Thursday, April 26, 2012

<< Ucapan Ikhlas Dari Hati >>

Assalammualaikum.


  • pertama. terima kasih sangat-sangat kepada orang yang menyebabkan hati aqu tergerak untuk berubah supaya lebih bersungguh-sungguh dan pandang lebih jauh ke depan time awal-awal masuk part4 dulu. Anis, time aqu rasa stress-nak-mati, cam sepanjang masa kene study3x! kau selalu dengar n bagi rileks. Sya', nak tau satu rahsia tak? time sy rasa down or nak give-up sy mesti ulang baca balik msg awk. dan secara tak langsung, Hyung. aqu pun tak tahu camne, but all words that you all 've said, it's always running in my mind.

...bljr elok2 tau, biar sem ni dpt dean,biar org lain sdr awk bley bjya tnpa bntuan org lain pun. sy akn slalu doakn awk, awk pun doakn kajayaan sy ya... - Sya'

  • kedua. terima kasih tak terkira kat kawan-kawan sekelas, yang banyak berkongsi ilmu secara langsung dan xlangsung. specially kepada kawan-kawan yang selalu study group sama, yang banyak membantu n sentiasa berkongi ilmu dengan aqu yang banyak kurang ni. Rei, Pija, RozzaIqa, Zhafir, En. Aim, Cikgu Nizam, Azi, Wan Temin, Yadiy, eh ha! all member's of lab group, kalau tanpa korang takde makna dapat score-nya lab2 tu sume (padahal da penat nak tag nama sorang2 sebenarnya)


  • ketiga. terima kasih banyak-banyak kepada bestfriends-before-now-and-forever. insyaAllah. ramai sebenarnya dari samten dulu yang selalu bagi kata penguat hati dan semangat. 'Alia thanks sangat time aten rasa sunyi takde siapa, 'alia sampai sanggup call kejut 1/3 malam.kita stay-up sama2 sampai pagi. siapa kata boleh gayut ngan pakwe je pagi2 buta? dengan bezfren pun sweet ok, dpt berkat lagi kongsi ilmu sama2 ;) Ziha,yang selalu percaya aten boleh buat dalam apapun. ingat lagi kita rancang nak buka syarikat sendiri sama2 nanti? insyaAllah. I.R & Q.S bergabung! ^_^


  • keempat. memang terima kasih tak terhingga sangat2 kat semua tenaga pengajar. lecturer2 sume yang tersangat baik hati dan sabar dengan perangai saya yang kadang2 agak inappropriate dalam kelas. yang sentiasa terima dengan tangan terbuka bila kami datang tanya soalan tym study-week.padahal tym tu lecturer sume ada yang dah penat dari pagi students datang tak putus n ada lect yang da nak balik pun,sanggup! jahat betul kami ni =I


=================================================================


bila aqu buat karangan panjang2 kat atas ni kompem semua cakap, "Tahniah", " Untunglah dekan", hah? HAHAHAaaharapan!hee. entah.erm,aqu hanya nak menyatakan apa yang terbuku dalam hati selama ni yang lama aqu nak cakap. seriusly kalau fikir balik, aqu rasa kalau aqu berjaya pun, macam 25% je datang dari diri sendiri lagi 75% kejayaan tu datang dari orang2 yang membantu sekeliling aqu.


walaupun agak sedih sebenarnya sebab yang aqu target sebagai hadiah untuk parents&family tak tercapai, lagi-lagi tadi tym tunjuk kat papa siap kata, " ek elleyh.apa bendanya ni.tak sampai 3.++ pun! apalaa adik ni. " dalam hati, "papa, itu yang fatin mampu usaha sepanjang sem ni." tapi bila fikir balik.hati aqu tenang, sebab aqu percaya apa yang aqu dapat itulah yang setimpal dengan usaha aqu selama ni. Allah tak kejam.


memang aqu tak berjaya cemerlang macam orang lain,tapi bagi aqu setiap yang Allah jadikan tu ada sebab. mungkin Dia taknak bagi terus apa yang aqu nak pada awal perubahan ni sebab itu bukan yang terbaik untuk aqu.mungkin bila aqu dapat 4flat bagai tu nanti timbul rasa riak dalam hati ni ke, aqu da kurang usaha ke, tak sedar diri ke, Maha Mengetahui. terima kasih kerana mendengar segala permintaan dan doa aqu selama ni,ya Allah ;D


mungkin juga sepanjang pembelajaran ni, ada yang kurang berkat dari sisiNYA atau kita tersakitkan hati sesiapa. korang penah dengar orang kalau dah marah gila-bangang tu sampai cakap,


"tengoklah nanti.aqu doakan k0 xberjaya seumur hidup kau!"
"aqu tak halalkan semua yang aqu bagi kat kau (kiranya ilmu termasuk gak)"
"exam nanti aqu doakan dia failed sume subjek! padan muka!"


sebab itu, salah satu prinsip aqu, kalau nak betul2 berjaya n bahagia dunia-akhirat. bukan hubungan dengan Allah je kena jaga,hubungan dengan makhluk pun.(pernah post kat FB dulu.hehe) sebab benda ni serius akan effect hidup kita. aqu takut sangat kalau terbuat orang marah, kecik hati, sakit hati ke, lagi2 kalau tak sengaja. yela, salah dengan Allah kita boleh mohon ampun&bertaubat. sebab Dia Maha Pengampun. tapi dengan manusia? selagi tuan punya diri tu tak maafkan kita, selagi tu la... hm,minta maaf =(





Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)



Tuesday, April 24, 2012

<< 2 Bad News In 1 Days >>

Assalammualaikum.


hari ini, 24/4/2012. hari yang diselubungi awan mendung dan ditemani hujan sesekali. aqu dikejutkan dengan dua berita yang tak disangka - sangka ,


1) Kematian Seorang Rakan Seperjuangan

    pagi - pagi lagi hati ini tersentap apabila mengetahui pemergian Hafizuddin Bin Shahrom, seorang rakan seperjuang sekolahku dahulu (SAMTEN) apabila melewat sepintas lalu laman muka buku. pada mulanya aqu ingat hanya gurauan, apabila komen dibaca jelas itu kenyataan. siapa sangka.
memang. musibah,sakit,maut itu tidak mengenal usia, masa, dan dimana. dalam usia seawal kita ni pun bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Apabila Dia berkata "Jadi" maka jadilah. sama - sama lah kita mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama para penghuni syurga dan sejahtera di sana.



2) Mama Masuk Hospital


    selepas maghrib aqu bergegas untuk memasak sebab "big brother" semua dah kecoh makanan takde. mama dari pagi tak balik rumah. tiba -tiba dapat call dari papa mengatakan "mama masuk hospital ni, tadi rebah tak tau nape. korang semua cepat datang sini". terhenti seketika. hurmh? blur.
enjin kereta yang menderum deras seiringan dengan azan isya' berkumandang, semoga cepat sampai. ketenangan di wajah tidak seiring dengan ketenangan fikiran. bermacam - macam perkara yang di fikir. satu mohon ku padaNYA,janganlah keadaan dahulu berulang kembali. tepat 12.00 a.m, kami sekeluarga pulang ke rumah. alhamdulillah, insyaAllah semua masih baik - baik saja.  

 

Monday, April 16, 2012

<< Puding Telur / Puding Gula Hangus >>

Assalammualaikum,


okay. ya adik-adik bertemu lagi kita dalam rancangan "kalau rasa rajin,baru kita masak" hahaiii~
mama hari ni still tak baik-baik demamnya lagi, kesimpulan : takde sape nak masak.
papa lak cakap malam ni ada meeting kat umah ni, kesimpulan : nak hidang apa kat diorang? bulu ayam?
aqu rasa bosan dan takde apa nak buat kat umah ni, kesimpulan : baik aqu masak!


jenguk dalam peti ais satu lauk pun takde untuk masak kecuali nugget,kentang,sayur, sayurrr? eiirkk!takmau! dengan tekak aqu yang mengidam dan mood aqu yang tengah rajin nak buat desert2 ni, maka terhasillah puding telur atau ada orang paggil puding gula hangus, atau ada yang lain lak panggil puding telur karamel. eh eh eh...macam-macam! yang pasti ni salah satu puding kegemaran aqu.


ni sumpah dari tangan sendiri. tak curik En.Google punya.


Bahan - Bahan : 


Puding

>> 6 biji telur
>> 4 sudu besar gula
>> 1 tin susu cair
>> 1 sudu teh esen vanila

Gula Hangus (Kuah-nya)

>> 6 sudu besar gula
>> 1 cawan air (better guna air panas kot)

 
Cara Membuat :

1.  Sediakan pengukus.
2.  Sediakan satu loyang.
3.  Pukul telur dengan gula sampai kembang/naik dalam loyang yang disediakan.
4.  Masukkan susu cair dan esen vanilla. Pukul lagi sampai lebam. (guna blender pun bole)
5.  Cairkan gula dan sedikit air di atas api (dalam satu bekas lain) sampai warnanya coklat keperang-an
6.  Tuangkan gula tadi ke dalam loyang yang sama berisi telur yang dipukul.
7.  Kukuskan selama 20-30 minit ( sebenarnya aqu tak sure pun berapa lama, sebab aqu guna cara pro je.,cucuk guna garfu kalau dia tak melekat kat garfu dah masaklah tu )
8.  Angkat dan nak lagi sedap masukkan dalam peti sejuk,hidangkan sejuk-sejuk! aaa~ masyhtaaa (^_^)


Step 3 & 4.

Step 5.

Step 6 & 7.


 
Itu je dulu kot yang aqu dapat kongsi. ni bapak balik dia bawa berbungkus-bunkus mee, udang, tauhu dan macam-macam. banyak giler. aqu buat muka pelik. nak buat apa pulak ni?

then dia kata "malam ni ramai datang,papa penat beli ni. pi tolong buat mee goreng,dahla" aqu macam... "erm? kenapa tak cakap besok pagi je pa?". mampu cakap dalam hati je, cakap depan-depan mau tak kena belangkung ngan En.Din tuh!HAHA.

ok, got to go! buzy buzy buzy! oh ya, siapa yang kegemarannya sama dengan aqu tu, cuba jangan tak cuba resepi ni ya? senang je macam tangkap kunang-kunang. daa~


Sunday, April 8, 2012

<< Untunglah Ada Orang Sayang? >>

Assalammualaikum

perkataan "Untunglah..." sekarang memang dah jadi trend gamaknya di kalangan orang-orang muda. maka, aqu yang muda lagi kecik-comel-molek ni pun, kompemlah tak terlepas dari menggunakan perkataan tu kan.err =,="


" Untunglah ada ramai peminat kan "

" Untunglah ramai orang suka "

" Untunglah orang famous kan "


kalau dulu aqu selalu gaklah sebut antara ayat-ayat di atas ni kat kawan2 aqu. and when i talk about it, i really meant it. almaklumlah kawan2 aqu dari dulu sampai sekarang, bagi aqu semua lawa-comel-manis-manis belaka! aqu pun tak tahu jamu jenis apa parents diorang bagi time kecik dulu.seriusly. *angkat kening*

but now,

are you sure it's a good thing of being famous? ramai orang minat,orang suka? erm,mungkin ada yang kat luar sana suka kot kalau terkenal-vogue-da bomb cam artis2 tu kan. tapi bukan aqu. wah! macam lagu KerisPatih lak aqu ni kan. tapi bukan aaaaakuuuu...woo~ eherm! *ternyanyi seketika*
 
bagi aqu kalau ramai orang suka, memang seronoklah kan. yeala, maksudnya orang senang berkenalan berkawan dengan kita. tapi kalau dah masuk bab "suka" lain macam sikit, lebih2 lagi kalau ke arah sayang, cinta or watever tu. cinta? ahaks! *geli*


giler serabut kepala weiii kalau kenalan yang kau kawan cam biasa2 tetiba bagitahu, he/she start have feeling at you! what will you going to say? what's your feelling? kalau sorang tu bole blah lagila, ni kalau da sampai 2,3,4orang? camno ekau nak molayannyo? jaga hati orang ni,orang tu pulak terasa. nak take care macam kawan biasa pun,dia da tangkap-cintan lain pulak.

kalau nak buat bodoh,tak mungkin. nak putus kawan? gila apa.kawan itu penting! eii,CHOP! ni aqu cakap bukan dari diri aqu ok. aqu meluahkan masalah2 dan perasaan2 yang orang2 sekeliling pernah cerita kat aqu je. aqu nak dapat 2,3orang suka? gilo apo! hidung kemek,pipi melepek.ada hati nak ada orang minat?! hahahactuii!


=================================================


haisyh.susah aqu nak bagi pendapat kalau bab2 camni.susah nak cakap. yelah, benda melibatkan hati-perasaan ni memang susah nak diungkap. lain orang,lain hatinya. kalau orang da TERsuka, TERsayang, nak buat camne. biaq pi la hang kata 1000x pi, satgi 1000x dia mai. dia kesah pa kan.

tapi bagi aqu soal jodoh ni semua di tangan Allah. semua da tertulis. okay, andai kata kau suka sorang minah ni, then kau luahkanlah an. okay,it's good if it just to let her know your true feeling toward her. lepas tu? kau harap apa? minah tu balas perasaan kau? hurm.bagus gak tu,takdelah kes one-sided-love kan. then? couple? HAHAHA.

okay,kita andaikanlah itu yang mamat tu nak dalam hati dia lepas jumpa someone yang dia rasa the one for him. segala tuturkata,sifat,perangai,fizikal, semua dah memenuhi citarasa dia ni. now,dah kapel. tapi sejauh mana hubungan tu bertahan? lama mana agaknya yea? mungkin ke minah tu akan maintain terus kekal menjadi the one and only beloved wife dia suatu hari nanti?

see? nampak tak apa yang aqu maksudkan. kita manusia,yang sangat sangat sangat lemah. kita tak dapat melihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang. bahagia ke, kecewa ke, berjaya ke, tanam agggur ke, kawen ke, andartu ke, semua tu hanya Allah yang tahu.

Allah is The Best Planner (^_^)

aqu tak taula orang lain.tapi aqu jenis wanita yang kalau da TERsayang seseorang tu, memang akan sayang giler3! with all my heart lah kata orang putih.HAHA. bila umur nak masok 20 ni (tak sampai bezday lagi kan) tipulah kalau takde feel nak rasa disayangi&menyayangi macam orang lain. nak kapel? BOLEH JE!

tapi pikir balik, aqu tak sanggup weyh kalau kecewa lagi kot-kot hubungan terputus tengah jalan ke.serius sakit bangat! sekarang ni pon da macam,hurm. bila dah sayang tu jatuh kat sorang kan, tak taulah bila hati ni dapat terbuka untuk orang lain. aqu pun tak yakin tah kapel tu boleh kekal sampai sah nikah ke tak, satgi buat tambah dosa aqu yang sedia TERLAMPAU banyak ni ha =I

tak ke kesian kat suami aqu nanti tak pasal2 kena guna macam2 cara nak pikat hati aqu balik?! ehee~*gediks* kesimpulannya aqu yang terlampau takut bila tiba soal hati-perasaan ni, kalau yang berani+tak kesah tu suka hati limpa koranglah nak watpe kan. mungkin hati korang kebal dari hati aqu. this is only my opinion.





" bila ada orang meluahkan isi hati dia kat kita atau hati kita tetiba terdetik sesuatu perasaan lain selain dari kawan. bukan salah dia dan bukan salah kita. bagi aqu itu satu ujian yang Allah bagi untuk tengok sejauh mana kuatnya hati kita. lebih tinggi nafsu kita atau tinggi lagi pegangan kita. sungguh ujian ini agak sukar.kerana cinta itu fitrah. setiap orang akan merasai dan mengalaminya. bezanya cepat atau lambat. aqu selalu berdoa, bila cinta itu tiba dihati ini, biarlah ia halal dan tidak melanggar batasan syari'at-MU. amin~ "