Assalammualaikum.
hari ini, 24/4/2012. hari yang diselubungi awan mendung dan ditemani hujan sesekali. aqu dikejutkan dengan dua berita yang tak disangka - sangka ,
1) Kematian Seorang Rakan Seperjuangan
pagi - pagi lagi hati ini tersentap apabila mengetahui pemergian Hafizuddin Bin Shahrom, seorang rakan seperjuang sekolahku dahulu (SAMTEN) apabila melewat sepintas lalu laman muka buku. pada mulanya aqu ingat hanya gurauan, apabila komen dibaca jelas itu kenyataan. siapa sangka.
memang. musibah,sakit,maut itu tidak mengenal usia, masa, dan dimana. dalam usia seawal kita ni pun bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Apabila Dia berkata "Jadi" maka jadilah. sama - sama lah kita mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama para penghuni syurga dan sejahtera di sana.
2) Mama Masuk Hospital
selepas maghrib aqu bergegas untuk memasak sebab "big brother" semua dah kecoh makanan takde. mama dari pagi tak balik rumah. tiba -tiba dapat call dari papa mengatakan "mama masuk hospital ni, tadi rebah tak tau nape. korang semua cepat datang sini". terhenti seketika. hurmh? blur.
enjin kereta yang menderum deras seiringan dengan azan isya' berkumandang, semoga cepat sampai. ketenangan di wajah tidak seiring dengan ketenangan fikiran. bermacam - macam perkara yang di fikir. satu mohon ku padaNYA,janganlah keadaan dahulu berulang kembali. tepat 12.00 a.m, kami sekeluarga pulang ke rumah. alhamdulillah, insyaAllah semua masih baik - baik saja.
2 comments:
al-fatihah buat arwah, btw sebab meninggal ?
erm.depa ckp,kemalangan. tp xtau secara detail nya =(
Post a Comment