Friday, December 31, 2010

<< Si Rabun Malam ?? >>

Assalammualaikum semua~



owkey,tanpa melengahkan masa aqu yang memang da xbanyak masa niyh (nak kemas barang,nak lipat baju,kemas bilik,prepare itu ini dan diri --------> pulang ke Araustralia lagi. arggghhh!!) *enough!* aqu teruskan sajalah ye apa yang ingin aqu bercerita kali ini tanpa merepek meraban (boley caya ke niyh??? teeeettttt!!!) huuuccuu~~

hari tu lepas pegi jenguk mOkdi kesayangan aqu sebelum aqu bertolak untuk menyambung sesi pembelajaran ku untuk semesta yang ke-2 *booorriiinnggggg!!!* time nak balik tu tetiba abang aqu bagi kunci kereta and said, "nah.ka0 bawak lah". errrr. aqu macam biasa muka cuaksnya dengan meter kecuakan dalam dada yang naik mendadak tapi seiringin dengan kadar suhu ke'excited'an yang meningkat,

"ka0 betol2 ke ni weeyhhh?? cuak nihh...." (cuak2 pon badan dah elok landing kat seat driver an.HAHA)

then,,buat pertama kalinye lah aqu drive luar dari kawasan kampung Langat tu.n 1st time drive dari Balakong tu.heeecehheee~ gaya macam pro je bawak niyh!! (padahal lutut ngan kuku kaki da cukup menggeletar dah!!hahaaii) abang aqu duduk lepak,,ngan wat muka ketat dye tuh. rasa macam amek test dengan JPJ balik jewp!!! iissshhxxxee!


berapa banyak 'bumper' dah aqu langgar dengan kadar agak laju ah kan. aqu xpakai kanta mata time tuh.ka0 giler jalan gelap tu mana aqu nak nampak, kan??kan?? kan??!!! time naik bukit tu abang aqu siap komen lagi, "ni dah makan jalan ni.." =,= then sampai lepas traffic light selekoh ke kanan nak masok Langat tu dia suruh aqu behenti kat tepi jalan.


"dah.dah. behenti tepi ni. haah,,keluar"
tolonglah~~ ketika itu aqu rasa seperti di reject dan di batalkan lesen oleh Encik JPJ. *langit yang gelap malam tetiba bertambah mendung.bulan di tutup awan. ffyyuu~*
"laaaa~ apa pulak masalahnya niyh?? biala orang bawak!da okey da tadi kan dari sana sampai sini??"
"bahaya lah! bawak pon teragak-agak.semput-semput!"
"ceeeyhhh! orang baru nak belajar,,macam tu la!ada yang bawa boleh terus PRO kew?", dengan bermuka masam (ibarat asam gelugur yang sememangnya masam diperap untuk dijadikan jeruk) sambil membuangkan pandangan ku ke luar tingkap! hhhuhh!!! =((

suddently! 
abang aqu bertanya soalan yang agak menjengkelkan hatiku dan membuatku terdiam! ceeyytt.
"ka0 pakai spec kan???"
"errr.hurm,,a'ah. tu yang aqu tak berapa nampak bumper2 sume tadi" *bekap diri*
"ka0 ni rabun malam ke???"
"HAAAHHH?? apa pulak! takde lah!! mana ada..." *muka da semakin complicated menahan rasa*
"abes tu aqu tengok banyak ka0 langgar line2 putih ni"
owkey,,tolong diam seribu bahasa sume!!!biar radio ni jew mengeluarkan celotehnya!



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



hey! hey! hey! hey! aqu??aqu rabun malam?? apakah??! xde.xde..... xde maknanya! penglihatan ku sangat BRIGHT&CLEAR owkieee!!! (tiba-tiba idong ku memanjang ke depan ibarat Pinokio!) aarggghh!! ok2,,fine!! aqu memang rabun pown!!!! so what?? errr..issyhh!!! tak lah.mana ada.mana ada aqu rabun.serius nampak je. korang try tengok picture2 aqu kat tepi tuh. mana ada pakai spec pown kan? kan?? deeeaayhhh!!! +,+"

ni sume start time form3 lah nih.tah,,aqu tak tahu kenapa n apa sebabnya penglihatan aqu start jadi kureng niyh. tapi time ni memang aqu selalu giler aaahh baca buku tengah2 malam.time orang sume dah tidow tu,,time warden&exco disiplin sume da menjerit "PELAJAR ASPURI !!!!!!!!!!!!! MATIKAN LAMPU SEMUA!!!!!!!!!!!!!!" (uhukks.uhukks!!! terbatowk aqu dibuatnya! errr) dah tu aqu tetap nak stay-up.nak wat cane an.study jelah guna lampu koridor! (owkey ni bukan nak tunjuk rajin,,pandai or what!ini adalah antara perangai burok budak yang suka study last2 minit niyh. terok!!)




 
 setelah di selongkar,ni je antara koleksi aqu ber-spec.(jijik je kan?!)
tolonglah kepada anda2 diluar sana,sila berikan kerjasama muntahlah  beramai2 tym tgk pic huduuhh ini!!! *eeeuuwww*


aqu memang tak berapa suka pakai spec niyh... (memang xsuka pown!) kenapa? tah. bagi aqu susah.penglihatan kita terbatas dan perlukan bantuan dari sesuatu untuk melihat.understand that?? dahlah tu,,kalau aqu pakai tetiba berubah muka ni jadi cun,,malato0p,,da vast,,dengan rela hati setiap saat aqu pakai!masalahnya dah huduh,,bertambah lagi huduh kuasa 3!grr~ aqu laah,,aweks2 specky kat luar sana kompem cun saja! hehe.

Yaaa!!Andwae!! kalau aqu rabun malam gak,,macammana saya nak tolong jadi 'mata' bagi bakal suami saya,Hwang Tae Kyung shii!!! *blushing* =) tu lah kenapanya orang tua2 kata jaga mata tu,,jaga penglihatan. tak dengar2 gak!! (dogil Ekau yaaa!!) pastu siap ejek2 lagi orang yang rabun malam,sekarang terimalah balasannya! dusshh dusshh dusshhh~



isn't this better?? hugguu~~
owkey2 fine!orang kalau da xlawa pakai camne,,buat camne,,pon tetap xlawa.right? but 4 me its better than become "mata empat" gurlz.ngeh3~ 







nota hati; semasa melepak di rumah m0kdi,dan wat kali pertamanya anak die melihat aqu berkaca-mata. dengan muka tak malu aqu bertanya.
"camne?? cantik tak??"
"lawa.macam Tina (nora danish dalam drama Putera Katak)"
apakah?? HAHAHA!sure mokdi aqu bersyukur sgt esok pagi xperlu sapu sampah sebab aqu gelak berguling2 kat atas lantai umah die sampai licin berkilat lantai tuwh!!!muakakaka!!!






merepek meraban oleh:

Wednesday, December 29, 2010

<< Hari Bahagia >>

Assalammualaikum...


hye kawan-kawan!!! *nada ala2 yus (raja lawak)*. apakah hari yang bahagia di atas niyh?? bahgia sangat ke?? permulaan entri pon macam bahagia + childish jew! isssyhh3x. tidak lah begitu. memang.entri kali ini memang ada terselitnya tentang 'bahagia'.

apa bende alah bahagia niyh?? binatang ape tuh??tumbuh2an kew?? kulat?? dah.dah. ka0 xpayah wat teka teki mengong kat sini. budak darjah dua pon tau ape bende alah 'bahagia' 0r 'gembira' tuh. Bahagia + Gembira = perasaan laahh!!! huuugguuu=,=

~kita yang menentukannya~

yang ingin ku kongsi di sini bukan kegembiraan ku,,tetapi kegembiraan seseorang. antara insan terpenting dalam hidup ku. siapa lagi kalau bukan papa ku!!! hik3. papa seorang yang sempoi,,kelakar,,kadang kala tegas,,kuat bising (jika ada perkara yang ia tak suka@tak menyenangkannya),,pelupa,,suka menangguh2 kerja(patowt laa anak papa ni terikut!!!),,ramai yang kata ;

"uuiissyhh ayah ka0...sekali pandang memang muka garang nak mati! (macam singa tengah lawan catur ngan kura2!) tapi bila da lama2 kenal,,sporting gila.suka sangat buat lawak!penat kitorang nak gelak"




huhh?? watever u all's said,,dats is my pa!kurang lebih die semua aqu terima (sebab perangai tuh sedikit sebanyak turun kat aqu kan.kalau aqu xsuke means I Hate Myself also laa! rightt?? hehe) dah ayah kita,,tanpa mereka takkan lahir juga kita semua di dunia ini =))

apa yang gembira sangat pasal ayah aqu niyh?? yelah2! orang nak cerita lahhh niyh! heessyhh,,xmenyabo! beberapa bulan yang lalu,telah di takdirkan papa ku berkenalan dengan seseorang dan pada tanggal 26 Disember 2010(ahad) yang lalu. Dia,Yang Maha Kuasa telah melanjutkan jodoh mereka hingga ke jinjang pelamin.

terlebih dahulu aqu ingin memohon maaf ke atas kenalan2ku,,sahabat2ku yang masih tidak mengetahui langsung tentang berita ini. pasti ada yang terasa,,pasti ada yang mempertikaikannya. walau ada yang sudah tahu,,tapi majoritinya hanya mampu mempamerkan muka terkejut beruk apabila membaca entri ini.

"berita baik macam ni bukan nak bagitau orang awal2!!"
"kenapa xcakap awal2?? xjemput saya pon =("

maaf.tiada niatku untuk sembunyikan atau tidak memberitahu kepada kamu (dan kamu kamu di luar sana). tetapi aqu .errrmm,sukar untuk ku jelaskan. tapi inilah aqu.aqu yang selalu memendam rasa,,aqu yang tidak pandai untuk menyampaikan apa rasa sebenar ku kepada semua (kalau bab cerita main2 *crita pedon* ka0 lah no satu!),,aqu yang selalu keliru menafsir kata hatiku (kalau kata hati orang seronok ka0 tolong tafsirkan!!),,aqu yang butuh waktu untuk berfikir dan muhasabah segala yang terjadi atas diri ini.


tidak terlintas untuk panjang bicara.hanya sekadar maaf ingin dipinta. sebagai tanda kesungguhan maaf ku pohon itu.di sini,,aqu ingin berkongsi dan melampirkan detik2 yang berlaku pada hari bersejarah itu....



melafaskan akad dengan 1 nafas,1 lafas sahaja
 
 debaran dihati amat terasa.walau bukan diri ini yang menjabat tangan kadi

 pembatalan air sembahyang (selepas menjadi yang sah baginya)

menyarungkan pemberian tanda ikatan ikhlas
(gelang itu pilihan ku^_^)

hantaran pengantin perempuan

 hantaran pengantin lelaki


 hanya jamuan kecil diadakan (antara family yg hadir)

 upacara memotong kek & pulut kuning

 my new family


owkey~ tamat sudah koleksi gambarku pada hari itu. errr,sebenarnya belambak nak mati laaa!tapi aqu takowt xsempat nak upload semua,,aqu yang mati dulu! muahhahaa!! err,,,then balik.kemas2 sume.dengan layan sepupu sepapat lagi.. (sesgguhnya saya tersamatt buzy pada mggu ini!so kepada sesapa yang saya still layan SMS2@miskol2 ia. silalah bersyukur!! ) then,,on that night kami pegi makan steamboat!(aqu punye suggestion,,xsangka pulak terpilih! hehe) sangat best n sedappp time makan tuh!! yelah,,mana xsedap nye boleyh makan sebanyak mana yang kita mau n suka kan. paliiinngggg syiookkk sebab xperlu kuar duit! all supported!! (jimat duit i,u allss~)


 antara menu steambot.
*i choose dat smiley one 4 dat i can keep smiling!!*






nota hati; bila aqu bercerita... mereka akan bertanya kembali.apa perasaan ku,,apa pandangan ku. hurm (tersenyum)
bagi ku kini,apa pandanganku,,apa perasaaan ku,,itu semua bukanlah yg terpenting. cukuplah andai mereka tahu...
apabila mereka (orang2 di sisiku) bahagia,,aqu akan turut bahagia (hanya kerana melihat senyuman&gelak tawanya)






merepek meraban oleh:

Saturday, December 25, 2010

<< Warkah Buat Sayangku >>

          Apa khabar agaknya kau di sana? sihat dan baik2 sahaja kah? yang pasti aqu di sini sentiasa mendoakan agar dirimu bahagia disampin orang2 yang beriman. Sudah agak lama kau meninggalkan diriku,,tapi bagiku segalanya baru semalam berlaku. aqu masih ingat.jelas.segala yang terjadi pada hari ku,,pada saat kau meninggalkan diriku....

           Waktu berlalu,,namun xkan lepas diriku dari memikirkanmu. xpernah terlintas dalam hatiku untuk melupakanmu. Aqu menyesal.aqu benar2 menyesal. bagiku,semua itu salahku. banyak perkara yang ingin ku lakukan bersamamu. banyak kata yang xterucap kepadamu. banyak rasa yang tidak terluah hanya untuk mu.

          Sayang... Aqu Rindu Kepadamu~
ya. aqu rindu.teramat rindu padamu. harus bagaimana lagi hendak ku luah kan?? jika kini aqu katakan aqu tersangat rindu padamu, adakah kau dapat mendengarnya?? adakah kau dapat datang menemuiku, meluruhkan segala rasa yang ada?? segalanya sudah terlambat bagi diriku,, rindu ku takkan lagi terbalas di dunia nyata ini walau setinggi mana ianya ku rasakan.




           Sayang... Aqu Sayang Kepadamu~ 
ya. aqu sayang.teramat sayang padamu. harus bagaimana lagi harus ku nyatakan?? jika kini aqu ungkapkan yang aqu amat sayang padamu, adakah kau dapat merasakannya?? adakah kau dapat terus memberi kasih sayang mu itu dan membalas sayangku?? (walau aqu yakin itu di hatimu) tetapi. segalanya sudah terlambat bagiku,,rasa sayang itu telah lewat untuk ku ucapkan.kasih mu itu tidak akan lagi dapat ku rasakan.




          Sayang... Aqu Mohon Maaf Kepadamu~ 
ya. aqu selalu dan selamanya ingin memohon maaf padamu. terlalu banyak dosa yang ku lakukan terhadapmu. terlalu kerap hatimu aqu lukai. sungguh! hinnga kini rasa bersalah ku tetap menggunung. harus bagaimana lagi harus ku nyatakan?? jika kini aqu tidak lagi ego untuk menyatakan maaf padamu, adakah kau dapat mendengarnya?? adakah kau dapat menerimanya?? tetap. segalanya sudah terlambat bagiku,, kesalahan2ku.dosa2ku padamu.hanya kepada Allah tempat aqu mohon untuk diampunkan segalanya.




           Tiga rasa ini.tiga perkara ini.sepatutnya kian lama dahulu aqu ungkapkan padamu. kini aqu telah terlewat! kerana apa??!! hanya kerana rasa ego dan malu menyelubungi diri!! aqu marah,,kecewa,,bengang dengan diriku! kerana rasa itu,,seumur hidup ini sesal menyelubungiku. ingin saja ku khabarkan sentiasa pada semua jangan layan perasaan itu,,jangan jadi sepertiku. kerana sedihnya,,sesalnya,,sangat terasa. tapi aqu bukan malaikat sentiasa menasihati orang lain sedangkan aqu melakukan kesalahan itu pada dahulu kala.

            Aqu malu dengan diriku. Aqu malu dengan segalan impianku,,cita2 ku sewaktu kecil dahulu. Aqu pernah berjanji akan akan menjagamu sehingga ke pengahabisan hidupku. ya,,memang ada ku lakukan.tapi tetap tidak cukup jika dibandingkan dengan jagaanmu padaku. bahkan kau yang menjagaku dengan sempurna dari lahirku hingga penghabisan hidupmu. Aqu malu dengan janji ku itu.

          Aqu juga pernah berjanji kepada diriku.aqu akan menjadi seorang yang bijak,,cerdik,,pandai dan berjaya supaya aqu dapat menggembirakan mu.membanggakanmu. tetapi yang ku lakukan kini tidak sampai ke arah azam ku dahulu. Angan2 waktu kecilku ketika kau membawa ku kemana yang ku mahu. aqu ingin memiliki lesen sendiri. dan bila aqu sudah dewasa,berjaya,kaya, aqu ingin membawa kau pergi kemana saja destinasi kau yang inginkan.dengan tenang kau berehat tanpa memandu. masa berlalu sedikit demi sedikit angan2 itu telah ku capai dan akan ku cuba gapai. sedih bagiku,segalanya tidak dapat lagi kau rasa.

mama


seandainya kau mendengar dan kau tahu. kini,,sekali lagi,,aqu bakal menempuh fasa baru dalam hidupku. fasa ini tak pernah ku sangka dan ku bayangkan dalam siratan hidupku,,seperti mana fasa pemergianmu dari sisiku. mengejutkan,mengelirukan,memilukan,dan amat memerlukan kekuatan dan ketabahan dalam diriku. tetapi tidak perlu kau risau kerana sejak dulu telah ku nekad dan ku ikat kuat kata dalam hati ini.

Aqu ingin menjadi seorang wanita yang bijak menguruskan diri,cerdik bermain dengan halangan hidup dan tabah menharungi segala dugaan yang mendatang. ya,sama sepertimu. kerana kau lah satu2nya wanita tabah pernah ku temui di dapan mataku,,dalam hidupku. jalan cerita hidupmu tidak setenang dan seredup seperti jalan cerita mereka di luar sana.tapi kau tidak pernah putus asa.dan sentiasa mencoba dan berkorban untuk dapatkan yang terbaik bagi mereka yang kau sayangi. Itulah yang ku cuba terapkan dalam diri dan itu lah darah yang mengalir dalam nadiku.
insyaAllah. aqu takkn berputus asa selagi ada hayatku kerana ku yakin Dia selalu di sampingku,, di samping mu,, dan semua hamba-hambaNYA. maafkan aqu andai terkadang aqu lemah,merintih,bersedih,bahkan hingga kini begitu. mungkin hati ku tidak lagi sekuatmu dan insan2 lain di luar sana. akan ku latih dan didik hati ini. kerana hati adalah 'punca' segalanya! tolong doakan ku di sana,,dan aqu akan senantiasa mendoakn kebaikan bagimu,,rahmat untuk mu tenang selalu di alam baru itu. amin~



************************************************************************************



"senyum lah senyum. bila kita senyum,,semua masalah akan selesai"


bintang yang kuat!! aja aja fighting!!! =)





nota hati ;  selalu ku meminta agar diberikan masa. tapi kini ku sedar,,mana mungkin masa itu menunggu ku. ia akan terus berlari.dan tetap pergi kerana ramai lagi yang memerlukan ia selain diri ini~





merepek meraban oleh:

Friday, December 24, 2010

<< My Lucky Bracelet >>

OH HAPPY HAPPY DAY!!!  

haha! ooppppssss!! ASSALAMMUALAIKUM~~~
entri kali ini hanya ingin ku cerita kan tentang kegembiraan diri ini. tiada yang istimewa,,tiada yang menarik,,tapi ianya cukup bermakna dalam hati kecil ku.

as usual,,hari rabu.selalunya memang hari wajib unutk aqu hang out! mengapa?? mesti ke tanya lagi??? sebab rabu wayang murah maa...senang sikit nak tengok an.jimat pown jimat! boleh la tengok dua tiga movie kan?! kih3! eeyhh! this is out of topic!!
 
ok,,aqu hang out dengan seorang junior aqu ni. Ia asek cakap jew,
"nak carik gelang,,nak cari gelang. nak cari gelang,,nak cari gelang".
Aqu yang suka bershopping ni pon ikowt jela,teman ia! Ia pulak aduuyyy mak aaaiiyhhh,, asek tanya pendapat aqu jew! 
"yang ni cantik tak?? ke yang ni?? haa!yang ni macam girly sikit"

aaalamaaakkkk aiiyhh,,tanya pendapat aqu?? ni yang eden poning mikir niyh haa. eden memang,,memang sangat daif pengetahuan lah kalau bab2 accessories ni! serius weyhh. tak caya?? kalaulah di takdirkan korang jumpa Cik Ice-Cream ni nanti korang try laa ushar aqu punya jari ke,,pergelangan tangan ke,, takdoh apa2 eeeyhh!! (selamat dari peragut!!!! muahahaha!)

eeyhh..lupe plak! ada2.... seingat aqu ada 1 cincin yang seseorang penah bagi time sekolah rendah,,darjah 6. Errrr,,,time2 'monkey love' dulu laa katakan! haha! (ka0 tengok,,setia xsetia lah Fatin Syahira niyh kan!simpan sampai sekarang bhai!!! lalalala~~)

rantai yang aqu pakai ni pown berusia ala2 2tahun (da agak lusuh dah pown),, pemberian dari seseorang sempena beday aqu time sekolah menengah dulu. agak terkezuuttt laa gak sebab xpenah2 semenjak meningkat dewasa tu ada orang bagi rantai kan. I jatuh hati terus taw! (errr...owkeyh. tolong jangan wat statement gediks n berani mati kat sini.kantoiii nantI! keeyhhhee~)

errmm,,hahhh! lagi 1.aqu selalu pakai 1 gelang.itu pown my papa belikan dari Bandung. time dapat tu,,gembira xterkata! macam dapat 'tanda' orang merisik jaa!! kah36! itu pown..aqu rasa papa aqu belikan sebab kesian tengok anak die takde pakai2 pebende alah macam pempuan laen tuwh. jangan risau pa!orang jiwa brutal!kental punye!ngeh3~




hahhh.. habes keluar sume koleksi aqu yang xbermakna apa2 tuwh,,kalau bawak pergi gadai kat kedai pajak pown..silap2 dengan kao2 sekali apek tu gadaikan!! sape suwuh loyar burok kat situ!! ceeeyhh. haah.kalau korang perasan..ape persamaan ketiga-tiga barang di atas?? takde persamaan?? bia benar... cube tengok2 balek...baca2 balek...fikir2 balek... apekah persamaan mereka?? (jawapan akan diberitahu di akhir entri ini! hahaaaiii!!)

jalan punya jalan... entah.aqu tengok lawa2 sume,,banyak pattern yang owkey.tapi xde sense laa nak beli an.tiba2 terpandang 1 gelang ni,,ada bintang! and bile aqu telek punya telek..gelang tu ada iras2 gelang yang aqu terAMAAATTT admired dalam cerita My LucKy Star! (my most favorite taiwan drama). aqu jadi tertarik walau pada dasarnya ianya tidaklah sebijik sama,,cuma sedikit saja.




aqu mengkhabarkan lah pendapatku itu kepada junior ku,,tuptup! ttibe die kata die suka!terus nak beli lak tuuwhh! aqu dalam hati paanneehh je an.yelah!orang yang jumpe dulu tapi masih berpikir2 lagi nak beli kex,,dia da cakap ngan amoy tu pastu terus bayar!! apekah??!! GGRRRR. (chilll babe!xde maknenye nak paneh sebab gelang jew! belambak lagi tuh ha!haha)

aqu terus kan perjalan.dengan xsemena2 junior ku itu menarik lenganku dan berkata,,
  
"nah kak aten....sebenarnya kitew beli ni untuk akak.untuk hadiah birthday akak yang lepas"

aqu?? eeeyhh!!mestilah!!macam biasalah! dengan muka terkezut badak+tenuk nya,,menjauhkan diri!

"eeyhh!! ape niyh?? xpayahlah nak main.HAHA! xyah nak ngengada! dah jom jalan!"
"eeee..... betowl la kak! sebab tu lah kita suwuh akak pilih!sebab tu kita kata nak arini gak. nanti akak da balek Arau"

HAAAAHHHH!! HAHA! amekkk ka0! tu laah... otakmu lombap sangat!ado ko dari tadi dio somangek suwoh ekau pilih yang ekau suko,ekau xsodar2 lagi ko???!! aiiiiyooo! tolonngglaa paham!saya memang lembap menangkap segala 'hint2' yang orang bagi dari dulu sampai skang niyH! grrrr!! *kawan2!!tolong ajar saya tips2nya ya?!!

Ka0 memanglaah wanie! dari dulu,,suka sangat ka0 yea suprice2 kan akak yang memang suka kejutan niyh??! wakaka! naseb baek otak akak ni boleh berfikir lagi aw tu kat tempat awam,,kalau x..memang da meleyh da airmata itu!ku tahan saja supaya ia tidak melimpah ruah,,,siap wat empangan lagi taw!!! kih36!! apa2 pown...


Kamsahamnida Yoo Rin Shii!!!!!!!!!!!
Xei Xei dajiaa!!! wo chende hen gaoxing! 








nota hati: aqu sukakan bracelet dalam cerita My Lucky Star tu bukan hanya kerana pengaruh ceritanya or pelakonnya. kebanyakan accessories dalam cerita memang cantik!dan yang penting ada seni tersendiri yang di sulami kisah tersirat sebalik rekaannya~ 
 someday.insyaAllah I want this bracelet in my hand.
(suami aqu tolong  belikanlaah!! serius bende ni ada jual weeyhh!! hhuusyhhh!)







jawapan kepada persoalan di atas:
S : Apakah persamaan ketiga-tiga barang yang aqu ceritakan itu??
J : persamaannya ialah,,tiga2 tu pemberian orang! xpenah2 aqu beli sendiri! HAHA!






merepek meraban oleh:

Tuesday, December 21, 2010

<< Maen Layang-Layang!!! >>

  • sebelum aqu pulang dari bertapa di umah m0kdi aqu aritu... aqu sempat pergi berjalan2 makan angin! di mana?? LAKE VALLEY!!! muahaha! lake valley je pown.dekat amat dengan umah! cakap 'makan angin' macam jauh sangat! HAHA!

 aqu xpaham laa knp pakcik baju kuning cbokk duduk kat citu tym aqu snap pic an!

  • sebenarnya,,abang aqu lah ni janji ngan budak2 tu nak bawak diorang maen layang2 kat tasek! haa! amek ka0! ngan budak2 ne leyh maen janji2 jew. diorang ni kuat menuntut janji! last2,,nak xnak kene bawak gak. yang paling best die heret aqu ikowt skali! seb baek aqu ni baek hati an,,ikowt jela~ (padahal sebab dapat jalan2 tuh!HAHA)
  •  owkey...kali ni aqu malas menaip panjang2... jadinya saksikanlah pic2 yg aqu upload n baca lah caption saje erk??? so! Let's Check Check It Out!!!! eqeqeqeeqqiii~~


 yg ku tau tempat ni tasek je,,xtau pulak ade bela ikan! hehe


 haaah! sapo yg koyaa sangat nak maen tadi! die yg pasang!
(padahal aqu nak relek2 je. haha!)


 semangat mendaki tuwh! semata-mata!


 jauh betul abg aqu lari nak naekkan layang2 tuh.
da macam semut aqu tengok ka0,mir! haha!


 tinggi xtinggi ar an abg aqu wat! hehe!


 tolong laa paham!muka EXCITED nak mati nak maen layang2 tuh!
bluuwahaha!


 ka0 pehal,mir?? aqu tau la ka0 xpuas maen agi. xyahla wat muka xpuaty!
bagi aqu try maen jap! ha,,ka0 tolong pegang dulu ea? huu~


semangat menarik tali tuh! cuak layang2 tu jatuh!
(owkeyh! abaikan poss yg agak over tu)


 tersenyum layang2 ku terbang tinggi! cute! hehe~


 mereka2 yg takde keje n melepak kat sana! kui3!


 paaallinngg bezz!! dapat makan icecream roti!!!
antara icecream fav tuh sebab murah n makan banyak mana pown still sodap! =)
(ohhh! tolong ABAIKAN ketembamam itu dan tolong ABAIKAN orang kat belakang yg cbokk interframe tuH! taulaa die makan icecream jugak!!! ceeyhh!!)
 


  • kepada tuan2 dan puan2 di rumah...jika time2 cuti atasu masa terluang tuh. bawak2 laa anak2 tu pergi jalan2.. pusat rekreasi,,pusat perlancongan,,tasek2,,,taman2,, budak2 mang suke tempat2 macam ni.. yelah di samping kita teman diorang,,kita pon boleyh rehat sekali kan. tenangkan fikiran,,lupakan seketika masalah2 pejabat. errr.....coooppp! nape aqu cakap macam da jadi bini orang ni?bila masa plak aqu bekerja?? rilekk derr..rilek... aqu muda remaja lagi! tp muda2 pown xsalah an p enjoy tempat2 camni.. lagi elok dari enjoy kat disko,,club bagai2 lagi tempat setan tuh! hehe!!



nota hati: errmm,,wat pengetahuan korang laa an... ni 1st time aqu maen layang2!goblock! haks3! sebelum ni xpenah2 aqu nak try! seronok gak maen bende alah tu. lari skit da peloh2! teeeyhheee~~



merepek meraban oleh:

Sunday, December 19, 2010

<< Saya Saja Bercerita >>

Assalammualaikum,semua...


lama sudah aqu tidak menaipkan?? hehe. aqu pergi bertapa sementara di rumah makcik kesayanganku~ untuk apa?? entah.mungkin mencari ketenangan,,mungkin menginginkan perubahan,,atau mungkin merungkai persoalan hati dan diri. ok.abaikan. xpenting pown.

entri kali ni aqu nak bercerita tentang seseorang yang amat bermakna&penting bagi diriku ini! siapa lagi kalau bukan my beloved aunt,,m0kdi! hehe. beliau ibarat ibu kedua bagi ku,,beliau dari kecil agi selalu menjagaku,menasihatiku,mendengar dan melayan kerenahku.


ramai tau kan,yg aqu xde adek beradek perempuan.LANGSUNG! jadi amat susahlah aqu ni nak jadi 'betowl2' perempuan (i mean feminin laah). dulu,lagi ar.. melepak ngan laki,berborak,berwresling, bergurau kasar,,pendek kata tomboii lah aqu niyh! ade gambarnye! nak tangok ka?? xperlulaa.. jatuh martabatku! muahahaha!


~gambar hiasan pngganti diri~


serius weyhh.. Alhamdulillah arr aqu dapat hidayah dulu. kalaux,,korang xkan jumpe laa Fatin Syahira yg sekarang niyh! m0kdi aqu ni lah antara yg selalu jadi informer aqu bab perangai,,bab fashion,,kalau x.xde makna aqu tau nak melawa2,,make-up apetah lagi! wakawaka! errr..xcaya?? hak alahh lu!xcaya pi mamposs lah!ada aqu kesah??! (dah kuar da perangai brutal aqu.HAHA)

eyhhh!! ape ni!!! orang nk crite psl mokdi org,,nape tbe crite psl orang lak niyhh?? aiiyooo!! ehem2.haa ari ahad aqu p jalan2 ngan ia...kat Tesco je pon. ia nak beli baju kurung bawu untuk pegi kenduri kawen sabtu niyh. hah. m0k di aqu ni kalau korang nak tau lah memang agak cerewet kalau nak pilih baju!susah betol nak jumpe baju yg berkenan kat mata ia! fffuuhhh~~ seb baek laa part 'cerewet' tu aqu xt'ikowt die (agak ar..hehe)

so,,pusing punye pusing (sampai suami die pown da penat!) baru laa die berkenan baju kat 1 kedai ni. GENE MARTINO ( aqu pown baru tau wujudnye kedai niyh! HAHA) baju2 kat citu agak (memang) mahal,,tapi lawa2 laa sebab tu mokdi aqu suka an. then ternampak lah baju batik sepasang!macam2 kaler ade!aqu mang suke bende yg berkapel2 ni!xkesahlah baju ke,,rantai ke,,cincin ke an.. It's juz SWEET! aqu pown meng'hasut' laa m0kdi untuk beli!die pown mang taste same ngn aqu an.. m0kdi aqu pown tunjuk laa kat suami die,,Cik Yan (^_^)


"abang,,cuba tengok baju ni..licin kan?"
Cik Yan menjawab,,
"a'aah,, licin macam duit 5 ringgit ni kan??" sambil mengeluarkan duit RM5 dan mengosok2nya. (HAHA! xsah kalau xwat aqu gelak!) then die terus pergi.

Mokdi aqu wat muka,tapi tetap tekad nak beli tuh! yelah,,susah nak carik yang berkenan,,dah jumpe xkan nak bia je an!!deeyyhhai! mokdi aqu siap tengok saiznye..XL ke XXL,lagi bez siap minx tali tape ukur kat cashier tu untuk ukur pinggang Cik Yan. bagos kan?? memang isteri yang baek!suami xperlu susah2 pikir baju.boley jalan2 jaga anak! heekeee~

tapi saiz Cik Yan kat kedai tu da abes,cashier tu cakap kene pegi cawangan diorg yg laen. So,mokdi aqu beli baju die di situ n sanggop nekad untuk pergi ke Metro (cawangan lagi satu) lepas tu. dalam kereta,,anak dia cakap laa "nak tengok baju mak!". Mokdi aqu keluarkan then tunjuk,,

"ya Allah!! ayang watpe la beli baju ni.. kalau kite ni VVIP ke xpelah jugak. ni UUUP pown xsampai!" (aqu pon xtau pe menatang nye uuup tu! haha)

"alaaahh,,abang bukan selalu ada baju macam ni.lawa tau!"

"memanglah lawa. tengok harga pown 'lawa'. 100 lebeyh hah!"

"ayang xkira!nak beli jugak! hee.abang pegi singgah Metro kejap yea? ayang nak beli baju abang.lat cini xde saiz,,kene pegi cawangan sana", dengan nada merajuk+memujuk. (xpayah tanya cane.korang kawen nnti tau lah!HAHA)

"adoooyyylaaaa.. pening kepala"

" eeaayh! cik yan nak pegi mana ni?? kajang sana laa", aqu bersuara selepas t'sedar kami ke arah laen!

"laaahh! tadi kata nak pegi Jusco?!"

"orang cakap Metro!dengarnya jusco! xikhlas laa tuh...", Mokdi bersuara sambil wat muka.


aqu di belakang,,tergelak dan tersenyum sambel memikirkan sesuatu~~ hehe.

sampai di sana, aqu nampak senyuman bahagia ketika Cik Yan test baju tu. yelah!sapa xsuka baju baru,,sama ngan isteri t'sayang pulak tuwh!kih3! (lagi pon...laki ni,, kadang2 ego je cakap xmao.xske. bile da dapat diorang SUKA jugak! alolololo~)  mokdi aqu pown sukelahh!dapat gak hasrat die nak belikan baju untuk hubbynye! ceeeyhhheee~


ni laa baju yg diceritakan. nampak camni mg bse je. da pakai elegent ar!
*ha.yg kecik tu baju anak die! cbokk gak nak satu! hee


apa yang aqu fikirkan tadi???
haha! aqu terfikir. camno eyhh,,kalau eden yang situasi diorang tuh??? yang bab boli kan baju,,siap ukur.ingat saiz sume tu biaso lahhh! den sanggop jo!da biaso dah eeyhh!! (ooppsss!kantoi! HAHA)
xdelah. sebagai isteri memang tu keje kita an jaga makan pakai suami. tapi aqu agak konpius bab perangai tuh lah! aqu rasa kalu aqu nanti laa.. aqu yg jadi macam Cik Yan aqu tuh,,(penjimat!) haha.xdelah weyhh,, aduuyy.macam membazer je beli bende mahal2. sboleyh2..kalau ada yg murah tu.bende tu laa yg akan ku beli! SELAGI ADA!!! haha!
eden bonar laa xsuka laa membazer2 ni..nak kuar2 duit.. aduuyh,,lolah den!kalau untuk orang tersayang,,somi,,anak2 bleyh tahan lagi. untuk eden?? xpayahlah. baek simpan tok arie tuuoo! muahahahaha!! 


aqu memang dari kecik tersangat suka tengok kapel m0kdi ngn cikyan aqu nih. sebab ape?? I think they together SO SWEET! hehe. walau selalu bertekak still nampak kemesraan diorang! walau selalu berselisih pendapat still ada keserasian! gadoh2 manja gitu loorrggh!! ceeyyyhhee~~




nota hati; aqu ada berkenan 1 baju kurung cotton tym kat Tesco tuh,,simple & nice. harga pon owkie. tapi..macam biasa. pkir punya pkir last2 xbeli! sebab pe?? "PENJIMAT" kan?? (^_^)




merepek meraban oleh: