Thursday, December 29, 2011

<< Selangkah Ke Dunia I.R [part 2] >>

Assalammualaikum!
#bagi yang belum membaca, jom click, << Selangkah Ke Dunia I.R [part 1] >> !

saja buat kabur. seni itu penting ^_^


okay,aqu nak sambung bercerita. sebenarnya dari dulu tau abang aqu yang kedua tu selalu cakap,
"budak lelaki civil selekeh an? pakai comot-comot je selalu"

"MANA ADA!", aqu dengan suara nyaringnya membantah tiba-tiba kerana terkejut panda dengar statement yang keluar dari mulut abang aqu tu.

"errr.mana ada.biasa je aqu tengok budak laki kos aqu.ada ja yang smart-smart! kot", cover balik dengan suara yang lembut sebab taknak kantoi back-up depa sangat.haks3~

abang aqu, "ouh,eih? takdelah.sebab aqu tengok budak2 civil kat U (UiTM Shah Alam) aqu tu sume selekeh serabai je.pegi kelas pakai seluar koyak-koyak. pape tah!"

aqu jawab, "ouw, yeke? issyh!awat depa pakai lagu tu? erm,takdelah. kami kat sana ok ja. pakai baju cam biasa jela. t-shirt n jeans. isyh.pelik ayam je pakai seluar koyak2"

================================================

selepas masuk sem ni, aqu rasa nak tukar balik jawapan dekat my bro hari tu.boleh? bukan takat budak laki, aqu sekarang ni pun da rasa malas nak melawa-lawa, pakai baju voque-malatop-boom2, apatah lagi nak fashionista bagai.

tau kenapa? pergi kelas lawa-lawa,then nanti dok main uli-uli tanah, buat simen, timbang batu, kaji air kumbahan Dahlia tu. so? ada motif ke nak melawa macam pi dinner bagai tu? tak perlu n tak sesuai kot. *sedih sikit*

tapi untuk menjadi "selekeh" bukan style aqulah. malas camne pun penampilan harus dijaga! *semangat* tak dapat bersolek berfesyen bagai macam awek2 kos bisnes, akaun, invest, tu pun takpe. janji kemas!hee~ *mata bersinar2*

erm.ok. untuk entri kali ni,aqu nak sambung berkongsi dengan korang pasal dua lagi aktiviti lab yang aqu tak dapat cerita dalam entri lepas

ECG223 - SOIL ENGINEERING LABORATORY


lab soil ni satu-satunya lab yang aqu daftar group lain, sebab group B majoriti dah amek subjek ni sem lepas,jadinya tiada pendaftaran lab soil untuk group B, so i'm registered to group E for this subject =)

lab ni banyak calculation gak n agak leceh sukar sebab dia banyak formula nak kene hafal. sebenarnya kena hafal dari sem lepas,bila masuk sem ni memang taklah untuk aqu ingat kan? err.tak senonoh =,="

style tak style laa aqu kan? ada gaya jadi I.R tak? Hoho!

disebabkan kurang ketinggian. terpaksa panjat kerusi tengok reading =I

peace yo yo!

ka0 nampak? dah macam nak ayak tepung buat kek dah! untunglah sapa dapat awek civil ni, kompem pandai cara nak masak! *pandai cara jela,masak betul2? no komen*

muka penuh musykil first time nak meng-uli tanah tu!

tengok tudung dah macam sakai! tapi dengan tangan bertanah, memang taklah nak betulkan tudung

ketuk-katuk tanah, jangan tak ketuk!

compaction test
 

 ECS218 - STRUCTURES AND MATERIALS LABORATORY 


untuk lab structure ni pulak,dia lebih kepada structurelah!haha. erm,berdasarkan pemerhatian aqu,ia lebih kepada aggregates, sand, cement. kene uji berapa kekuatan tension n compression semua benda alah tu lah.

untuk lab ni kami gabung dengan group ECD4Pe (group P). seronok3x!hehe. kenapa? sebabnya dapat kenal lebih rapat kawan-kawan satu kos! sebelum ni,tak pernah pun dapat gabung ngan group jauh2 camni=(

eh hello! I bukan excited lebih ea. ingat senang ke kami, pelajar EC110 nak kenal semua satu kos? kami ada 18 group,dari A sampai R. satu group/kelas dalam 30orang. ka0 pandai math kan? darab sendiri berapa ramai!


aqu dah cakap tadi kan, timbang batu? ini buktinya!

Sieve Analysis's Apparatus

sempat posing sat, tunggu mesin shaker tu nak berhenti lama bebenor!

timbang sample
tengok apo tah dalam tu Rozza?

wat gapo dio lah abe-abe wei~ dengdeng!

wanita-wanita hebaddd! teyhee~

berat tu,hati-hati. satgi kalau jatuh aqu tolong gelak kan je.qeqe~

sape yang tough je boleh buat ni.HAHA!
step-by-step untuk isi cement dalam tu

ini dia! lecture kesayangan kami, EN.HAZIZI =)
ape tah nama alat ni,tapi dia untuk compactkan cement-cube tu,supaya takde empty space

menanti cement kering (tak menyabo!padahal kena tunggu 24jam sebenarnya)
seronok depa dok main cement tu noh~

errr.... motif?
Model Tak Berbayar 1

Model Tak Berbayar 2


taking the width n length

Rebound Hammber Test (vetical)

Rebound Hammer Test (horizontal)
Technician yang banyak membantu kitorang sepanjang experiment



banyak benda yang aqu belajar n faham dari lab-lab ni, yelah.dah benda tu praktikal kan,jadi kita boleh nampak dengan mata,senang paham. bak kata hikmah yang tertampal di dewan sekolah rendah aqu dulu,

"saya dengar saya lupa, saya baca saya ingat, saya buat saya faham" <----- (entah betul ke tak ayat ni, dah berabad aqu tengok dulu. manalah aqu ingat!)

masuk part4 ni baru aqu faham. impian,cita-cita dan masa depan makin nampak jelas perjalanannya. baru aqu tau sedikit sebanyak selok-belok macam... "ouh,camni ke kerja yang aqu kene buat kalau dapat jadi engineer nanti" haahhh~

semoga Allah sentiasa permudahkan aqu dan kawan-kawanku dalam menuntut ilmu dan seterusnya ke alam kerjaya. aqu tau bidang engineer ni agak amat susah, lagi-lagi time kerja nanti =\

walau ini bukan pilihan aqu awal dulu, *En.Din(papa) yang suruh!esyhie~* tapi sekali aqu dah melangkah,aqu akan cuba terus melangkah sampai saatku lumpuh nanti! insyaAllah. demi mereka yang percaya,menyokong dan sentiasa memberi semangat padaku.



nota hati: Aja-Aja Fighting, Fatin Syahira! (^_^)
#bagi yang belum membaca, jom click, << Selangkah Ke Dunia I.R [part 1] >> !

<< Selangkah Ke Dunia I.R [Part 1] >>

Assalammualaikum,


nak tau tak? setiap kali buka sem baru, bila aqu telek jadual, tengok subjek apa akan belajar nanti, aqu mesti tertanya dalam hati "heh! apsal aqu ambik kos ni sebenarnya ha? grr~" HAHA. terok tak? tapi tu la kenyataannya. sebab kadang2 bila tengok tittle&content some subject tu,aqu rasa macam.... @$%^#&(#*)+$!

tapi sem ni kitorang banyak lab atau dalam bahasa ibunda, makmal. aqu SUKA SANGAT! sebab ape? sebab aqu ni jenis pelajar yang suka benda yang praktikal n nampak dengan mata kasar.

aqu sangat agak kureng bila masuk subjek2 teori ni *muncung mulut* sapa yang geng ngan aqu? angkat tangan! (okay, takpelah korang angkat tinggi mana bukan aqu nampak pun)

so kat sini aqu rasa nak berkongsi dengan korang antara aktiviti atau eksperimen yang kami ECD4Be dah sempat buat sebelum cuti mid-sem ni,


ECM226 - BUILDING SERVICES LABORATORY

untuk lab ni kami tak banyak sangat kena buat "kerja" sebab dia lebih kepada explanation terhadap sesuatu  item yang spesifik. contohnya macam air-cond, kitorang kene pergi kat air-cond yang dah "dibedah" tengok satu-satu komponen, bahan n bagaimana ia berfungsi,

Assembly Kit of Hot Water Production (boiler)

rasa kepanasan air yang keluar dari bolier tadi

tangki air?

All the toilet's things. err.

da rupe promoter dalam IKEA tu je.

seronok ke jadi model jamban tuh? adoyaii~


macam ni lah cara depa nak lepas bosan tym lab. tak senonoh? janji sporting sudah!


ECW201 - HYDRAULICS AND WATER QUALITY LABORATORY

untuk lab water ni pulak, aqu suka.erm,experiment dia bolehlah best n senang paham apa tujuan kita buat benda tu. tapi satu ja aqu lemah! CALCULATION! yup!lab water ni bagi aqu lab paling banyak calculation-nya.bagi aqulah. tapi nasib baik aqu dikurniakan kawan-kawan yang baik dan pandai yang sentiasa membantu =)

Experiment 1st yang kami buat

mengeringkan apparatus sebelum experiment

FOKUS itu PENTING! ^_^

collecting data & making calculation

tym ni,masa aqu tenung lama2 density bottle tu, tetiba imaginasi aqu terbayang tu macam bekas darah Teacher Dong Ju yang dia bagi Gumiho minum utk jadi manusia. err.okay sengal =,="

Metacentric Height kot tak silap nama exp. ni

KAU NAMPAK MUKA TENSION AQU TU?

ukur apparatus kot.

masuk kan air banyak-banyak! jangan tak masuk!

sempat lagi posing depa ni. aigoo~

exp. ni untuk kita kaji berapa kadar hujan turun. sepatutnya yang real kitorg kene buat kat mana2 parit@longkang kat U tu! tp nak menunggu hujan turun kat perlis tu,jenuh laa kan.

lepas 5 saat tadah air, semua orang jerit "STOP!" haha.klakar!

antara model tetap selain aqu, dalam setiap report lab water >.<


Ini Muhammad Ridhuan. Dia seorang yang berdedikasi dalam setiap lab! err. *bangga mamat ni satgi*

checking the actual measurement of rate flow of water

tang ni memang org TINGGI jela bole wat. bila aqu offer diri nak buat, semua pakau gelak! KEJAM!

jadi kalau ada pun kerja aqu, tengok meter tu jela =_="


best gak banyak lab sem ni, tapi...buat 1st time dalam sem ni aqu rasa mengidam pakai baju kurung! pernah tak gadis2 kat luar tu rasa mangidam nak pakai baju kurung macam aqu? fuuuhhh~

mana tak ngidamnya, banyangkan majoriti seminggu kami penuh dengan lab, harapanlaa nak pakai baju kurung an. elok je tersimpan berbelas-belas baju kurung dalam loker kolej tu =I

dia ikut jadual, ada kawan-kawan kelas lain memang tak dapatlah nak pakai baju kurung walaupun time hari rasmi (Isnin & Jumaat) dah time hari tu depa ada lab,nak buat camne kan.

untuk jadual kelas aqu, alhamdulillah la hari Isnin dapat lagi pakai baju kurung,Jumaat tak dapat sebab ada lab ECS.hah! lab ECS n ECG, aqu tak berkongsi cerita lagi dengan korang kan? TUNGGU ~~~


#bagi yang belum membaca, jom click, << Selangkah Ke Dunia I.R [part 2] >> !