknya! contoh? watak Wang Ji Hye dalam Personal Taste! kalau wujudlah watak kawan-makan-kawan n muka tak malu macam dia tu depan aqu, mau je aqu baham idup-idup! boleh? haha.

lagi satu, watak Park Ye Jin dalam My Princess! ka0 ingat ka0 lawa sangat? dahla rambut macam... grr. maaf! terover lak bila teringat balik. tapi orang kata kalau pelakon dapat buat kita benci dia bila dia bawa watak jahat, dia berjaya bawa watak dia dengan bagus! Oh, tahniahlah~ *muka tak ikhlas*

5. About Friendship


suka tengok cerita yang ada erti persahabatan ni. lagi-lagi persahabatan antara lelaki. aqu pun tak paham kenapa aqu suka lelaki yang setia kawan ni. err =_= macam dalam Sungkyunkwan Scandal aqu terharu sangat tengok persahabatan Gu Yong Ha (my Song Jong Ki) & Geol-Oh (Yoo Ah In).

suka jugak persahabatan lama antara lelaki dan perempuan macam Nan Hee (Soo Ae) & Hyung Tae (Lee Jung Jin) dalam 9 End 2 Outs! tapi aqu tak berapa sukalah ending dia.haha. *demand* erm,wujud ke persahabatan macam tu ek kat dunia sebenar ni? kalau ada, NAK BOLEH? hoho.

6. About Action


aqu tau kalau lelaki, mesti nak cerita aksi-aksi je. siapa kata korea drama takde aksi? tengoklah City HunterVampire Prosecutor, IljimaeTime Between Dog And Wolf, sumpah tak mengecewakan. macam Man Of Honor, baru ep1 ni aqu tengok dah ada sense eksiden yang buat aqu melopong lantas mengalirkan airmata! OOO~ *amboi ayat* selalunyalah, cerita aksi ni jalan cerita dia mesti best.

7. About Knowledge


sambil berdrama dapat ilmu. ilmu? aqu pun tak surelah benda ni boleh di paggil ilmu ke tak. tapi bagi aqu dengan tengok drama ni secara tak langsung dapat tambahkan sikit pengetahuan aqu. contoh? The Vineyard Man. suka cerita ni,disebalik sweet tu aqu dapat tahu serba sikit pasal ladang anggur. camna nak tengok kualiti, nak jaga, nak buang bila ada ulat-ulat.


Dream High Fly High! okay. siapa yang tak tahu cerita ini, akuilah anda seorang yang pelik.HAHA. cerita ni dah lama keluar, tapi jadi makin famous sebab dia tengah on-air kat tv8. aqu respect gila JYP terfikir hasilkan cerita ni, nampaklah ilmu dia dalam bidang nyanyian. aqu pun dapat tau sikit2 pasal key and note in singing.HOHO



nota hati; lu nak wa mention nama lu dalam blog gua kan? okay. permintaan lu da langsai. wa dah sebut. kita geng kan?HAHA. fuii~ penat tau tak, ingat tak penat ke buat entri ni? grr. ada banyak mistake kat atas ni. tersusun pun tak. tak suka tengok. tapi kepala dah pening tahap gaban. sok lusa lah baru edit. nak tido! daa~

3 comments:

Ah Chong said...

hahaha makaseh la cik DEAN..
pnat2 je wat entri ni utk aq..
hahaha makaseh2 sbb prsoalan dh terjawab hahaha

||fatin syahira|| said...

@AhChong sengal.org dah ckp bkn deanlah! haiyoo~=,="
hehe. nak jwb persoalan kwn je. ktahuilah anda tergolong dlm org2 yg btuah!hehe

Ah Chong said...

hahaha yeay2..
rsa bertuahnya werkk haha