Saturday, November 10, 2012

<< Peristiwa 22/9/12 >>

ASSALAMMUALAIKUM



aku ingat tarikh ini tanpa perlu melihat kembali kelendar lama.
hari itu ada test ECS308 - Structural Analysis
test terakhir sebelum final exam,
kira test yang akan menentukan carrymark aku lah.

lepas jawab tu, tak tau nak habaq lagu mana lah
stress-frust tahap cipanzi!
satu benda aku rasa tak boleh jawab. ada je tak complete!
memang rasa down tahap mega.

tapi bila jumpa member2 semua cakap benda sama
ada siap hentak2 kaki, menjerit ayam,
aku bila orang kat sisi aku tengah stress camtu,
malas nak cite stress aku sbb nanti menambahkan stress dia
better aku kongsi dan dengar apa yg dia rasa.

jejak kaki kat bilik. lakonan lagi perlu diteruskan.
berborak,bahan orang,gelak tawa seperti tiada apa,
petang tu dah takboleh buat apa, kepala sakit bagai nak gila,
baring atas katil, mengiring muka mengadap ke dinding,



tetiba fatie reply tweet aku, " kenapa ni atyn? "
i told her a part of my feeling on that time.
masa tu mmg menahan perasan je, bila-bila masa je boleh 'sobbed' ni
then, masuk bbm,
"sabar tau atyn. setiap kali atyn rasa susah, ditimpa ujian ke apa, ingat dalam surah Al-Insyirah, Allah ada nyatakan 'disebalik kesusahan ada kesenangan, sebalik kesusahan ada kesenangan'. dua kali Allah cakap kat situ! jadi kita kena yakin, janji Allah itu pasti!"

on that time, one by one tears drop on my pillow.
sumpah rasa sedih kecewa hampa sakit tersangat!
aku lupa ya Allah. kerana terlalu down, stress, tension,
aku terlupa seketika akan janjiMU itu, ya Rahman.
sedih dan kecewa aku bertambah kerana kealpaan ini.

sedangkan dari kecil lagi, arwah mama ajar,
" fatin, selalulah amalkan surah ni dalam setiap hari kehidupan kita. setiap kali adik rasa susah, perlukan 'jalan keluar' baca je surah ni. insyaAllah ada pertolonganNYA. tabah lah. "
sejak tu aku memang amalkan surah tu, HINGGA KINI.
semasa tunggu bas nak balik rumah, tak sampai2, hari nak senja, aku baca
setiap kali sebelum belajar, sebelum peperiksaan, aku baca
setiap kali aku ada masalah yang sukar untuk dicerita, aku baca
kiranya sebelum jawab test ECS tadi pun, aku baca
tapi sayang. sayangnya aku tak memahami menjiwai dan 'berpegang' kepada maksudnya.
dayusnya Fatin Syahira. itu yang membuatkan aku sedih kini.



aku tertidur lepas tu sampai Amal kejut aku untuk solat maghrib.
bangun. solat. then, memang fully semangat aku punah. entah.
lemah segala pergerakan. kepala memikirkan dosa menyalahkan diri.
aku tak tau camne nak mula belajar, esok ada Test ECM pulak
satu hape tak sentuh lagi. otak serabut,hati tak tenang, camne nak start?

al-quran ditutup. telekung dilipat. waktu ni rasa sunyi gila.
nak luahkan pun macam takde siapa. roomate memang taklah. member?
ouh. ingat dah! malam tu En.Hazizi buat open-house. so girls 1kelas semua gerak sana.
aku je mengelat memberi alasan. doesn't feels like going.

tetiba masuk satu call. "apa no pelik-pelik ni,nak angkat ke tak?"
since that day, aku memang ada perangai ni. malas hadap fon.
lagi-lagi no tak kenal. lagi-lagi tengah sakit. lagi-lagi masa tengah serabut camni.
tapi dari tadi berkali-kali dah missed-call dia ni. angkat jela.

" Assalammualaikum Atin..... ingat lagi tak siapa ni? "
" hoh? pebenda alah call2 orang tanya cenggitu -_- "
" sampai hati tak ingat kita dah... camni lah... "
" errr. tak cam suara lah. siapa ni ek? "
" ni Ain lah! Ain Rahmat! HAHA *start dah gelak meledak dia tu* "


SUBHANALLAH.
kawan baik. yang dah lama tak bertegur sapa. tak dengar suara.
tanpa berita, tetiba call dari mesir sana. MESIR bhai! jauh sungguh jarak kami.
serentak mendengar pengenalan diri tu, berjurai-jurai airmata keluar.
sayu gila hati. teresak-esak diri. Ain sampai pelik.
" eh? aten kenapa ni? orang dah lama tak borak patutnya hepi. nangis pehal? "


=================================================


sebaliknya terlalu banyak yang tersimpan, sejujurnya lepas je test tadi,
aku teringat seseorang. sahabat. dia tempat aku selalu berkongsi segalanya.
dulu, aku ingat lagi. semester 3. test ECS yang sama.
aku memang tak suka subjek ni lah weyh! paham tak?!
so aku memang tak dapat jawab ='(
balik je dari test tu, terus msg dia, dia sampai risau.pelik.
orang yang banyak cakap. suka taip msg panjang-panjang.
tetiba malam tu sepatah yang dia tanya sepatah yang aku jawab.
last kata, " bagi aku 10minit. 10minit JE! eh? nanti aku msg kau balik "
" kaw kenapa ni? hurm. takpelah. aku tau kaw tengah sedih. g la. nanti apa-apa hal msg tau "
" k. terima kasih memahami $%&#?\ "
target 10minit tu nak tenangkan otak kejap ah.
sembam muka kat bantal, last sekali tertidur sampai esok pagi!
bangun2 tengok enset, ada msg dari dia. miskol siap.
"sorry weyh. tetiba tertido plak semalam. ahaha", dah pagi baru balasen ~_~
"kaw kenapa ni? elok ah tu cakap 10minit,aku punyalah tunggu. risau tau tak! dia elok p tido plak!"
"haha. sorry. sorry ah bro. tak sengaja. takpe,skg takde pape dah ", tersenyum.



=============================================






" ya Allah. Kau tahu segalanya. Kau tahu tahap kekuatan hati dan kelemahan diri ini. aku dah berjanji tak mahu mengingatinya. tapi aku lemah ya Allah.sangat lemah. sedang janjiMU pun aku selalu lupa. ampunkan aku. ampunkan hambaMU ini. aku mohon ya Rahman. berikanlah aku sedikit kekuatan, tempat sementara untuk meringankan sedikit apa yang ada dihati ini untuk menempuh hari esok. permudahkanlah jalanku. "



kenapa sebak? kenapa menangis? menistisnya airmata itu bersebab. ada rasa rindu. ada rasa hina. tadi baru sahaja dalam doa aku meminta. doaku seperti di atas. dengan sekelip mata. sumpah. hanya sekelip mata. kuasa Allah. bagiku Dia menghantar seseorang. sahabat.

mungkinkah itu satu suratan atau memang satu kebetulan. yang pasti aku kecewa. sedih. hampa dengan diri sendiri. sehingga aku merasa malu. MALU yang teramat ya Allah. untuk memohon lagi, untuk meminta walau secebis pertolonganMU




dan mungkin lepas satu demi satu peristiwa begini berlaku, aku semakin redha. tak kisah dah. jujurnya result aku untuk semester 5 ini result tercorot pernah aku genggam. tapi ajaibnya aku tak kesah. 1st time seumur hidup dapat keputusan seteruk itu dan memeranjatkan mereka. tapi entah kenapa aku boleh tersenyum dan hati cukup tenang. bagi aku itu antara yang terindah.

Allah dah layan kau cukup baik, TERAMAT BAIK Fatin Syahira. apa lagi yang kau nak? Kau.amalan pun tak cukup. untuk dibandingkan dengan nikmat rahmat yang Allah bagi dekat kau, ibarat kecil debu di tanah berbanding luas langit di angkasa. itu pun kau nak demand lagi? cukuplah. aku sentiasa beringat. segala yang berlaku dalam hidup kita ini ada sebabnya ada hikmahnya. cukuplah Allah sebaik-baik perancang takdir kita.




1 comment:

Unknown said...

wahai fatin...ujian mu itu hanya lah sedikit shaja...
kamu patut bersyukur ujian mu itu...
kerana di kalangan rakan2 mu itu..terkena ujian lebih berat...ini betul...ku merasakan mu tidak dapat memikul ujian seperti itu...huhu..
dari kawan... >.<
(thanks surah tu)i will use it...