Saturday, December 25, 2010

<< Warkah Buat Sayangku >>

          Apa khabar agaknya kau di sana? sihat dan baik2 sahaja kah? yang pasti aqu di sini sentiasa mendoakan agar dirimu bahagia disampin orang2 yang beriman. Sudah agak lama kau meninggalkan diriku,,tapi bagiku segalanya baru semalam berlaku. aqu masih ingat.jelas.segala yang terjadi pada hari ku,,pada saat kau meninggalkan diriku....

           Waktu berlalu,,namun xkan lepas diriku dari memikirkanmu. xpernah terlintas dalam hatiku untuk melupakanmu. Aqu menyesal.aqu benar2 menyesal. bagiku,semua itu salahku. banyak perkara yang ingin ku lakukan bersamamu. banyak kata yang xterucap kepadamu. banyak rasa yang tidak terluah hanya untuk mu.

          Sayang... Aqu Rindu Kepadamu~
ya. aqu rindu.teramat rindu padamu. harus bagaimana lagi hendak ku luah kan?? jika kini aqu katakan aqu tersangat rindu padamu, adakah kau dapat mendengarnya?? adakah kau dapat datang menemuiku, meluruhkan segala rasa yang ada?? segalanya sudah terlambat bagi diriku,, rindu ku takkan lagi terbalas di dunia nyata ini walau setinggi mana ianya ku rasakan.




           Sayang... Aqu Sayang Kepadamu~ 
ya. aqu sayang.teramat sayang padamu. harus bagaimana lagi harus ku nyatakan?? jika kini aqu ungkapkan yang aqu amat sayang padamu, adakah kau dapat merasakannya?? adakah kau dapat terus memberi kasih sayang mu itu dan membalas sayangku?? (walau aqu yakin itu di hatimu) tetapi. segalanya sudah terlambat bagiku,,rasa sayang itu telah lewat untuk ku ucapkan.kasih mu itu tidak akan lagi dapat ku rasakan.




          Sayang... Aqu Mohon Maaf Kepadamu~ 
ya. aqu selalu dan selamanya ingin memohon maaf padamu. terlalu banyak dosa yang ku lakukan terhadapmu. terlalu kerap hatimu aqu lukai. sungguh! hinnga kini rasa bersalah ku tetap menggunung. harus bagaimana lagi harus ku nyatakan?? jika kini aqu tidak lagi ego untuk menyatakan maaf padamu, adakah kau dapat mendengarnya?? adakah kau dapat menerimanya?? tetap. segalanya sudah terlambat bagiku,, kesalahan2ku.dosa2ku padamu.hanya kepada Allah tempat aqu mohon untuk diampunkan segalanya.




           Tiga rasa ini.tiga perkara ini.sepatutnya kian lama dahulu aqu ungkapkan padamu. kini aqu telah terlewat! kerana apa??!! hanya kerana rasa ego dan malu menyelubungi diri!! aqu marah,,kecewa,,bengang dengan diriku! kerana rasa itu,,seumur hidup ini sesal menyelubungiku. ingin saja ku khabarkan sentiasa pada semua jangan layan perasaan itu,,jangan jadi sepertiku. kerana sedihnya,,sesalnya,,sangat terasa. tapi aqu bukan malaikat sentiasa menasihati orang lain sedangkan aqu melakukan kesalahan itu pada dahulu kala.

            Aqu malu dengan diriku. Aqu malu dengan segalan impianku,,cita2 ku sewaktu kecil dahulu. Aqu pernah berjanji akan akan menjagamu sehingga ke pengahabisan hidupku. ya,,memang ada ku lakukan.tapi tetap tidak cukup jika dibandingkan dengan jagaanmu padaku. bahkan kau yang menjagaku dengan sempurna dari lahirku hingga penghabisan hidupmu. Aqu malu dengan janji ku itu.

          Aqu juga pernah berjanji kepada diriku.aqu akan menjadi seorang yang bijak,,cerdik,,pandai dan berjaya supaya aqu dapat menggembirakan mu.membanggakanmu. tetapi yang ku lakukan kini tidak sampai ke arah azam ku dahulu. Angan2 waktu kecilku ketika kau membawa ku kemana yang ku mahu. aqu ingin memiliki lesen sendiri. dan bila aqu sudah dewasa,berjaya,kaya, aqu ingin membawa kau pergi kemana saja destinasi kau yang inginkan.dengan tenang kau berehat tanpa memandu. masa berlalu sedikit demi sedikit angan2 itu telah ku capai dan akan ku cuba gapai. sedih bagiku,segalanya tidak dapat lagi kau rasa.

mama


seandainya kau mendengar dan kau tahu. kini,,sekali lagi,,aqu bakal menempuh fasa baru dalam hidupku. fasa ini tak pernah ku sangka dan ku bayangkan dalam siratan hidupku,,seperti mana fasa pemergianmu dari sisiku. mengejutkan,mengelirukan,memilukan,dan amat memerlukan kekuatan dan ketabahan dalam diriku. tetapi tidak perlu kau risau kerana sejak dulu telah ku nekad dan ku ikat kuat kata dalam hati ini.

Aqu ingin menjadi seorang wanita yang bijak menguruskan diri,cerdik bermain dengan halangan hidup dan tabah menharungi segala dugaan yang mendatang. ya,sama sepertimu. kerana kau lah satu2nya wanita tabah pernah ku temui di dapan mataku,,dalam hidupku. jalan cerita hidupmu tidak setenang dan seredup seperti jalan cerita mereka di luar sana.tapi kau tidak pernah putus asa.dan sentiasa mencoba dan berkorban untuk dapatkan yang terbaik bagi mereka yang kau sayangi. Itulah yang ku cuba terapkan dalam diri dan itu lah darah yang mengalir dalam nadiku.
insyaAllah. aqu takkn berputus asa selagi ada hayatku kerana ku yakin Dia selalu di sampingku,, di samping mu,, dan semua hamba-hambaNYA. maafkan aqu andai terkadang aqu lemah,merintih,bersedih,bahkan hingga kini begitu. mungkin hati ku tidak lagi sekuatmu dan insan2 lain di luar sana. akan ku latih dan didik hati ini. kerana hati adalah 'punca' segalanya! tolong doakan ku di sana,,dan aqu akan senantiasa mendoakn kebaikan bagimu,,rahmat untuk mu tenang selalu di alam baru itu. amin~



************************************************************************************



"senyum lah senyum. bila kita senyum,,semua masalah akan selesai"


bintang yang kuat!! aja aja fighting!!! =)





nota hati ;  selalu ku meminta agar diberikan masa. tapi kini ku sedar,,mana mungkin masa itu menunggu ku. ia akan terus berlari.dan tetap pergi kerana ramai lagi yang memerlukan ia selain diri ini~





merepek meraban oleh:

No comments: