Thursday, December 29, 2011

<< Selangkah Ke Dunia I.R [Part 1] >>

Assalammualaikum,


nak tau tak? setiap kali buka sem baru, bila aqu telek jadual, tengok subjek apa akan belajar nanti, aqu mesti tertanya dalam hati "heh! apsal aqu ambik kos ni sebenarnya ha? grr~" HAHA. terok tak? tapi tu la kenyataannya. sebab kadang2 bila tengok tittle&content some subject tu,aqu rasa macam.... @$%^#&(#*)+$!

tapi sem ni kitorang banyak lab atau dalam bahasa ibunda, makmal. aqu SUKA SANGAT! sebab ape? sebab aqu ni jenis pelajar yang suka benda yang praktikal n nampak dengan mata kasar.

aqu sangat agak kureng bila masuk subjek2 teori ni *muncung mulut* sapa yang geng ngan aqu? angkat tangan! (okay, takpelah korang angkat tinggi mana bukan aqu nampak pun)

so kat sini aqu rasa nak berkongsi dengan korang antara aktiviti atau eksperimen yang kami ECD4Be dah sempat buat sebelum cuti mid-sem ni,


ECM226 - BUILDING SERVICES LABORATORY

untuk lab ni kami tak banyak sangat kena buat "kerja" sebab dia lebih kepada explanation terhadap sesuatu  item yang spesifik. contohnya macam air-cond, kitorang kene pergi kat air-cond yang dah "dibedah" tengok satu-satu komponen, bahan n bagaimana ia berfungsi,

Assembly Kit of Hot Water Production (boiler)

rasa kepanasan air yang keluar dari bolier tadi

tangki air?

All the toilet's things. err.

da rupe promoter dalam IKEA tu je.

seronok ke jadi model jamban tuh? adoyaii~


macam ni lah cara depa nak lepas bosan tym lab. tak senonoh? janji sporting sudah!


ECW201 - HYDRAULICS AND WATER QUALITY LABORATORY

untuk lab water ni pulak, aqu suka.erm,experiment dia bolehlah best n senang paham apa tujuan kita buat benda tu. tapi satu ja aqu lemah! CALCULATION! yup!lab water ni bagi aqu lab paling banyak calculation-nya.bagi aqulah. tapi nasib baik aqu dikurniakan kawan-kawan yang baik dan pandai yang sentiasa membantu =)

Experiment 1st yang kami buat

mengeringkan apparatus sebelum experiment

FOKUS itu PENTING! ^_^

collecting data & making calculation

tym ni,masa aqu tenung lama2 density bottle tu, tetiba imaginasi aqu terbayang tu macam bekas darah Teacher Dong Ju yang dia bagi Gumiho minum utk jadi manusia. err.okay sengal =,="

Metacentric Height kot tak silap nama exp. ni

KAU NAMPAK MUKA TENSION AQU TU?

ukur apparatus kot.

masuk kan air banyak-banyak! jangan tak masuk!

sempat lagi posing depa ni. aigoo~

exp. ni untuk kita kaji berapa kadar hujan turun. sepatutnya yang real kitorg kene buat kat mana2 parit@longkang kat U tu! tp nak menunggu hujan turun kat perlis tu,jenuh laa kan.

lepas 5 saat tadah air, semua orang jerit "STOP!" haha.klakar!

antara model tetap selain aqu, dalam setiap report lab water >.<


Ini Muhammad Ridhuan. Dia seorang yang berdedikasi dalam setiap lab! err. *bangga mamat ni satgi*

checking the actual measurement of rate flow of water

tang ni memang org TINGGI jela bole wat. bila aqu offer diri nak buat, semua pakau gelak! KEJAM!

jadi kalau ada pun kerja aqu, tengok meter tu jela =_="


best gak banyak lab sem ni, tapi...buat 1st time dalam sem ni aqu rasa mengidam pakai baju kurung! pernah tak gadis2 kat luar tu rasa mangidam nak pakai baju kurung macam aqu? fuuuhhh~

mana tak ngidamnya, banyangkan majoriti seminggu kami penuh dengan lab, harapanlaa nak pakai baju kurung an. elok je tersimpan berbelas-belas baju kurung dalam loker kolej tu =I

dia ikut jadual, ada kawan-kawan kelas lain memang tak dapatlah nak pakai baju kurung walaupun time hari rasmi (Isnin & Jumaat) dah time hari tu depa ada lab,nak buat camne kan.

untuk jadual kelas aqu, alhamdulillah la hari Isnin dapat lagi pakai baju kurung,Jumaat tak dapat sebab ada lab ECS.hah! lab ECS n ECG, aqu tak berkongsi cerita lagi dengan korang kan? TUNGGU ~~~


#bagi yang belum membaca, jom click, << Selangkah Ke Dunia I.R [part 2] >> !

2 comments:

rozza hanna said...

ada la gambar rozza sekeping2!! dahla kat umah meh la balik arau yg hujan nih!!

||fatin syahira|| said...

HAHA. ngeng! mestilah ada gambar rozza!dah rozza my close friend,right?hehe. dekat part2 pun ad gmba za gak.. aiyoo! arau start ujan dah?