Tuesday, August 6, 2013

<< Yeay! COME AND GET YOUR FAST-FOOD ! >>

ASSALAMMUALAIKUM



ini cerita semalam. tapi tetap cerita lah kan? huu
on the way balik rumah lepas kerja (minggu ni syif petang), terkejar-kejar nak naik ktm. at the end, tak sempat jugak, tau tauuu jelah kan public transport ni... dia ikut masa dia,bukan kesah masa kita -_-

sampai-sampai ktm, lepas beli tiket je, AZANNNNNN~
Alhamdulillah macam biasa, aku buat shake strawberry + kurma, done! BURRRPPPPP!!! kenyanggg~
dah kenyang, kejar-kejar ke platform sebelah, kot kot ktm dah mai

sepanjang perjalanan tu macam biasalah, kalau naik public trans ni, satu benda yang aku suka dapat tengok macam-macam gelagat manusia. at least dapat muhasabahkan diri aku, mengingat kuasa Allah :)

but, i saw something yang buat aku rasa tersentuh dan sedih....

kat satu kerusi ni, seorang makcik masih sedang berbuka.... dengan fast-food... salah sebuah fast-food terkenal lah kat Malaysia ni kan? *takmau sebut* tapi lengkaplah satu set nya.... dengan ayam, burger, air gas....

huuu.... makcikkkk oi makcikkk.... sumpah time tu aku rasa macam nak tegur je, halang dia tengah syiok melantak tu then buatkan lagi satu shake utk dia berbuka puasa !


it's not about promoting or watever kat makcik tu, but can you imagine? mungkin makcik tu baru balik kerja gak, atau otw nak ke rumah anak balik beraya mana tau kan? 

itu akhir-akhir ramadhan, apa yang dia berbuka adalah "Fast-Food" . at the beginning of ramadhan? sepanjang 27hari dia berpuasa tu? ikot logik akal lah korang fikir, agak-agak apa yang dia ambil time berbuka? 

YESSS, nasi, kuih, karbo karbo karbo karbo air tebu, sirap, laici, gula, gula, gula, gula, gula, gula, gulaaaa!

YESSS! that's a fact! apa yang kita rakyat malaysia selalu makan berat tu, masuk dalam perut, di-digest maka terhasil lah semua. tu. itu aku tak masukkan lagi kandungan fat , acid and what so ever....




Allah... on that time, i'm thinking of my parent and all people i love. and i remembered of arwah mama...
kalau lah dia masih hidup... ok tak,kalaulah mak-ayah korang yang sekarang berada kat depan mata..

umur makin meningkat, sakit tua makin banyak, dan korang tau apa yang diorang makan tu lagi merbahayakan kesihatan diorang, will you freely give it to them??




and it is not about them only, IT'S ALSO ABOUT US! yang GEN-H Malaysia ni (berusia bawah 30tahun)

cuba fikirkan apa corak pemakanan kita sekarang n apa masalah/perkara/penyakit yang normal dapat kat kita? susah nak cakap. WORLD ARE GETTING WORST.

sekarang budak umur 15tahun pun bola dapat ketumbuhan dalam rahim, seawal usia 6tahun pun ada yang dah cecah obesiti terok, kawan aku punya abang umur baru 20-an dah ada darah tinggi, lelaki-perempuan terlampau kurus atau kulit banyak bermasalah (jerawat-jeragat-elergik) , masalah hormone,

DO YOU THINK THAT'S NORMAL? fikir balik lah zaman dulu-dulu, nenek moyang kita, ada ke macam tu? and yang paling simple aku minta untuk korang semua muhasabah balik n berfikir,



kalau kita dari sekarang pun dah mengamalkan pemakanan macam tu, kau rasa-rasa lah, anak-anak kita dan generasi akan datang nanti macam mana? pandang diri kita luar&dalam, lihat keliling ahli keluarga&masyarakat.... adakah kau nak apa yang kau nampak/lalui/alami sekarang akan dirasai DUA KALI GANDA oleh anak-anak yang ALLAH amanahkan pada kita? 
*wallahualam :)










==========================================================












DO YOU WANT A FAST-FOOD ?

REALLY REALLY ADDICTED TO DELICiOUS AND AMAZING FAST-FOOD ??

TAK SEMPAT NAK BUAT BREAKFAST, KEJAR MASA AS STUDENT/WORKER?

SERIOUSLY,
THIS IS THE BEST "FAST-FOOD" EVER I'VE TASTED !

AND I'M SURE THIS IS THE BEST CHOICE, DELICIOUS and THE BEST FAST-FOOD YOU'LL EVER TASTED !






ADVANTAGES ?

  • ada 5 flavour yang sedap-sedap and the best is kita sendiri boleh pilih tekak kau suka yang mana? COKLAT? STRAWBERRY? VANILLA? CHAPPUCINO? TROPICAL FRUIT?


  • tak bosan langsung! because it's not like you've to eat the same kind of colour, taste and texture everyday? pffttt~ rasa nak campur dgn buah-buahan? nak buat ice-blanded? campur susu koreo ke apa? LAGI MASYUK! hehe
  • but the best is shake herbalife ni terSANGAT-SANGAT lah low calories daripada fast-food n meals yang korang amek kat luar tu... 1 serve only 90-200calories ?! woww...okay, aku nak bet lagi, sesape yang boleh cari makanan hidangan lengkap kat luar sana tu, dapat kalori serendah tu n boleh bagi complete 55 nutrients, aku bagi HADIAH ISTIMEWA! hewhew
  • nak sangat FAST-FOOD kan? and why i call this nutrition is a fast-food? sbb aku pernah doh, balik kol 6-7ptg, peak hour kan. time tengah-tengah harung jammed yang berejam tu pon aku sempat buat shake. weh, tak sampai 5minit dah siap. if kau pergi mana-mana restoran fast-food luar sana? nak cari parking... nak beratur.... nak order... nak tunggu siap... agak-agak kau lah kan? mana lagi FAST ??? (^_^)


 YOU ARE THE ONE HAVE THE POWER TO CHOOSE,
SO WHAT IS YOUR CHOICE DEAR? (^^,)


want to feel and taste the real healthy fast-food ?
just contact me or leave your details, i'll make one special for you
017-3384644 / 013-5143680
thanks & syukran =)







Saturday, July 20, 2013

<< Apa Je Nikmat Kita Dapat Ketika Berpuasa ? >>

ASSALAMMUALAIKUM 
Allah Maha pemurah dan Maha penyayang, DIA sangat sayangkan hamba-hambaNYA sampai tak terkira nikmat dia bagi. lagi-lagi time bulan yang mulia ni, RAMADHAN :)

izinkan aku berkongsi salah satu dari rahmat yang Allah sediakan di bulan ramdhan ni, boleh ye?
dah kenapa skema ayam ayat aku kat atas ni? please lah Fatin Syahira! *tembak dah*



KESAN AUTOLISIS


AUTOLISIS adalah sistem automatisasi dalam tubuh yang memformat ulang kondisi tubuh ke kondisi ideal (self-digest)  
Dalam keadaan normal (hari-hari biasa) tubuh kita mendapatkan energy dan nutrisi dari luar tubuh melalui makanan, minuman dan radiasi. Ketika kita puasa disiang hari, dimana takde sesuap makanan pun, aktiviti dan gerak kita akan membakar energy hingga habis. 
Mulanya, energy akan diperoleh dari glucosa hasil makan (sahur), bila habis, energy diperoleh dari glicogen dalam darah. Bila kandungan glicogen berkurang, otak kita akan refleks cakap "LAPARRR" dan suruh kita makan. Bila kita sedang berpuasa otak akan menghidupkan PROGRAM AUTOLISIS.
 
Semua makhluk hidup dibekali dengan sistem (fithrah) autolisis yang khas. 

  • Pohon berpuasa dengan menggugurkan daun.
  • Rumput dan biji berpuasa dengan berhenti tumbuh (dorman).
  • Beruang berpuasa selama musim dingin.
  • Buaya berpuasa (aestivasi) selama musim panas.
  • Ikan paus dan burung berpuasa ketika bermigrasi.
  • Ikan salmon, pinguin, berpuasa ketika musim kawin.
  • Kuda, kucing, berpuasa ketika terserang penyakit hingga sembuh.

SO DO US! kita,manusia pon ada autolisis. kalau time hari-hari biasa, proses membaik pulih cell, detoksifikasi, membakar lemak, MENGHILANGKAN sel-sel rusak, sel-sel mati, benjolan hingga tumor, serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun , semualah proses "repairing" ni mengambil masa selama 90hari secara konsisten.

  • 30 HARI : MEMBERSIH 
  • 30 HARI : MENYERAP  
  • 30 HARI : MEMBAIK PULIH 

but the good news is ;
dalam bulan ramadhan kareem ni, segala "repairing process"  90hari tu akan berlaku HANYA dalam 30hari!  SUBHANAALLAH. 30hari sahaja untuk improve segalanya dalam badan ni pada bulan barakah ni. haa,nampak? ramai orang taktau kan? so google! heehehe.

  • 10 hari pertama 10% sel tubuh diperbaharui
  • 10 hari berikutnya 66% sel tubuh diperbaharui
  • 10 hari terakhir 100% sel tubuh diperbaharui


TAPI hadiah yang Allah bagi ni, HANYA berlaku jika kita mengamalkan PEMAKANAN YANG BETUL yang boleh membantu untuk bagi full complete nutrition kat badan dan organ/cell kita sepanjang berpuasa ni.
JADI, berpuasa bersama HERBALIFE sangat sangat sangat menyokong proses "REPAIRING" untuk 30HARI sahaja. Yesss!!!!


" ha. dah start dah~ nak promote lettew "
"hek elleh kau, herbalife lagi, sikit-sikit herbalife. kemaruk ke apa?"

HAHAHA. okay,well. just a simple words from me. if lah, korang boleh cari and tunjukkan pada aku, satu hidangan atau menu lengkap yang korang amalkan hari-hari setakat ni. yang terkandung dalam dia, semua jenis vitamin, ada khasiat 7warna buah 7warna sayur, ada full nutrition yang badan manusia ni perlukan,

then, i'll start considering about stop talking and eating all the products from this no1 meal replacement & cellular nutrition company, HERBALIFE.  So, ANYBODY? =)

even, kak Raja Farah pon choose Herbalife to become more healthier n get her ideal weight
( macam geli je gambo si gemok belah kanan tu kan? 
patotnya aku amek gambar raja farah sorang2 je time tu -_-" )



Wahai khalifah-khalifah di atas bumi Allah, sekarang dah masok fasa ke-2 kita di bulan ramadhan, that's means dah lebih 10hari kita berpuasa. fikirlah semula, fikir baik-baik... selama 10hari lepas korang berpuasa, apa yang korang lalukan, apa yang korang makan untuk badan korang sendiri!

lagi-lagi time sahur dan berbuka, makan apa? Murtabak? Karipap? Nasi Lemak? 2pinggan nasi + daging bakar? yang paling sedih , bila aku tengok ramai yang berbuka dengan Fast-food. everyday, penohhh je kedai2 fast-food kat luar tu...

Allah, please think it twice, do you think all that can give u energy for whole day fasting? dan yang paling teruk apabila makanan2 tu sendiri yang akan menjahanamkan nikmat bulan ramadhan ni.
bagi penyakit kat diri (macam gastrik, pening, maigrain, demam, diabetes time puasa) , me-lemau-kan badan kita sepanjang hari , melambatkan waktu beribadat, n fenomena PAAALING NORMAL,

" time puasa diet I okay, berat I turun 5kg! (sihattt sangat~) tapi raya mendadak berat I naik!"



ingatlah konsep , "MAKAN UNTUK BERIBADAT" 
kalau korang rasa pemakanan korang di bulan puasa ni dapat bagi korang all things yang terpapar kat atas ni,
just go on. that's the best! 
but if it's nothing, then sincerely give me a chance to help!
just think about your body, your health!
 this month is the best month, to lose weight! the best month to gain weight&mucle! 
this is the best month to get a beautiful skin. the best month to improve health problem!

kenapa tak percaya? ALLAHUAKBAR. believe in  kuasa Allah, believe in Ramadhan, 
just comment, call/sms/wechat/whatsapp/pm me




Monday, June 24, 2013

<< A heart-talk and Birthday wishes sincerely fly from Bangkok >>



ASSALAMMUALAIKUM





Bismillahirrahmanirrahim

i'm looking for serious people who want to;
  • improve health
  • improve skin problems
  • lose their weight to ideal weight
  • gain their weight (with gym or no exercise at all)
  • searching for side income (parttime : RM 500-RM 1500)




p/s : mula-mula backround faty sebok tekun bebenor pilih key-chain dia
       at the end, background awek thai tgh kemas kedai baju dia pulok.
       haha. first vlog from my heart *terima jela apa adanya ye* =P





Monday, May 20, 2013

<< Peluang Hidup Yang Kedua >>



Assalammualaikum,


14/05/2013 - SELASA

- cerita si penyelamat -
" time dia dah langgar tu. semua orang macam terkejut. orang nampak, tapi takde yang berani tolong sebab semua fikir dia (pemandu) tu comfirm dah 'takde' dah. saya fikir lah, ada orang dalam tu, takkan nak biar je? saya naik moto time tu, berhenti sebelah kereta n terus keluarkan dia. time keluarkan tu, dia memang separa sedar. muka pucat habis " - kata abang rider motor.

- cerita si fatie -
" fatie otw dari giant nak ke kajang. memang ingat nak balik kejap dengan kak tim, settle kan baju. memang serious ah atyn, fatie lalu pun, siap cakap dengan kak tim, 'ya Allah kak tim, teruknya kereta tuu... macammana lah pemandu dia kan?' tapi dari awal terpandang kereta tu hati fatie dah xsedap dah, sebab tu camne tah bila dah lepas tu, tergerak hati usha belakang balik. time nampak lambang naga belakang kereta tu ya Allah, tak tau nak cakap camne. terus park tepi jalan. ketar lutut fatie nak turun kereta. kak tim memang taknak turun dah, dia kata taknak dengar apa-apa " - cerita fatie.

- cerita tuan sarjan -
" bukan apa, saya dah banyak berjalan, banyak pengalaman. kalau tengok dari segi kereta ni. teruk. memang dah kategori kemalangan maut kalau camni. tapi tu lah, awak pun mungkin muda lagi, tak puas hidup lagi, tak kawen lagi kan? . mungkin Allah bagi masa panjang lagi untuk awak rasa hidup ni. - speech sarjan azuat.


=================================================================


-cerita aku-

bagi sesiapa yang tanya macammana boleh accident tu, harap maaf lah. serious aku tak boleh jawab. banyak kali dah cuba ingat dari lepas kejadian tu, memang tak ingat. it's like short-term lost memory. mungkin sebab a big shock, or whatever simptom lain yang boleh menyebabkan hilang ingatan tu.

yang aku ingat. okay,ni aku cerita apa yang aku ingat, apa yang aku alami dan apa yang aku sedar berlaku.

waktu tu lepas zohor. aku otw dari rumah (Hulu Langat) ke tempat kerja (Giant Prima Saujana). on the same day, Alhamdulillah dapat booth kat sana. waktu tu, hurm...ya memang banyak salah aku pun. on that time, dalam kepala hotak aku ni BANYAK sangat perkara yang aku fikir, banyak sangat masalah yang tak terluah. so jawab nya? stress out and lose focus. kepada adik-adik, abang2 dan kakak2, jangan fikir perkara lain semasa memandu ya? focus on your road n the cars in front of you. thank you :)

kemalangan berlaku di jalan saujana yang terbahagi dua, lane kiri untuk ke saujana impian, kanan untuk ke semenyih. jalan situ memang takde line n selalu buat pembaikan jalanraya (ziha yang cakap). dan disitulah, Allah bagi ujian kepadaku, aku tak ingat mcmmana. what i can hear is the sound of crash and as i subconsciously awake, kereta myvi yang aku bawa dah berlanggar dengan lori besar, lori pasir.




AND, how's that?  

aku ibarat mati hidup semula. selepas bunyi dentuman kuat dan bau hangit asap itu. gelap sunyi sepi. yang aku rasa aku ibarat tenggelam jauh di dasar laut dalam yang gelap. ketika itu aku sedar, disitu tiada siapa selain aku sendiri. dan hanya tetiba ada satu cahaya seperti membawa aku kembali ke bumi Allah yang sementara ini.

celik je mata ini, aku terus tercungap mencari udara. ya Allah. time tu dalam fikiran aku memang hanya satu, ALLAH! "aku nak mengucap" tu je satu perkara yang aku teringin lakukan time tu. tapi suara tidak keluar dari mulut, nafas tersekat di kerongkong, ya Allah...hanya Dia yang tau betapa sakitnya dada dan bertarung nyawa aku nak bernafas waktu tu.

" ya Allah,aku nak mengucap. itu je! itu sahaja yang aku minta sekarang ni! aku nak mengucap,aku nak sebut namaMU. permudahkanlah aku ya Allah. takdir aku selepas itu, apa-apa pun yang akan berlaku, aku redha "

sumpah demi Allah, lepas aku dapat satu nafas mengucap dua kalimah syahadah lengkap, terus ada kelibat seseorang cuba membuka pintu. ya,abang rider yang menyelamatkan aku itu. antara sedar tak sedar je, aku dengar soalan dia "adik okay tak ni dik? boleh jalan x?" tak mampu nak jawab atau bagi isyarat. dia buka seatbelt dan papah aku ke tepi jalan.

aku duduk situ macam orang bodo. masihh di alam aku. sumpah, waktu tu pun aku hanya ingat diri aku dan Dia. aku tak kesah kereta. tak kesah keadaan diri. tak kesah luka mana. tak ingat sesiapa. sampailah ada seorang pakcik baik hati datang dan tanya " ada sesiapa boleh dihubungi tak? ahli keluarga ke? "

ON THAT TIME, haha. baru aku ingat 'oh!aku ada keluarga. jap siapa eh'... lama sikit dalam gagap-agap aku petik nama papa n bagi nombor telefon dia. datang seorang makcik yang baik hati dari taman sebelah,

" ya Allah , Alhamdulillah...! makcik tengok kau seorang perempuan sini, keliling ramai lelaki, kamu drive sorang ya? takde kawan-kawan ke? ya Allah, Alhamdulillah sangat kamu selamat! risau makcik tengok kereta tu terok tu... Alhamdulillah Allah selamatkan kamu lagi " 

makcik tu bercakap tenang-gembira sambil memegang erat tangan, macam dia dah lama kenal atau ahli keluarga aku pulak kan? tapi terima kasih sangat-sangat kat dia, dia ambil tisu basah tetiba lap bibir dan dahi aku. aku nampak darah penuh, tisu yang putih bersih tadi bertukar merah. time tu baru aku macam
" ouh lah, luka ke muka aku? "



memang orang yang datang tengok aku sekarang atau mungkin kawan-kawan yang baca post fatie rasa macam " ouh. kemalangan kecik jeee. lepen ah budak ni ". sokay, memang kecik pun. kecik berbanding kuasa Allah yang menciptakan dan hikmah disebaalik dia jadikan segala sesuatu. 

SUBHANAALLAH. sumpah. aku macam dapat peluang hidup kedua. nyawa baru. setiap kali, setiap kali aku tengok sendiri gambar kejadian tu. cukup buat "banjir" kolam mata ini. korang tengok sendiri lah. separuh kereta, HANCUR sampai ke bumbung, side mirror, bumper, tingkap, dan cermin sekali.

BUT WHY hanya cermin hadapan di tempat pemandu dan betul-betul kat tempat stereng yang aku pengsan ketika tu je yang tak pecah, KENAPA??? pintu kereta,hanya tempat sebelah pemandu (aku) je masih boleh dibuka dan tak tersepit ketika itu, KENAPA??? dan kemalangan kereta-lori yang dikatakan "KEMALANGAN MAUT" bagi semua, tapi KENAPA aku masih bernafas elokberjalan dimuka bumi ini?




" Alhamdulillah. Allah bagi aten nyawa lagi. mungkin ni khilaf kepada dosa lalu."

" ya Allah. best nya aten... Allah uji. sentiasa di uji Allah bermakna Allah sayang kan kita"

" hanya orang-orang yang terpilih je, orang-orang yang kuat dan mampu terima ujianNYA je yang dia beri. Dia bagi ujian ikot kemampuan seseorang "

"bila kita susah-sakit, time tu lah kita tau siapa yang betul-betul setia-ikhlas-sayang dengan kita atau hanya bersama time kita senang sahaja" 


itu antara kata-kata sahabat-sahabat yang terus respond bila tahu berita mengejutkan ini. dan itulah masalahnya. sampai sekarang aku masih terfikir, "KENAPA?" 


" kenapa ya Allah selamatkan aku? aku orang yang BANYAK GILE buat dosa kat muka bumi ni! sedangkan kalau kekuasaanNYA, dia boleh tarik terus nyawa aku on that time jugak! boleh bawa aku pergi terus time kegelapan yang mula itu. tapi kenapa? kenapa dia beri aku masa yang sangat TERBAIK?! ALLAH....aku kemalangan yang dikatakn teruk, tapi bila tengok tangan, kaki, badan, muka, diri sendiri, tiada satu pun cacat-patah-riuk. memang errmm... sampai sekarang dada dan tulang belakang aku ada effect-nya. tapi kalau ikutkan Allah mahu tarik antara nikmat penciptaan indah yang Dia bagi, Allah da boleh ambil balik penciptaan kaki, tangan, muka, daging badan aku. 
YA ALLAH, dosa aku dari lahir sampai sekarang menggunung banyaknya, walau ada hidayah dan taubat yang hadir, kau ingat setanding ke dengan dosa kau yang menggunung tu Fatin Syahira? tapi kenapa ALLAH MAHA PENGASIH sangat-sangat penyayang kepada insan seperti aku ni? Allah...apa sahaja ujian kesusahan yang kau lemparkan kepadaku tak setanding besarnya hikmah dan besar kebaikannya padaku di kemudian hari...
-Allah.. tolong jangan jauhkan aku dariMU lagi walau sedikit... aku ingin sentiasa dekat denganMU dan jauh dari kemungkaranMU- ternyata doa ini pada setiap sujud yang di amalkan sebelum ini terbukti. mungkin musibah ini kerana aku masih JAUHHH lagi dariNYA. mungkin, jawapan kepada kenapa aku masih di sini lagi adalah kerana ada tugas-tugasku sebagai khalifah di bumi ALLAH tidak selesai lagi ..... ;( "




Wednesday, November 28, 2012

<< Disebalik T-ARA - Don't leave, 티아라 - 떠나지마, Music Core 20120707 >>

Bismillah

Assalammualaikum


petang yang sangat bosan. aku mula geledah apa yang ada dalam hardisk kesayangan. hardisk ni famous dari tuannya, sumpah sekalipun tak lekat kat aku. baru orang pulang adalah orang lain nak pinjam pulak. aku tak kesah pun sebab memang agak kesian kat dia lah. aku tak hadap dia sangat pun. HAHA.

teringat aku ada suruh orang masukkan Running Man, usha jap ah, seriously aku dah lama retired follow RM ni. busy lah katakan =P click folder " From Apis Kacak Bergaya ". kenapa nama folder camtu? ha. mohon tanya mamat senget yang tergolong dalam salah sorang peminjam hardisk aku tu =_=

scroll sampai bawah. tetiba nampak  [ T-ARA - Don't leave, 티아라 - 떠나지마, Music Core 20120707 - YouTube ] . T-Ara girls group pertama aku minat okay sebelum kenal SNSD, SISTAR, makstar bagai. haha. so kompem ah aku dah tau lagu dia kan. aku macam "err perlu ke masukkan benda alah ni sekali?"

bila nak off balik lattop, taktau kenapa aku macam terpanggil-panggil nak buka mv tu. so, CLICK !







mula-mula aku macam, "err awat pelik sangat eih permulaan mv T-Ara ni? parody ke apa?" tapi yang peliknya aku makin excited nak teruskan tengok bukan makin meyampah. BAM! tersentap hati! waktu tu aku hanya terfikir, just why? why only now i realize it? kenapa ya baru sekarang aku terdetik nak membuka folder tu? dan kenapa baru sekarang aku berminat nak click mv tu?

semua perkara yang diperkatakan oleh dua perceramah di atas adalah antara yang selalu aku terfikir sepanjang cuti ini. Ya Allah, perancanganMU... ='(  oh ya, dengan itu aku nak berterima kasih sesangat kepada saudara Hafeez Hidayatullah atas pemberian ini ya.

ceq tak tau lah apa tujuan sebenar hg masukkan bende alah ni, nak perli ke, test ke, tak sengaja ke, sengaja ke, saja-saja ke, yang pasti point tazkirah-tazkirah di atas sangat "masok" sehingga tersentuh hati comel aku ni. "hujan" terus kat luar tau tak time tu? ahhaaa. terima kasih saudara. bila-bila free singgah Arau nanti jangan lupa tapau ice-cream satu EH? =D



Saturday, November 10, 2012

<< Peristiwa 22/9/12 >>

ASSALAMMUALAIKUM



aku ingat tarikh ini tanpa perlu melihat kembali kelendar lama.
hari itu ada test ECS308 - Structural Analysis
test terakhir sebelum final exam,
kira test yang akan menentukan carrymark aku lah.

lepas jawab tu, tak tau nak habaq lagu mana lah
stress-frust tahap cipanzi!
satu benda aku rasa tak boleh jawab. ada je tak complete!
memang rasa down tahap mega.

tapi bila jumpa member2 semua cakap benda sama
ada siap hentak2 kaki, menjerit ayam,
aku bila orang kat sisi aku tengah stress camtu,
malas nak cite stress aku sbb nanti menambahkan stress dia
better aku kongsi dan dengar apa yg dia rasa.

jejak kaki kat bilik. lakonan lagi perlu diteruskan.
berborak,bahan orang,gelak tawa seperti tiada apa,
petang tu dah takboleh buat apa, kepala sakit bagai nak gila,
baring atas katil, mengiring muka mengadap ke dinding,



tetiba fatie reply tweet aku, " kenapa ni atyn? "
i told her a part of my feeling on that time.
masa tu mmg menahan perasan je, bila-bila masa je boleh 'sobbed' ni
then, masuk bbm,
"sabar tau atyn. setiap kali atyn rasa susah, ditimpa ujian ke apa, ingat dalam surah Al-Insyirah, Allah ada nyatakan 'disebalik kesusahan ada kesenangan, sebalik kesusahan ada kesenangan'. dua kali Allah cakap kat situ! jadi kita kena yakin, janji Allah itu pasti!"

on that time, one by one tears drop on my pillow.
sumpah rasa sedih kecewa hampa sakit tersangat!
aku lupa ya Allah. kerana terlalu down, stress, tension,
aku terlupa seketika akan janjiMU itu, ya Rahman.
sedih dan kecewa aku bertambah kerana kealpaan ini.

sedangkan dari kecil lagi, arwah mama ajar,
" fatin, selalulah amalkan surah ni dalam setiap hari kehidupan kita. setiap kali adik rasa susah, perlukan 'jalan keluar' baca je surah ni. insyaAllah ada pertolonganNYA. tabah lah. "
sejak tu aku memang amalkan surah tu, HINGGA KINI.
semasa tunggu bas nak balik rumah, tak sampai2, hari nak senja, aku baca
setiap kali sebelum belajar, sebelum peperiksaan, aku baca
setiap kali aku ada masalah yang sukar untuk dicerita, aku baca
kiranya sebelum jawab test ECS tadi pun, aku baca
tapi sayang. sayangnya aku tak memahami menjiwai dan 'berpegang' kepada maksudnya.
dayusnya Fatin Syahira. itu yang membuatkan aku sedih kini.



aku tertidur lepas tu sampai Amal kejut aku untuk solat maghrib.
bangun. solat. then, memang fully semangat aku punah. entah.
lemah segala pergerakan. kepala memikirkan dosa menyalahkan diri.
aku tak tau camne nak mula belajar, esok ada Test ECM pulak
satu hape tak sentuh lagi. otak serabut,hati tak tenang, camne nak start?

al-quran ditutup. telekung dilipat. waktu ni rasa sunyi gila.
nak luahkan pun macam takde siapa. roomate memang taklah. member?
ouh. ingat dah! malam tu En.Hazizi buat open-house. so girls 1kelas semua gerak sana.
aku je mengelat memberi alasan. doesn't feels like going.

tetiba masuk satu call. "apa no pelik-pelik ni,nak angkat ke tak?"
since that day, aku memang ada perangai ni. malas hadap fon.
lagi-lagi no tak kenal. lagi-lagi tengah sakit. lagi-lagi masa tengah serabut camni.
tapi dari tadi berkali-kali dah missed-call dia ni. angkat jela.

" Assalammualaikum Atin..... ingat lagi tak siapa ni? "
" hoh? pebenda alah call2 orang tanya cenggitu -_- "
" sampai hati tak ingat kita dah... camni lah... "
" errr. tak cam suara lah. siapa ni ek? "
" ni Ain lah! Ain Rahmat! HAHA *start dah gelak meledak dia tu* "


SUBHANALLAH.
kawan baik. yang dah lama tak bertegur sapa. tak dengar suara.
tanpa berita, tetiba call dari mesir sana. MESIR bhai! jauh sungguh jarak kami.
serentak mendengar pengenalan diri tu, berjurai-jurai airmata keluar.
sayu gila hati. teresak-esak diri. Ain sampai pelik.
" eh? aten kenapa ni? orang dah lama tak borak patutnya hepi. nangis pehal? "


=================================================


sebaliknya terlalu banyak yang tersimpan, sejujurnya lepas je test tadi,
aku teringat seseorang. sahabat. dia tempat aku selalu berkongsi segalanya.
dulu, aku ingat lagi. semester 3. test ECS yang sama.
aku memang tak suka subjek ni lah weyh! paham tak?!
so aku memang tak dapat jawab ='(
balik je dari test tu, terus msg dia, dia sampai risau.pelik.
orang yang banyak cakap. suka taip msg panjang-panjang.
tetiba malam tu sepatah yang dia tanya sepatah yang aku jawab.
last kata, " bagi aku 10minit. 10minit JE! eh? nanti aku msg kau balik "
" kaw kenapa ni? hurm. takpelah. aku tau kaw tengah sedih. g la. nanti apa-apa hal msg tau "
" k. terima kasih memahami $%&#?\ "
target 10minit tu nak tenangkan otak kejap ah.
sembam muka kat bantal, last sekali tertidur sampai esok pagi!
bangun2 tengok enset, ada msg dari dia. miskol siap.
"sorry weyh. tetiba tertido plak semalam. ahaha", dah pagi baru balasen ~_~
"kaw kenapa ni? elok ah tu cakap 10minit,aku punyalah tunggu. risau tau tak! dia elok p tido plak!"
"haha. sorry. sorry ah bro. tak sengaja. takpe,skg takde pape dah ", tersenyum.



=============================================






" ya Allah. Kau tahu segalanya. Kau tahu tahap kekuatan hati dan kelemahan diri ini. aku dah berjanji tak mahu mengingatinya. tapi aku lemah ya Allah.sangat lemah. sedang janjiMU pun aku selalu lupa. ampunkan aku. ampunkan hambaMU ini. aku mohon ya Rahman. berikanlah aku sedikit kekuatan, tempat sementara untuk meringankan sedikit apa yang ada dihati ini untuk menempuh hari esok. permudahkanlah jalanku. "



kenapa sebak? kenapa menangis? menistisnya airmata itu bersebab. ada rasa rindu. ada rasa hina. tadi baru sahaja dalam doa aku meminta. doaku seperti di atas. dengan sekelip mata. sumpah. hanya sekelip mata. kuasa Allah. bagiku Dia menghantar seseorang. sahabat.

mungkinkah itu satu suratan atau memang satu kebetulan. yang pasti aku kecewa. sedih. hampa dengan diri sendiri. sehingga aku merasa malu. MALU yang teramat ya Allah. untuk memohon lagi, untuk meminta walau secebis pertolonganMU




dan mungkin lepas satu demi satu peristiwa begini berlaku, aku semakin redha. tak kisah dah. jujurnya result aku untuk semester 5 ini result tercorot pernah aku genggam. tapi ajaibnya aku tak kesah. 1st time seumur hidup dapat keputusan seteruk itu dan memeranjatkan mereka. tapi entah kenapa aku boleh tersenyum dan hati cukup tenang. bagi aku itu antara yang terindah.

Allah dah layan kau cukup baik, TERAMAT BAIK Fatin Syahira. apa lagi yang kau nak? Kau.amalan pun tak cukup. untuk dibandingkan dengan nikmat rahmat yang Allah bagi dekat kau, ibarat kecil debu di tanah berbanding luas langit di angkasa. itu pun kau nak demand lagi? cukuplah. aku sentiasa beringat. segala yang berlaku dalam hidup kita ini ada sebabnya ada hikmahnya. cukuplah Allah sebaik-baik perancang takdir kita.




Monday, October 22, 2012

<< Kesihatan Yang Semakin Membimbangkan >>

Assalammualaikum.



1.
only realize the situation worsened when I collapse at HAFA. seriously, that was really an unexpected incident happened in my life. zaman sekolah dulu siap cakap, "camne ek rasa orang pengsan pitam tetiba time kawad ke,time tgh jalan ke, ei tak pernah aku rasa. dan rasanya seumur hidup aku takkan rasa kot camne 'pengsan' tu, antibody KUAT!" *senyum* sekelip mata segalanya berubah. terima kasih Bella, Rei, Eija, Anis dan sesiapa yang ada disisi aku ketika itu *malu kot*

2.
dua hari sebelum raya dan di pagi raya. di kampung.waktu itu aku diberi tugas untuk membuat sarapan dan menyediakan segala bahan untuk lauk tengahari. sedang sibuk memotong, tiba-tiba menjengah bayang hitam dalam kepala. perut dan tekak terasa sebu. entah, aku tak boleh nak terangkan secara detail apa aku rasa. yang pasti 'rasa' itu 'rasa' yang sama sebelum aku jatuh pertama kalinya di HAFA dulu. disebabkan 'berpengalaman' kan, spontan tangan menahan di tepi singki untuk tampung badan. 

"fatin, eh? stop dah? habis dah potong siang semua?", kata moksu apabila berlalu ke dapur melihat aku terduduk di meja makan.
"tak.tak. belum lagi. jap. kejap eh Moksu? Moksu biar je dulu kat situ nanti orang sambung", berkata selepas dalam 2minit berdiam. tangan memegang dahi.
"kenapa ni?", jadi pelik kata Moksu bila anak buahnya yang mulut "pot-pet" tetiba diam. tersandar.
"tak de pe *senyum* cuma rasa pening then entah,macam nak pitam. HAHA. biasalah, orang tekanan darah rendah kot. ada ke camtu Moksu kalau tekanan darah rendah? main tibai je ni!"
"ya Allah, yeke?! fatin ada darah rendah ke? apasal tak tau pun?! memang camtu lah symptoms low blood pressure."

"ouh, pernah check dulu. tapi ingat biasa je,tu malas nak gitau siapa2. papa pun tak tau!haha! lagi pun normal lah kan perempuan ada low blood pressure? biar jela. hee~", tersengih.
"kau dari kecik sampai sekarang, suka sangat 'biar biar'. berapa blood pressure kau? jangan main2 ten, kalau terlampau rendah. bawa bahaya kat kesihatan gak. kerap pening, lemah, rasa nak pengsan or pitam selalu", start dah. when pharmacist started to talked! =_=
"alah, biasa je. tak cukup minum air kot! da minum air japgi ok lah dia!haha. ha.ikan ni nak masak apa moksu?", tukar topik. malas nak dengar.


but up untill that, i was started worried about my health. my body.


3.
muka dah mula selalu pucat. Rozza, Atin, kawan-kawan sekelas yang selalu jumpa. semakin kerap tegur "kenapa pucat je ni?" "Ira, muka pucat gila."   Argh! I.H.A.T.E.I.T.! tak suka gila, bila orang tegur camtu. macam rasa, penat susah payah menutupi satu kelemahan diri tapi terbongkar jua ='I  bila diorang cakap gitu, kompem laju-laju aku tutup mulut / paling muka / gelak, semoga tak terlihat segalanya.

4.
semakin banyak rambut gugur. mungkin perkara cliche bagi para wanita mengalaminya. tapi bagi aku memang tak boleh. PANTANG! bab-bab rambut ini memang aku tersangatlah menjaga. satu pegangan, rambutku mahkotaku. bayangkan 'dia' yang sihat kuat,tak pernah dihinggapi sebarang 'benda asing' mula gugur dengan banyaknya. sehingga mendatangkan kerisauan di hati. makin aku stress, makin menjadi. separuh fikiran yang masih belum matang hanya memikir, "dalam cerita aku tengok orang rambut gugur tetiba banyak ni mesti sakit leukimia. leukimia ke ni?"  *stupidity*

5.
semenjak akhir semester 3. tak dinafikan kesihatanku semakin hari semakin merundum. bukan hanya kenalan rapat sedangkan keluarga pun tidak mengetahui. sengaja ku simpan kemas dalam diri. buat kenalan, malas nak hebah dan menyusahkan mereka. buat keluarga, malas bercerita dan merisaukan mereka. lagipun, dah kenapa nak kecoh pasal kelemahan diri? selagi boleh aku bagi alasan dan lakonan, selagi itu.

6.
at last i admit but it doesn't important. as long as when i smile, they will smiling back at me, enough. what i want is the happiness from all people around me. then i'll be delighted under their happiness :)