Monday, May 20, 2013

<< Peluang Hidup Yang Kedua >>



Assalammualaikum,


14/05/2013 - SELASA

- cerita si penyelamat -
" time dia dah langgar tu. semua orang macam terkejut. orang nampak, tapi takde yang berani tolong sebab semua fikir dia (pemandu) tu comfirm dah 'takde' dah. saya fikir lah, ada orang dalam tu, takkan nak biar je? saya naik moto time tu, berhenti sebelah kereta n terus keluarkan dia. time keluarkan tu, dia memang separa sedar. muka pucat habis " - kata abang rider motor.

- cerita si fatie -
" fatie otw dari giant nak ke kajang. memang ingat nak balik kejap dengan kak tim, settle kan baju. memang serious ah atyn, fatie lalu pun, siap cakap dengan kak tim, 'ya Allah kak tim, teruknya kereta tuu... macammana lah pemandu dia kan?' tapi dari awal terpandang kereta tu hati fatie dah xsedap dah, sebab tu camne tah bila dah lepas tu, tergerak hati usha belakang balik. time nampak lambang naga belakang kereta tu ya Allah, tak tau nak cakap camne. terus park tepi jalan. ketar lutut fatie nak turun kereta. kak tim memang taknak turun dah, dia kata taknak dengar apa-apa " - cerita fatie.

- cerita tuan sarjan -
" bukan apa, saya dah banyak berjalan, banyak pengalaman. kalau tengok dari segi kereta ni. teruk. memang dah kategori kemalangan maut kalau camni. tapi tu lah, awak pun mungkin muda lagi, tak puas hidup lagi, tak kawen lagi kan? . mungkin Allah bagi masa panjang lagi untuk awak rasa hidup ni. - speech sarjan azuat.


=================================================================


-cerita aku-

bagi sesiapa yang tanya macammana boleh accident tu, harap maaf lah. serious aku tak boleh jawab. banyak kali dah cuba ingat dari lepas kejadian tu, memang tak ingat. it's like short-term lost memory. mungkin sebab a big shock, or whatever simptom lain yang boleh menyebabkan hilang ingatan tu.

yang aku ingat. okay,ni aku cerita apa yang aku ingat, apa yang aku alami dan apa yang aku sedar berlaku.

waktu tu lepas zohor. aku otw dari rumah (Hulu Langat) ke tempat kerja (Giant Prima Saujana). on the same day, Alhamdulillah dapat booth kat sana. waktu tu, hurm...ya memang banyak salah aku pun. on that time, dalam kepala hotak aku ni BANYAK sangat perkara yang aku fikir, banyak sangat masalah yang tak terluah. so jawab nya? stress out and lose focus. kepada adik-adik, abang2 dan kakak2, jangan fikir perkara lain semasa memandu ya? focus on your road n the cars in front of you. thank you :)

kemalangan berlaku di jalan saujana yang terbahagi dua, lane kiri untuk ke saujana impian, kanan untuk ke semenyih. jalan situ memang takde line n selalu buat pembaikan jalanraya (ziha yang cakap). dan disitulah, Allah bagi ujian kepadaku, aku tak ingat mcmmana. what i can hear is the sound of crash and as i subconsciously awake, kereta myvi yang aku bawa dah berlanggar dengan lori besar, lori pasir.




AND, how's that?  

aku ibarat mati hidup semula. selepas bunyi dentuman kuat dan bau hangit asap itu. gelap sunyi sepi. yang aku rasa aku ibarat tenggelam jauh di dasar laut dalam yang gelap. ketika itu aku sedar, disitu tiada siapa selain aku sendiri. dan hanya tetiba ada satu cahaya seperti membawa aku kembali ke bumi Allah yang sementara ini.

celik je mata ini, aku terus tercungap mencari udara. ya Allah. time tu dalam fikiran aku memang hanya satu, ALLAH! "aku nak mengucap" tu je satu perkara yang aku teringin lakukan time tu. tapi suara tidak keluar dari mulut, nafas tersekat di kerongkong, ya Allah...hanya Dia yang tau betapa sakitnya dada dan bertarung nyawa aku nak bernafas waktu tu.

" ya Allah,aku nak mengucap. itu je! itu sahaja yang aku minta sekarang ni! aku nak mengucap,aku nak sebut namaMU. permudahkanlah aku ya Allah. takdir aku selepas itu, apa-apa pun yang akan berlaku, aku redha "

sumpah demi Allah, lepas aku dapat satu nafas mengucap dua kalimah syahadah lengkap, terus ada kelibat seseorang cuba membuka pintu. ya,abang rider yang menyelamatkan aku itu. antara sedar tak sedar je, aku dengar soalan dia "adik okay tak ni dik? boleh jalan x?" tak mampu nak jawab atau bagi isyarat. dia buka seatbelt dan papah aku ke tepi jalan.

aku duduk situ macam orang bodo. masihh di alam aku. sumpah, waktu tu pun aku hanya ingat diri aku dan Dia. aku tak kesah kereta. tak kesah keadaan diri. tak kesah luka mana. tak ingat sesiapa. sampailah ada seorang pakcik baik hati datang dan tanya " ada sesiapa boleh dihubungi tak? ahli keluarga ke? "

ON THAT TIME, haha. baru aku ingat 'oh!aku ada keluarga. jap siapa eh'... lama sikit dalam gagap-agap aku petik nama papa n bagi nombor telefon dia. datang seorang makcik yang baik hati dari taman sebelah,

" ya Allah , Alhamdulillah...! makcik tengok kau seorang perempuan sini, keliling ramai lelaki, kamu drive sorang ya? takde kawan-kawan ke? ya Allah, Alhamdulillah sangat kamu selamat! risau makcik tengok kereta tu terok tu... Alhamdulillah Allah selamatkan kamu lagi " 

makcik tu bercakap tenang-gembira sambil memegang erat tangan, macam dia dah lama kenal atau ahli keluarga aku pulak kan? tapi terima kasih sangat-sangat kat dia, dia ambil tisu basah tetiba lap bibir dan dahi aku. aku nampak darah penuh, tisu yang putih bersih tadi bertukar merah. time tu baru aku macam
" ouh lah, luka ke muka aku? "



memang orang yang datang tengok aku sekarang atau mungkin kawan-kawan yang baca post fatie rasa macam " ouh. kemalangan kecik jeee. lepen ah budak ni ". sokay, memang kecik pun. kecik berbanding kuasa Allah yang menciptakan dan hikmah disebaalik dia jadikan segala sesuatu. 

SUBHANAALLAH. sumpah. aku macam dapat peluang hidup kedua. nyawa baru. setiap kali, setiap kali aku tengok sendiri gambar kejadian tu. cukup buat "banjir" kolam mata ini. korang tengok sendiri lah. separuh kereta, HANCUR sampai ke bumbung, side mirror, bumper, tingkap, dan cermin sekali.

BUT WHY hanya cermin hadapan di tempat pemandu dan betul-betul kat tempat stereng yang aku pengsan ketika tu je yang tak pecah, KENAPA??? pintu kereta,hanya tempat sebelah pemandu (aku) je masih boleh dibuka dan tak tersepit ketika itu, KENAPA??? dan kemalangan kereta-lori yang dikatakan "KEMALANGAN MAUT" bagi semua, tapi KENAPA aku masih bernafas elokberjalan dimuka bumi ini?




" Alhamdulillah. Allah bagi aten nyawa lagi. mungkin ni khilaf kepada dosa lalu."

" ya Allah. best nya aten... Allah uji. sentiasa di uji Allah bermakna Allah sayang kan kita"

" hanya orang-orang yang terpilih je, orang-orang yang kuat dan mampu terima ujianNYA je yang dia beri. Dia bagi ujian ikot kemampuan seseorang "

"bila kita susah-sakit, time tu lah kita tau siapa yang betul-betul setia-ikhlas-sayang dengan kita atau hanya bersama time kita senang sahaja" 


itu antara kata-kata sahabat-sahabat yang terus respond bila tahu berita mengejutkan ini. dan itulah masalahnya. sampai sekarang aku masih terfikir, "KENAPA?" 


" kenapa ya Allah selamatkan aku? aku orang yang BANYAK GILE buat dosa kat muka bumi ni! sedangkan kalau kekuasaanNYA, dia boleh tarik terus nyawa aku on that time jugak! boleh bawa aku pergi terus time kegelapan yang mula itu. tapi kenapa? kenapa dia beri aku masa yang sangat TERBAIK?! ALLAH....aku kemalangan yang dikatakn teruk, tapi bila tengok tangan, kaki, badan, muka, diri sendiri, tiada satu pun cacat-patah-riuk. memang errmm... sampai sekarang dada dan tulang belakang aku ada effect-nya. tapi kalau ikutkan Allah mahu tarik antara nikmat penciptaan indah yang Dia bagi, Allah da boleh ambil balik penciptaan kaki, tangan, muka, daging badan aku. 
YA ALLAH, dosa aku dari lahir sampai sekarang menggunung banyaknya, walau ada hidayah dan taubat yang hadir, kau ingat setanding ke dengan dosa kau yang menggunung tu Fatin Syahira? tapi kenapa ALLAH MAHA PENGASIH sangat-sangat penyayang kepada insan seperti aku ni? Allah...apa sahaja ujian kesusahan yang kau lemparkan kepadaku tak setanding besarnya hikmah dan besar kebaikannya padaku di kemudian hari...
-Allah.. tolong jangan jauhkan aku dariMU lagi walau sedikit... aku ingin sentiasa dekat denganMU dan jauh dari kemungkaranMU- ternyata doa ini pada setiap sujud yang di amalkan sebelum ini terbukti. mungkin musibah ini kerana aku masih JAUHHH lagi dariNYA. mungkin, jawapan kepada kenapa aku masih di sini lagi adalah kerana ada tugas-tugasku sebagai khalifah di bumi ALLAH tidak selesai lagi ..... ;( "




5 comments:

rozza hanna said...

i just wondering how u cant ever thinks to contact me FATIN SYAHIRA????
teruknyerrrrr...

||fatin syahira|| said...

bcoz i dont want you to be worried...
lagipon, org kol kwn rapat mestilah nk dgr gelak tawa,kabo gembira jeee. xkan ttiba nk kol za cite sedih2? huuu

Anonymous said...

alhamdulillah ko slamat . . . :)

||fatin syahira|| said...

siapakah anonymous ni? /:)

Unknown said...

salam aten.
tbe2 cam terpanggil nak jawab soalan 'kenapa' tu. hehe

Sebab ko dosa menggunung la, ko hidup lg.
Sebab Allah Maha Penyayang la, ko idup lagi.
Sebab Allah nak bagi kau peluang bertaubat la, ko idop lagi.

Imam ape pernah ckp, lbh kurang cam: Allah bagi kita peluang hidup lagi hari ni, sebab Dia nak bg peluang kita bertaubat.

Bayangkan kau mati dlm keadaan byk dosa camtu (semua org byk dosa pon~~~), kot2 tym tu xlepas nak masok syurga...
Allah bagi ko pluang lalui Ramadhan... supaya ko baiki diri, & by d tym tol2 ajal ko, insyaaAllah tym tu syurga tertulis buatmu.
Haha, pergh ayat~~~

ujian kau ni, ujian buat kami jugak yg xernah kene musibah atau masih hidup lagi.

Tahniah ten! semoga kite sama2 dapat menuju merdhatillah... ;)