Thursday, November 3, 2011

<< Petanda? >>

Assalammualaikum


Pagi tadi aqu bermimpi. mimpi apakah? kenapa aqu ingat lagi sampai sekarang ya? mimpi itu cukup pelik dan unik. mungkin itu sebabnya kenapa ia masih utuh di ruang fikiranku.membuatku berfikir.

Aqu sedang bersama keluargaku. tidak pasti dimana tempat itu, yang pasti tempat percutian atau peranginan kerana udaranya segar dan nyaman. keluargaku lengkap semuanya dan kami sedang bergembira.

Namun pada saat-saat akhir kami di sana kami diserang (OK.aqu mengaku part ni da start pelik dah) berbagai-bagai jenis serangan yang aqu sendiri tak pasti siapa dalangnya. serangan seperti bom asap, gangguan, letupan dan sebagainya.

Pada satu ketika, dimana kami sedang berhati-hati menuju ke tempat parking kenderaan untuk pulang ke rumah. sekali lagi serangan besar berlaku ke atas kami. keadaan menjadi kelam-kabut. semua kaget dan tergamam.

Asap itu terlalu tebal dan aqu terselimut di dalamnya. cemas,rimas,sesak yang ku rasa. namun aku terus cuba melangkah ke arah keretaku disamping yang lain sudah pun meninggalkan aqu, menyelematkan diri.

Hanya beberapa derap kaki sahaja lagi untuk sampai kesana. malangnya badanku semakin lemah. pandanganku kabur. saat aqu hampir terkulai layu, terlihatku satu wajah. dia sahaja yang memerhatikanku. kami berpandangan.wajahnya penuh kerisauan.

Sebelum sempat badanku jatuh rebah meyembah bumi, lelaki itu pantas berlari semula ke arahku dan terus menyambut lalu melindungi diriku dari serangan itu. aqu terbaring lesu, dia duduk sedia di sisiku.

Memang, hanya wajahnya sahaja dihadapanku. ketika itu ibarat hanya kami berdua di situ. dalam kelam pandanganku, sesak nafasku dek kepulan asap itu, aqu masih mendengar ayat yang terkeluar dari mulutnya sewaktu menyambutku,


Ya Allah, sayangku. sayang! sayang!

Panggilnya kuat sambil menggoyangkan tubuhku. seperti ingin mengejutkanku. tangannya kejap merangkulku. seolah memberi kekuatan saatku lemah. yang pasti dia takkan meninggalkanku sendirian menghadapi waktu sukarku, itu yang disampaikan dari pandangan penuh kerisauan itu padaku.
 
Paaaaaaaaaaaaaaarrrkkkkk !!!

Lepas je scene tu aqu terus terjaga! (macam tu ke bunyik terjaga? mcm bunyik seluar koyak je) huh.apa yang aqu mimpi ni? kenapa "dia" ? EH!dah pukul bape ni? menjengah ke skrin lattop (yang tak pernah ter-off) melihat jam. OMO!dah subuh gajah! berlari-lari badak menuju ke bilik air. TAMAT.




nota hati; sesungguhnya segalanya benar dari mimpiku.tiada yang di tokok tambah. Allah, siapakah yang Kau hantarkan padaku saat kesukaran membelenggu diri ini. jika benar 'dia' ya Rabbi, aqu mohon dia sentiasa disisi menyokong dan melindungiku.tidak meninggalkanku lagi. terima kasih, ya Allah.



merepek meraban oleh:

4 comments:

balqis said...

OMO ! aku suka gila SWEET POTATO couple ni .
goguma goguma :D

Nway , whos that guy ? hahaha

||fatin syahira|| said...

kan? kan? kan? aqu mmg ter-influenced abes ngn diorg ni,sgt2 sweet n real.xmcm kapel laen,entahla.huu.

dat guy?huu. ka0 rase? kao kenal..kot

Ah Chong said...

wah hbatny blog dy..
ley la ajr wan cmna nk wat blog cmni t hahah

||fatin syahira|| said...

@Ah Chong uiyt wan! apakah boleh tersesat sini ni? hehe. erk? xperlu di ajar. blog wan pun ok apa =)